Hai semua … topik saya kali ni , bagaimana cara saya menggalakkan anak – anak makan secara sihat agar mereka dapat lebih lagi nutrisi. Anak-anak anda bagaimana ? ada tips mari lah kongsi dengan saya di petak komen di bawah. Untuk saya dan anak saya. Bila anak dah mencecah 4 tahun ke atas memang lahmereka masih lagi minum susu seperti biasa , sehari lebih kurang 3 kali. Selain dari itu …bagaimana kita nak pastikan anak-anak suka makan makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran , buah – buahan , kekacang  , telur dan sumber tenusu. Ini satu cabaran buat ibu bapa di …
Semua ibu bapa mahukan terbaik untuk anak – anak. Anak saya nombor 3 bernama Laila telah pun masuk 5 tahun , tahun depan dia akan bersekolah tadika. Laila seorang anak yang manja , cakap pun masih pelat .. Keletah yang bayak , periang dan suka bergaya.. Dan …. Laila masih minum susu di dalam botol. Kebanyakkan umur kanak-kanak seperti Laila tidak lagi minum susu menggunakan botol. Saya tak sampai hati jika melihat laila tidak minum susu botol. Nampak Laila seolah-olah tidak bermaya. Akhir-akhir ini .. Laila meneran Susah puntuk ” poo poo “ . Walaupun saya telah cuba menambahkan makanan …
Allhamdulillah .. syukur sangat .. semua perjalanan melahirkan anak kali ke 4 ini di permudahkan , lancar dan selamat. Walaupun dalam keadaan kelam kabut sikit tanpa suami di sisi. Muhamad syamim nama di beri. Berat 3.5kg. Panjang 50cm. Lilit kepala 33cm. Lahir pada 7.12pm isnin Sementara masih segar dalam ingatan. Pengalaman kali ini masih lagi mudah. Mudah seperti kelahiran si laila 4 tahun lepas. Sama juga .. pergi serah diri ke hospital sendirian. Syamim di lahirkan pada hari Isnin. Hari ahad ibu masih boleh bejalan – jalan di Taman Tasik Taiping. Hehe.. Pagi isnin terasa sakit pinggang sikit. Baring ke …
Sticky post 48 jam ! Banyak kebaikkan jika satu keluarga minum susu ni , banyak dah puanbee tulis pasal susu di blog ni , harap korang tak jemu lah. Sebagai ibu bapa , mestilah hendakkan yang tebaikkan untuk anak-anak masing-masing kan ? Purata untuk orang dewasa dan kanak – kanak memerlukan dua gelas susu sebagai sebahagian daripada diet harian yang sihat. Susu adalah sejenis makanan yang amat kaya dengan nutrien. Susu juga merupakan sumber vitamin dan mineral yang baik. Selain itu, susu turut membekalkan protein yang diperlukan untuk pembinaan tisu serta karbohidrat dan lemak yang berfungsi sebagai pembekal tenaga. Kaji …