Giveaway dan Blog List Oktober di http://vitamin-cerdik.com

Assalamualaikum dan Haiiiii … Giveaway dan bloglist ni saya join sebab saya suka produk shaklee. Lagipun sis Raihanah rajin singgah dan komen di blog saya. Tak ada apa saya nak beri kepada pelawat setia melainkan memberikan sokongan begini. Blog vitamin-cerdik.com , selain dari menjual produk shaklee ianya juga banyak menyelitkan entri kesihatan. Saya suka baca blog begini. Tetapi maaflah saya selalu kehilangan kata-kata untuk meninggalkan komen. Jadi saya jadi pembaca senyap. Kalau korang tak tahu nak update apa , mari lah sertai giveaway ini. Sambil tu boleh baca entri sis Raihanah dan tambah ilmu kesihatan gitu.

giveaway-bloglist-oktober-2016-vitamin-cerdik-com_-665x499

Dalam banyak – banyak entri saya suka 3 entri di bawah ni :

1 : 10 kebaikkan detox  darah dengan Shaklee.

Apakah detox ?

Detox ialah proses menyingkirkan toksin daripada badan kita. Toksin yang masuk ke dalam badan kita bukan sahaja berkumpul di usus, tetapi ia juga di hati dan dalam darah kita. Pelbagai masalah kesihatan akan timbul akibat daripada pengumpulan toksin di dalam badan. Antaranya, tumor, kanser, migrain dan sebagainya. Kebanyakan kes penyakit yang dirujuk, hampir 90% adalah berpunca daripada toksin badan.

Detox penting untuk memberikan kesihatan yang optimum, memberikan fokus dan tenaga semasa bekerja atau beraktiviti. Masalah Detox yang tidak sempurna juga menjadi masalah berat badan. Masalah kulit muka yang berjerawat, dan kulit yang bermasalah juga disebabkan kerana proses detox yang tidak sempurna. Dan jangan tak tahu, nafas berbau juga merupakan petanda bahawa detox badan kita tidak sempurna. Sebenarnya, Detox bukan sekadar buang air besar. Sebenarnya tidak tepat, kerana detox menyeluruh melibatkan:

  1. Detox Usus
  2. Detox Hati
  3. Detox Darah

Baca lagi di sini — >   10 Kebaikan Detox Darah Dengan Shaklee

2 : Bagaimana Nutriferon Bertindak Sebagai Penggalak Sistem Imun

Badan kita mempunyai suatu yang dipanggil sebagai interferon. Ia merupakan suatu protein semulajadi yang mencetuskan sistem imun badan untuk menyerang mikrob penceroboh dan merangsang keupayaan sistem daya tahan badan untuk melancarkan suatu gerak balas imun.

Pengeluaran interferon dalam badan kini boleh dirangsang secara semulajadi pada individu yang sihat melalui tambahan diet baru yang dipanggil Nutriferon.

Sistem imun kita bekerja setiap hari, 24 jam tanpa henti dan adakalanya ia breakdown. Apakah yang boleh menyebabkan sistem imun kita terganggu ?

Baca lagi di sini –> Bagaimana Nutriferon Bertindak Sebagai Penggalak Sistem Imun

3 :  Nutrisi Kaya Antioksida Melindungi Daripada Kanser

Makanan Berwarna Ungu Paling Tinggi Antioksida

Tahukah anda, makanan berwarna ungu merupakan makanan tertinggi mengandungi antioksida?

Makanan berwarna ungu mempunyai ciri antioksidan yang kuat, antaranya disebabkan:

  • Melindungi tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas
  • Menyokong kesihatan jantung, salur darah dan kulit
  • Melancarkan proses pencernaan
  • Mengurangkan stress oksidatif iaitu salah satu penyebab utama penuaan
  • Kaya dengan resveratrol yang terbukti dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser

Sebab-sebab Makanan Warna Ungu Lebih Baik ?

Baca lagi di sini –>  Nutrisi Kaya Antioksida Boleh Melindungi Daripada Kanser

So mudah je nak join Giveaway dan Blog List Oktober di http://vitamin-cerdik.com  ini. Jom beramai-ramai sertainya. Tarikh tutup adalah pada 31 / 10 / 2016.

Terima kasih kerana membaca , doakan puanbee murah rezeki dan menang. Saya doakan anda pembaca blog ini pun sama murah rezeki dan di beri kesihatan yang baik.

 

11.11.2013 lahirnya hero saya.

Allhamdulillah .. syukur sangat .. semua perjalanan melahirkan anak kali ke 4 ini di permudahkan , lancar dan selamat. Walaupun dalam keadaan kelam kabut sikit tanpa suami di sisi.

bayi baru lahir

Muhamad syamim nama di beri.
Berat 3.5kg.
Panjang 50cm.
Lilit kepala 33cm.
Lahir pada 7.12pm isnin

Sementara masih segar dalam ingatan.

Pengalaman kali ini masih lagi mudah. Mudah seperti kelahiran si laila 4 tahun lepas. Sama juga .. pergi serah diri ke hospital sendirian.

Syamim di lahirkan pada hari Isnin. Hari ahad ibu masih boleh bejalan – jalan di Taman Tasik Taiping. Hehe..

Pagi isnin terasa sakit pinggang sikit. Baring ke kiri terasa , baring ke kanan terasa , pergi sidai baju 2 besen terasa sakit . Sapu sampah keliling rumah pun terasa sakit.

Lantas ibu mandi , hantar whatsapp kat ayah ..

” ibu nak pergi hospital , terasa macam dah sampai waktu nak besalin ”

Tak lama kemudian ayah balas.

” sakit kuat ke ? ”

” sakit sikit je , tapi rasa mcm kena pergi juga ”

Ayah pesan.

” pasang lampu kecemasan kalau tak tahan , hati hati bawa kereta ”

” ok , jangan risau sakit sikit je , boleh drive lagi ”

Pesan pada adik “, jaga anak aku , tolong beli sikit barang , bawa ke hospital petang nanti. ”

Pergi petronas , siap ambil duit kat ATM dulu , masa ni teringin macam – macam , yougurt bliss , coklat , susu , semua beli .. konon –  konon nak makan dalam wad nanti. Konon sakit sikit lambat lagi nak besalin nya.

Sampai ke hospital.

” saya … saya … terasa macam contraction , sakit pinggang , saya datang nak cek je ”

” oh tak boleh cek , mesti kena tahan wad kalau dah daftar sini ”

” ok takpe .. barang semua dah bawak ”

” datang dengan siapa ? ” tanya misi di situ.

” sendiri ”

” ok takpe .. kita daftar dan cek dulu ye ”

sakit hendak besalin

Saya menunggu giliran , sambil2 tu berbalas mesej di whatsap dengan abang , harap-harap perasaan takut hilang. Sambil di panggil doktor untuk di cek bukaan dan berapa kerap contraction , 2 – 3 jam yelah berlalu,

2 kali cek bukaan.

3 cm kata misi.

Jadi ibu di masukkan ke wad segera.

Baru letak beg , bekenalan kejap dengan rakan katil sebelah. Tahu2 dah di panggil doktor untuk cek bukaan lagi.

Segera tinggal tab ke kawan sebelah , tak sempat hantar mesej apa2 lagi, baru sempat order kuew tiaw goreng dek kerana tak makan 1 hari dari suami , minta dia call adik. Waktu ni memang tak rasa nak cakap dengan orang lain , rasa nak sembang dengan suami je , padahal boleh call adik sendiri. Perangai.

Pergi lah berjalan ke bilik untuk cek bukaan.

Doktor tanya. Ada sakit nak meneran tak ?

” takde , sakit pinggang sikit je ”

Misi tersenyum , ye ke ? Entah entah dah nak beranak.

” saya senyum , iye ”

Doktor pula cek.

5cm.

Cepat tolak ke LB . Tak boleh jalan dah , nanti tekeluar anak. Doktor panik.

Saya ok lagi .. haha doktor rileklaaa …

Saya tidak di benarkan bejalan lagi. Misi dn doktor sama sama panik , ada yang ambik darah , kiri kanan di ambil sukatan darah tinggi. Di pesan agar buat ctg dalam lb kerana tak sempat nak di buat di luar.

Masuk je LB . Doktor dah pun sediakan saya untuk besalin. Sakit tak terasa kuat lagi. Air kutuban doktor pecahkan. Semua proses bejalan dengan cepat.

Sehingga tak ingat . Terakhir 2 kali terasa sakit yang kuat saya teran.

Kali ni baru terasa sakitnya , 5 kali teran baby tak keluar. Saya kehabisan tenaga , ye lah tak sempat makan 1 hari. Kepala baby dah tersekat. Misi dan doktor masing masing panik.

Akhirnya saya kumpul tenaga , teran sekali lagi , kalau tak lepas saya give up .. allhamdulillah lepas.

Tapi baby dah biru.

Terpaksa di masukkan ke wad kanak2 untuk di beri oksigen.

Allhamdulillah juga. Baby tak apa2 ..

Esoknya saya dan baby di bernarkan keluar wad serentak.

Hari ke 2.

Syukur sangat baby ok . Saya sihat ..

Suami dapat balik hari ke 3 , itu pun dengan pelbagai rintangan. Naik macam2 jenis kenderaan baru sampai dari JB ke Taiping.

Percaya atau tidak , hari ke 3 saya dah drive kereta bawa anak ke klinik cek kuning dan ambik suami di stesen bas Taiping.

air kutuban

Hari ke 4 , ayah ada .. buat2 sakit balik hahahhah .. joke !

Sekarang dah hari ke 10 …  🙂

# bersalin secara normal cepat baik , tapi tak sangka akan baik luka2 secepat ini. Beza dengan kelahiran yang lepas. Syukur .. saya sebelum ni tak henti2 doa supaya Allah permudahkan proses saya besalin. Supaya saya di datangkan sakit yang sedikit agar saya boleh pergi ke hospital sendiri dengan selamat tanpa perlu naik ambulan. Haha bunyi macam kelakar , tapi memang tak mau naik ambulan. Cara lain memang tak nampak dah , dua je pilihan kalau tak boleh drive terpaksa call ambulan lah kan. Syukur lah Allah tunaikan permintaan yang ini.

# bertungku setiap hari .. wajib .. nanti mak bebel tak boleh tahan.

# anak kena kuning .. biasa anak lain pun kena. Cuma beri susu je banyak2 + ubat homeopathy.

# tak makan jamu sebab anak kena kuning , pengalaman lepas , beli jamu tak makan. Jadi kali ni amalkan pil vitamin dari shaklee. Oh juga tak makan herba panas seperti kunyit , lada hitam , halia semua ni boleh menyebabkan kuning semakin tinggi.

# disebabkan anak di masukkan ke wad sehari. Ibu pula di asingkan wad, jadi lambat sikit beri susu ibu pada anak , susu kering. Apa yang saya buat ? Urut dan ambil susu anmum lacta untuk banyakkan susu. Termasuk tak henti henti beri susu pada anak walaupun susu tak keluar. Jangan stress dan positif selalu. Susu memang banyak sangat sampai nak demam pula.

Ok sekadar perkongsian pengalaman. Apa yang penting positif selalu. Tak mau stress….

Posted from WordPress for Android

Saya pilih SHAKLEE sebagai set Bersalin / berpantang , Macam best je !

Sekarang dah masuk 38 minggu usia kandungan saya , debar sungguh menanti hari ini. Dalam debar terasa bosan pula tak berbuat apa-apa .. jadi mari lah saya berkongsi set bersalin saya kali ini. Saya pilih produk SHAKLEE pula. Ada yang tahu saya telah pun mempunyai 3 orang anak , dah besar pun .. semua nya saya pilih set bersalin yang berlainan jenama , tak boleh nak sebut disini , kurang manis kan.. Nak testimoni saya boleh beri di facebook saya. Inbox mesej je lah eh ..

Tapi kali ni saya pilih SHAKLEE kerana membaca dan mendengar testimoni dari rakan-rakan. Semunya cakap macam best je ! jadi apa salah nya saya cuba…  Review nanti la selepas saya selamat melahirkan anak dan megamalkan semua ni. Dulu pernah cuba shaklee juga , satu set selepas anak yang no 3 berumur sekitar 2 tahun. Bagus tau .. tapi biasa la .. pitis kurang .. peace !!

set bersalin berpantang shakleeContinue reading

Review Vitamin Shaklee Selepas 2 Minggu Mengamalkannya

STICKY POST SEHINGGA ESOK – ARTIKLE BARU DI BAWAH – Pertama kali nak cakap , memang selesa sangat , migrain dah tak de .. seronoknya , bila kepala rasa ringan sikit , kalau sebelum ni asyik ambil ubat tahan sakit , kali dah tak ambil ubat tahan sakit tu , lega sangat .. Rasa letih pun dah hilang terus , bayangkan saya hari-hari pun tidur lewat sampai 1-2 pagi baru dapat nak lelapkan mata , esok pagi bangun awal , contoh jika suami saya kena pergi kerja 5 pagi , saya bangun jam 5 pagi tu dan tak tidur dah sehingga 1-2 pagi pulak baru tidur , so hari-hari purata masa saya tidur dalam 3-4 jam je .. cer bayangkan , macam mana badan tak lemah ?

Dah selalu sangat tidur lambat , itu yang badan lenguh-lenguh , migrain dan kulit pun tak cantik , kusam je , bukan tak tahu kalau nak jaga kesihatan kena tidur ikut masa dan sebagainya , tapi masaalah tak boleh tidur .. nak wat cam mana kan.

shaklee set

Tapi sekarang ok dah , memang tak de rasa penat , migrain dan letih-letih sangat , tidur totap lewat , banyak betul kerja , hahah …tapi memang bagus betul shaklee , sekarang ni saya kongsi semua vitamin shaklee yang saya ambil dengan suami saya ,dia memang suka sebab dia cakap lenguh-lenguh tu dah kurang dan rasa lebih bertenaga.

sarapan pagi dengan shaklee

Gambar di atas adalah sarapan pagi saya , saya jenis tak suka sarapan , so minum Energising Soy Protein (protein dari soya , boleh juga beri pada anak-anak berumur 2 tahun ke atas ) tanpa gula campur milo sikit , dan bersama 3 vitamin di bawah.

Vitamin C (Untuk kulit , antioksida dan kuatkan antibodi )
B-Complex (mengurangkan lesu , penat , stress dan memberi tenaga )
Vita-Lea (Multivitamain & Mineral)

Walau tak sarapan pagi tapi tak rasa lapar apa-apa pun .. boleh buat kerja rumah macam-macam , hantar anak pergi sekolah , beli lauk pula , balik tengah hari baru makan nasi. Lepas makan nasih saya ambil Energising Soy Protein (protein dari soya , boleh juga beri pada anak-anak berumur 2 tahun ke atas ) sekali lagi besama dengan pil vitamin Ostematrix (Kalsium) 2 biji , malam pun sama , tapi malam saya tak makan nasi , saya ambil Soy Protien tu dengan 2 biji pil lagi , sekarang memang kurang makan nasi bukan diet tapi tak ada selera , nak makan benda lain selain nasi , tapi malas pula masak , nak beli lambat ler ..tak suka sangat membeli makanan di luar semata-mata huhuhu~

Ok dah panjang review ni , so far rasa bertuah sangat di beri peluang untuk merasai kehebatan Vitamin Shaklee ni , saya banyak baca artikle tentang shaklee semua hebat – hebat belaka , tapi kalau setakat membaca tak cuba tak tahu jugak kan ? so korang kalau rasa letih lesu , tak larat je , belum apa-pa dah penat , sakit kepala dan segalanya mungkin kena cuba ambil vitamin , mungkin itu tandanya tubuh badan tak cukup vitamin 🙂 tatk kisah lah vitamin apa , asalkan vitamin tu semulajadi seperti shaklee ni . bagi saya shaklee terbaik.

Sedikit Info Salah Faham Tentang Supplement (kredit to : mommy lyna)

1. Supplement adalah ubat ? TIDAK. Supplement bukan ubat. Ubat terdiri daripada bahan jenis dadah yang ?asing? untuk tubuh kita. Supplement adalah vitamin-vitamin pembina tubuh yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

2. Kita tak perlu vitamin sebab dah cukup makan ? Bila diselidiki diet harian kita, kebanyakan yang kita makan tu HAMPAS sahaja.

3. Semua supplement sama saja ? TIDAK. Kebanyakan supplement di pasaran adalah dari sumber sintetik. Suplemen terdiri dari 3 jenis : sintetik, organik dan semulajadi. Yang terbaik tentunya supplement semulajadi.

4. Supplement memberi kesan sampingan ? BETUL sekiranya ia dari sumber sintetik. Suplement semulajadi TIDAk memberi kesan sampingan.

5. Supplement diperlukan oleh orang kurang nutrisi seperti mangsa kebuluran sahaja ? TIDAK. Supplement adalah untuk orang yang mementingkan kesihatan.

Tahukah anda kebanyakan rasa penat, letih, lesu, stress adalah antara petanda anda kekurangan vitamin?

Artikle lain mengenai Shaklee :

Cara Hidup Baru Dengan Vitamin Shaklee

Review : Produk Shaklee Beli Online

Dapatkan khidmat konsultansi PERCUMA dengan menghubungi Mommy Lyna di talian

012-2811136 atau emel mommy@fahry.net

atau terus ke blog??http://vitaminsemulajadi.com/ ??untuk maklumat lanjut