baby sehari lepas dilahirkan

Senarai Makanan Dan Amalan Ketika Berpantang Bersalin/Beranak

Kerah balik otak dan ingat balik resepi berpantang yang telah saya amalkan dulu , insyallah kalau rajin boleh letak resepi nya pulak.Ketika dalam pantang banyak tips-tips dari orang tua-tua , semasa bersalin bukan mak kita saja bagi nasihat itu ini , dari awal bersalin tu .. dan berderet tips dari doktor , jururawat , kemudian mak , kemudian makcik urut dan kemudian dari sesiapa sahaja yang melawat kita semasa bersalin.

Topiknya disini , adakah semua tips dan juga amalan yang di sarankan itu berguna untuk kita ? ya .. mari lah sama-sama fikirkan logiknya pula.Logik tak logik saya cuma share apa-apa info yang pernah saya dan orang – orang terdekat lalui.

baby sehari lepas dilahirkan
Kenangan ketika Laila baru sehari umurnya ..

Senarai Makanan ketika berpantang selepas bersalin/beranak.

  • Ikan haruan/ayam masak piandang dengan herba-herba yang sangat banyak
  • Ikan Haruan/ayam masak halia dengan potongan halia dan bawang putih yang banyak
  • Ikan haruan/ayam masak asam dengan potongan halia dan bawang putih yang banyak
  • Ikan haruan/ayam masak lada hitam dengan potongan lada hitam dan bawang putih yang banyak

Read More