4 Khasiat Serai – Buat sendiri teh serai

Penyakit angin . Siapa sini yang selalu kena penyakit banyak angin ? sesetengah orang kata gemuk angin. Yang ni saya tak pasti la sangat , gemuk angin macam mana. Tetapi penyakit badan mudah di masuki angin tu saya sendiri telah mengalaminya. Sejak melahirkan anak ke dua dulu. Entah la mungkin semasa saya dalam tempoh berpantang kurang penjagaan dari segi makanan. Makan bihun goreng dengan durian selamba jek.

Perut selalu rasa sebu. Pencernaan tak bagus.Nak kentut pun susah. Semua tu tanda perut/badan ada “angin”.

Apa yang saya buat ketika perut berangin tu ? saya cuma gunakan serai dan air panas melegak untuk buat Teh Serai. Hancurkan  batang serai kasi keluar semua isi di dalam nya. Masukkan ke dalam air panas melegak dan boleh minum perlahan-lahan. Kalau rajin boleh rebus juga.

khasiat serai Read More

ayam bakar serai

Resepi Ayam Bakar Aroma Serai Untuk Keluarga

Mintak maaf saya tayang gambar ayam bakar aroma serai di sini. Bukan untuk buatkan pembaca terliur tetapi sebaliknya nak berkongsi resepi sahaja. Resepi ayam bakar aroma serai ni simple sangat-sangat. Tak perlu nak bertenggek di dapur lama-lama. Senang sahaja di buat tatkala sibuk. Hahaa .. al – maklumlah cuti-cuti sekolah ni tak menang tangan juga di buatnya. Perghh ~

ayam bakar serai

Sekarang ni memang menu di dalam rumah saya adalah bakar-bakar dan rebus-rebus kebanyakkan nya lah setelah suami saya jatuh sakit vertigo , darah tinggi , strok otak dan sakit kencing manis kelmarin , jadi memang bertegas dengan suami nih .. banyak pantang larang di dalam makanan yang perlu di amalkan. Jadi macam hari-hari dah makan ayam panggang dan ikan panggang. Cuma kadang-kadang tak sempat pun nak ambil gambar dan upload di blog. Orang anak ramai .. faham-faham sudah~

Khasiat serai :

Untuk mengurangkan kolestrol sebaiknya minum jus serai suam. Boleh diletak satu kiub ais + sedikit gula untuk menambah rasa. Tetapi ingat ais kiub atau minuman berais boleh membuatkan badan kita menjadi gemuk. – Baca selebihnya di Kongsibersamanora

Resepi Ayam Panggang Aroma Serai 

  1. Ayam berketul-ketul ikut keperluan saiz keluarga
  2. Serai (saya panggang 6 ketul ayam dan gunakan 6 batang serai , kira nisbah seketul sebatang serai )
  3. Bawang besar 1 ulas
  4. Bawang putih 6 ulas
  5. Bawang merah india 6 ulas
  6. Serbuk Cili Adabi 4 sudu
  7. Gula sesudu
  8. Kicap 1 sudu
  9. Halia (agak2 besar ibu jari)
  10. Garam secukup rasa

Cara membuat nya.

  1. Kisar (Serai , bawang besar , bawang putih , bawang merah india dan halia sehingga halus )
  2. Gaulkan dengan semua bahan lain
  3. Gaulkan atau perapkan ke atas ayam tadi.

Kadang-kadang saya perap , kadang-kadang saya terus masak. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar lah secukupnya . Suhu 200 darjah celcius sehingga masak. Kalau saiz potongan ayam besar lama lah jawabnya.

p/s : Sibuk dengan dunia offline sekarang ni , layan anak-anak di rumah phewww~ Contest iPhone5 pun tak terlayan dah …

Sekian ,

Selamat mencuba …