Tuan WAN NONG MUZAFAR – Ini Bisnes Bukan Propa ( IBBP2017)

Assalamualaikum dan hai.

Hai orang  sahabat .. dah bangun tidur ke belum ? 🙂

Akak dah bangun dah semalam. Semalam akak sempat lah jumpa dengan seseorang yang telah menjadi viral satu ketika dulu di The Vocket. Tajuk : 9 Perkara Saya Belajar Ketika Hampir Bankrap Akibat Berbisnes. Akak suka sangat dik … teruja sungguh. Maklumlah akak cita – cita nak jadi tukang jahit brjaya abad ini. Tapi tak tahu lah macam mana nak mula pun.

Jadi allhamdulillah , semalam akak telah di beri peluang bertemu dan bertentang mata dengan Tuan Wan Nong Muzafar. Pertemuan ini telah pun dapat membangunkan akak. Tuan Wan Nong Muzafar yang asalnya dari keluarga sederhana , belajar sampai keluar negara. Mempunyai banyak pengalaman dalam dunia bisnes kini berjaya hidup mewah senang , sampai duit banyak tak tau buat apa. Kalau dia boleh , kenapa kita tidak ?

Akak bukan nak mewah sangat dik .. Cukup la kalau akak dapat beli rumah , anak – anak pergi sambung belajar tanpa hutang. Boleh hulur duit denkat mak 2-3 ribu sebulan. sob sob sob .. belum mampu.

Ye lah kita tak belajar tinggi sangat. Tapi kita boleh belajar bisnes dengan orang yang ada PENGALAMAN dan telah terbukti. Tertimoni atas pengalaman Tuan Wan Nong Muzafar banyak. Bukan sedakar sifu pandai cakap sahaja ye. Hampir 2000 usahawan telah di latih oleh Syarikat ILM Legacy sendiri walaupun baru sahaja di tubuhkan pada tahun 2015. Sangat agresif.