Confident Swimming Babies & Water Safety Workshop With BRYAN YAP

Assalamualaikum dan hai , Siapa suka bawa anak kecil berenang ? berenang atau kata lain main air memang sangat menyeronokkan bagi kanak-kanak. Aktiviti ini memang dapat membuatkan anak leka sehingga jika tidak di pantau kanak-kanak mampu berendam lebih 6 jam sehari. Tetapi .. ada banyak perkara yang boleh dan tidak boleh di lakukan. Aspek keselamatan semasa bermain air tidak kira di mana sahaja perlu di titik beratkan. Didalam workshop Confident Swimming Babies & Water Safety yang di hostkan  BRYAN YAP bertempat di THE PARENTHOOD Sunway Pyramid  ini ada memberi ilmu tentang keselamatan anak-anak ketika berenang , di rumah , di waterpark.

Ilmu ini sangat berguna untuk ibu bapa terutamanya mereka yang baru sahaja menimang cahaya mata. BRYAN YAP mempunyai pengalaman lebih 23 tahun sebagai pengajar dan swiming instructor. Semasa bengkel ini berjalan ibu bapa di beri penerangan cara memandikan bayi baru lahir. Aspek keselamatan dan cara jika anak terjebak di dalam kemalangan air iaitu lemas.

Kata BRYAN YAP , kenapa bayi amat tertarik kepada bunyi air ? Dan kenapa terdapat begitu banyak kes bayi lemas di rumah sendiri atau kolam cetek ?Continue reading