Syamim 3 tahun – 11.11.16

Assalamulaikum , syamim dah masuk 3 tahun pada 11.11.16. Cepat nya masa berlalu kan. Sekarang ni syamim masi lagi menyusu susu ibu. Tak mau air / susu lain. Bercakap agak pelat. Tetapi syamim menjadi anak paling romantik , paling sweet talking , paling pandai memuji orang. Pampers masih lagi pakai. Berapa hari dah cuba ceraikan pampers tu. Tapi budak dah cerdik , sendiri ambik pampers nak pakai . Selamat hari lahir anak ibu. Walaupun syamim selalu ngaku anak ayah je! Doa ibu .. tak ada lain .. hidup lah dengan sihat dan gembira. Agak-agak blog ini akan bertahan 7 tahun…

Continue reading