Buku yang entah bila nak hadam

Bila tengok buku je kepala pening , asal kepala pening saja saya tengok buku. Entah bila nak hadam baca buku-buku ni , koleksi makin bertambah dari sehari ke sehari.

Tapi kalau buku jenis E-Book tu saya boleh habiskan cepat , hairan bin ajaib. Semangat nak membaca buku di tangan makin pudar. Blogger harus membaca kata-kata seorang otai blogger. 🙂

2 buah buku di bawah hadiah dari denaihati.com

buku-buku motivasi

Saya sekarang ni lebih suka memerhati , mencari dan memikir sampai kadang-kadang lesu memikir. Ohhhh ~ Dah bincang-bincang dengan suami saya minta kebenaran dan masa beliau jaga anak-anak pada 3 hb ni , saya nak pergi dapatkan sedikit motivasi dari aqifazizan. Seminar yang di beri tajuk Kelas Penulisan Buku – Menulis Karya Sedap Dibaca & Dihadam. Harap-harap sangat beliau boleh cuti ~

Bukan lah nak jadi jutawan ( tetapi kalau betul apa salahnya  ) tetapi sekadar nak belajar dan memotivasikan diri. 🙂 Minta-minta la si kay boleh dan beri kebenaran dan ambil cuti sehari.