Riadah di Taman Botani Perdana , Kuala Lumpur

Assalamualaikum , Kali ini tak rancang pun nak pergi ke Taman botani perdana , Kuala Lumpur. Tiba adik call tanya tempat ni , saya pun lagak tak malu tanyakan dia semula. ” Hang tak mau ajak aku ke ? ” Bukan apa … kalau pergi dengan anak sahaja risau sikit lah. Ni Kuala Lumpur macam – macam boleh jadi. Kalau pergi ada peneman rasa selamat sikit. Padahal Taman Perdana ni 17 minit je dari rumah. Jika tak ada kesesakkan lalulintas lah.
taman botani perdana , kuala lumpur 5

Saya suka bawa anak ke taman sebenarnya , saya suka hijau pokok , saya suka berpeluh berjemur di bawah panas. Saya suka tengok tasik. Tetapi tu lah , nak pergi tak ada peneman jadi malas lah pula.  Disini ada tempat permainan sebesar gudang , lupa nak ambil gambar tadi .. sebab tak minat gambar tempat permainan jadi lupa terus. Saya bawa anak – anak pusing taman , jalan keliling tasik dan ke taman – taman yang di sediakan. Ada 2 video taman saya upload di instagram. Best sangat.

Lawatan Ke Taman Burung Kuala Lumpur

Cuti sekolah dua minggu , tak tahu kemana ? Boleh lah buat lawatan ke Taman Burung Kuala Lumpur bertempat berdekatan Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur.  Bayaran masuk ke Taman Burung adalah RM25 untuk pemegang Mykad dewasa dan RM12 untuk pemegang Mykid.

Tak tahu jalan untuk ke Taman Burung ? guna lah waze .. haha macam saya .. guna waze pun tersesat .. asyik salah masuk jalan. Walaupun sebenarnya dah banyak kali ke Taman Tasik Perdana tu. Apa punya pelik ..

Kena ketawa dek husband sebijik .. ehh .. jangan main-main .. suka sesat tapi lepas juge drive sampai ke Taiping .. syukur lah ..

taman burung kuala lumpur

Berbalik kisah tadi .. pergi taman burung buat apa ? Seronok juga melayan anak-anak beri makan pada burung .. sediakan duit syiling banyak-banyak untuk beli makanan burung.. kalau saya tahu dah beli siap-siap kat luar .. anak bagi makan macam tebar pasir je ..haishh ..