Articles Tagged with semasa

puanbee17/11/2011

Tengah menonton Indonesia vs Malaysia Sea Games 2011 di tv3 , sokongan nampaknya sangat meriah di beri oleh penduduk kawasan saya , terdengar jeritan bersahutan di celah-celah tingkap rumah masing-masing , Saya tak de kawan yang menonton bersama tak tahu nak borak dengan siapa , lantas buka blog dan terus menaip disini , di harapkan Malaysia berjaya membolos beberapa gol dalam perlawanan antara Malaysia dan Indonesia dalam sukan SEA 2011 ini ..

Slogan pembakar semangat pasti bergema di seluruh Stadium Bung Karno. Jika skuad Malaysia terkenal dengan slogan ‘Malaysia Boleh’ , Indonesia juga pasti tidak mahu kalah dengan slogan mereka ‘Indonesia Bisa’. Walau apa pun slogan , kepada skuad Malaysia Moga berjaya , selamat berjuang untuk nama Negara Malaysia.

Poster Indonesia vs Malaysia Sea Games 2011
Poster Indonesia vs Malaysia Sea Games 2011

Keputusan terkini Indonesia vs Malaysia Sea Games 2011

0-1

Shahrul A.S (MAS) 17′

26th Sea Games Indonesia 2011

Malaysia vs Indonesia

Date : 17 November 2011

Venue : Gelora Bung Karno Senayan, Indonesia

Sekalung tahniah buat skuad Malaysia ! Malaysia Boleh !

Please follow and like us:
follow subscribe - Meriah ! Keputusan Indonesia vs Malaysia Sea Games 20110

puanbee02/11/2011

Pemberian bantuan isi rumah rm500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dijangka mula dikeluarkan pada bulan Disember ini. borang bantuan isi rumah RM500 itu boleh dimuat turun menerusi laman web LHDN selain diperoleh di semua pejabat agensi berkenaan dan mungkin juga akan disiarkan dalam akhbar dan setelah mereka yang layak menghantar borang tersebut kepada LHDN, pembayaran dijangka mula dibuat pada bulan Januari.

Pembayaran kepada penerima yang layak akan dibuat melalui Akauntan Negara menerusi bank-bank yang akan dilantik. Agak-agak bank apa yang menjadi pilihan untuk memberi wang bantuan rakyat RM500 ni , harap-harap jangan sampai rakyat terpaksa buka akaun bank tertentu untuk menerima wang bantuan rakyat ni , selain itu LHDN akan mengguna pakai sistem pangkalan data e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan maklumat rakyat yang layak menerima bantuan isi rumah RM500 tersebut. So memang tak ade penipuan lah kan , cuma ada pertanyaan disini , adakah penerima atau sesiapa nak memohon kena daftar dengan E-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat tu pula ?

Pemberian Bantuan Isi Rumah RM500 ini adalah apa yang di bentangkan oleh PM dalam perbentangan bajet 2012 yang lalu , Maksud pendapatan isi rumah kurang dari RM3000 itu adalah jumlah semua pendapatan satu rumah tidak melebih RM3000 , baru layak .. maksudnya . satu rumah , campur mak , abang , ayah , atuk , nenek ke.. kan ..

Laman social LHDN Twitter , Facebook dan juga Youtube juga di lancarkan akan mula beroperasi pada 1 november 2011. Makin senang nak tengok dan berhubung secara terus dan mendapatkan info mengenai?borang bantuan isi rumah RM500 .

psstt : Nak tolong ambil borang bantuan isi rumah bagi pihak banyak ni .. sekurang-kurangnya dapat lah kurangkan beban semua keluarga yang bependapatan rendah.

Sumber asal : Bernama

UPDATE : 1/12/2011

Borang Pendaftaran Bantuan RM500 Di Buka 10 Disember

Please follow and like us:
follow subscribe - Info Borang Bantuan Isi Rumah RM500 Dikeluarkan Bulan Disember0

puanbee01/11/2011

Ya musim peperikasaan telah pun hampir tamat , kini musim untuk pelajar SPM atau remaja yang berumur 17-18 tahun berdebar-debar menunggu berita sama ada terpilih atau tidak untuk menyertai plkn siri 9 2012 nanti , Bukan sedikit ye , mengikut petikan berita seramai 140,000 pelajar merupakan bakal pelatih plkn siri 9 2012 nanti , wah ramai juga remaja belia di negara Malaysia ni. Banyak perkara yang membelenggu mak pak di kali ini , dengan cuaca hujan tidak menetu dan dilaporkan banjir disana sini dan juga raya yang akan datang , namum semua itu telah terjawab dalam petikan berita di bawah , so jangan risau! Sesiapa yang ingin mendaftarkan diri menjadi pelatih secara sukarela boleh lah ke sini borang telah pun dibuka.

Semak status kemasukan PLKN sms dan online

Petikan berita Bernama

BACA sini : Semakan PLKN Kumpulan 1 siri 9/2012 ( Sms dan Online)

Senarai nama 140,000 bakal pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi siri kesembilan akan diketahui akhir bulan ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

?Para bakal pelatih yang kebanyakannya mungkin sedang menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika itu tidak perlu risau, nama mereka yang tersenarai boleh disemak melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel,? katanya kepada pemberita di Lapang Sasar Bukit Merbau dekat sini, Khamis.

Pelatih siri tersebut akan ditempatkan di 81 kem latihan di seluruh negara mulai 1 Jan tahun depan.

Pada majlis itu beliau turut menyampaikan hadiah kepada pelatih yang menyertai pertandingan menembak sempena latihan pengendalian senjata untuk 356 pelatih PLKN dari Kem Cancun Park, Pasir Mas.

Turut hadir ialah Pengarah PLKN Zon G Kelantan, Lt Kol Zahri Harun dan Komander Batalion Ke-5, Lt Kol Jefri Sulaiman.

Mengenai PLKN siri kelapan, Abdul Hadi berkata seramai 18,000 peserta akan menamatkan latihan dalam tempoh sebulan sebulan lagi dan pada ketika ini mereka sedang menghabiskan modul latihan menggunakan senjata api dan khidmat masyarakat.

Beliau berkata mereka juga diberi cuti untuk menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga selama tiga hari mulai Jumaat hingga 7 November ini.

?Bagaimanapun, kebanyakan pelatih dari Malaysia Timur, seperti Sabah dan Sarawak tidak dapat pulang berhari raya di kampung masing-masing dan terpaksa tinggal di kem dan ini memberi peluang menyemarakkan lagi sambutan hari raya bersama rakan-rakan dan masyarakat setempat,? katanya.

Mengenai persiapan pihaknya menghadapi musim banjir, Abdul Hadi berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan pihak Angkatan Tentera Malaysia dalam mengatur strategi menghadapi bencana alam itu jika membabitkan pelatih PLKN.

Namun beliau yakin banjir mungkin tidak melibatkan kem PLKN kerana kebanyakan lokasi kem terletak di kawasan tinggi, kecuali beberapa tempat di Johor.

Ibu bapa kepada pelatih tidak perlu risau dengan suasana itu, katanya. -BERNAMA

Please follow and like us:
follow subscribe - plkn siri 9 2012 : Senarai Nama Pelatih PLKN siri 9 2012 akan di ketahui hujung November 20110

puanbee29/10/2011

Keputusan Final Piala Malaysia

Berdebar kan tunggu keputusan Terengganu Vs Negeri Sembilan yang akan berentap bagi merebut Piala Malaysia di pusingan akhir pada 29 oktober 2011. Segala teka teki akan terjawab bagi siapa bakal menjuarai Piala Malaysia 2011. Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan secara langsung aksi perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 antara Negeri Sembilan dan Terengganu, Sabtu ini. Siaran langsung di saluran TV1 dari Stadium Shah Alam itu bermula jam 8.40 malam. Tak ketinggalan juga Astro akan menayangkan perlawanan ini secara live dari Astro Arena jam 8 malam .

Keputusan terengganu vs negeri sembilan dalam merebut Piala Malaysia

Walaupun dilanda sedikit kontroversi dengan harga tiket perlawanan Akhir Piala Malaysia yang melonjak naik mencecah RM50 , dan setiausaha FAM menyatakan penyokong berhak memboikot perlawanan akhir Piala Malaysia , diharapkan para penyokong tetap bersemangat untuk datang ke stadium ,untuk memberikan sokongan terhadap pasukan Perlawanan Akhir Piala Malaysia masing2.

Petikan Berita mengenai Harga tiket Piala Malaysia , Laman Web FAM yang di godam serta banggunan FAM disimbah cat.

(more…)

Please follow and like us:
follow subscribe - Debaran Keputusan Terengganu vs Negeri Sembilan Piala Malaysia0

puanbee28/10/2011

Tadi beriya nak bawak anak-anak pergi main di taman dah janji dari minggu lepas lagi , tapi asal petang je hujan , bukan sikit-sikit hujannya , diselangi petir dan guruh berdentum di langit tu, anak-anak jadi takut , nasib budak-budak faham , tak de merengek-rengek nak ke taman tu tapi haruslah banyak soalan yang keluar …siap keluar ayat

“Ibu hujan ni dasyat kan sampai kereta boleh rosak “

“mana ada , kereta tu yang memang dah nak rosak “

“tapi kenapa tiap kali hujan je kereta akan rosak kat jalan atas tu”

Disebabkan rumah tinggi berhampiran pula MRR2 , jadi boleh nampak banyak kereta , asal hujan je ada kemalangan , kereta rosak dan “jem” dan sebagainya , jadi hati-hati lah jika memandu ketika hujan , malang tak bebau kan. Rupanya sekarang Malaysia tengah mengalami Monsun Timur Laut , Baru terbaca dari website TV3 , Hujan Petir ini akan berakhir hingga bulan Mac tahun hadapan ..fuhhyoo lama tu kan ..

(more…)

Please follow and like us:
follow subscribe - Episod hujan lebat | Monsun Timur Laut0

puanbee26/10/2011

Ramai yang nak tahu dan tanya saya siapa pencipta KMX , apa maksud KMX bahaya ke ? ok saya pun dah tanya sikit-sikit pada brader tu , tapi tanya dengan tak tulis apa-apa jenuh juga nak kumpul ayat tu , so saya buat research sikit , dan jumpa satu website yang memang ditubuhkan untuk Persatuan KMX United States rasanya , dapatlah sedikit info tentang KMX ni , gambar pun ada , tapi dah translate lah info nya ok ..oleh sebab KMX pada asalnya dicipta untuk kanak-kanak maka tak bahayalah dia , yang pasti KMX ni senang nak naik dan imbangkan , laju , dan senang nak pusing bila di selekoh.

Info KMX
Info KMX

(more…)

Please follow and like us:
follow subscribe - Info KMX0

puanbee25/10/2011

Bagaimana dengan sambutan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha yang dibuat ? seperti biasa sambutan untuk menyambut hari raya aidiladha ini biasa kurang mendapat tempat di hati penduduk kota , tapi sebaliknya di kampung-kampung kan , mungkin kerana cuti yang singkat memainkan peranan kenapa penduduk kota yang senantiasa sibuk untuk berehat pada hari tersebut , tapi sambutan Hari Raya Korban tetap akan di lakukan di Masjid-masjid terdekat , peluang yang ada digunakan untuk merapatkan lagi hubungan sesama jiran tetangga. berikut merupakan tarikh untuk tengok anak bulan dan tempat bagi menentukan Hari sambutan Aidiladha mengikut negeri.

Petang 27 Oktober bersamaan 29 Zulkaedah ditetapkan bagi melihat anak bulan Zulhijah untuk menentukan Aidiladha.Perkara itu dititahkan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin setelah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja.Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidiladha atau Hari Raya Qurban adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Tempat Tengok Anak Bulan Zulhijah Bagi Tentukan Aidiladha 2011 ditetapkan seperti dibawah

(more…)

Please follow and like us:
follow subscribe - Tarikh Tengok Anak Bulan Zulhijah Bagi Tentukan Aidiladha 2011 (Raya Haji)0

puanbee23/10/2011

Pengesahan kematian marco simoncelli yang mengalami kemalangan di sepang saya dapat dari blog yanmie .Sangat terkejut kalau sebelum ni saya lihat rata-rata blogger hendak menghadiri Litar sepang untuk menyaksikan pertandingan MotoGp.

gambar macro simoncelli
gambar macro simoncelli

Perlumbaan Grand Prix (MotoGP) Malaysia 2011 dibatalkan berikutan kematian pelumba Itali Marco Simoncelli akibat kemalangan pada pusingan kedua di Litar Sepang di sini hari ini.

Simoncelli berusia 24 tahun.

Perlumbaan tersebut dibatalkan oleh penganjur perlumbaan, Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports iaitu pemegang hak perlumbaan MotoGP Dunia.

Pengarah Perubatan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Dr. Michele Macchiagodena mengumumkan kematian Simoncelli pada sidang media di Litar SIC.

gambar macro simoncelli jatuh di sepang
gambar macro simoncelli jatuh di sepang

(more…)

Recent search :

Please follow and like us:
follow subscribe - Berita Kematian Marco Simoncelli - Kemalangan Di Sepang0

puanbee22/10/2011

Seperti biasa iklan petronas adalah yang terbaik dan sentiasa dinantikan , hehe tengok video iklan petronas deepavali ni terasa sedap dan terliur aje , sedapnya tengok masakkan india hehe.. jiran india saya dah mula kemas rumah tu ..sweet je tengok video ni layan…..

Perjalanan hidup menuju kebahagiaan bermula dari hati sanubari kita.
Ia lahir dari keazaman dan kesungguhan untuk berjaya.
Penuh keikhlasan dan dedikasi dalam mengharungi cabaran mendatang.

The journey to creating a better life, begins within us.It’s the passion and determination to pursue something worthwhile.It’s the dedication and effort to toil through challenges in our lives that ultimately makes our lives better.This commercial embodies that spirit, of the hardships and work that we put into providing for our loved ones.It’s the mutual feeling of togetherness and the unbreakable human spirit that drives us to do our best.This is the light within all of us.May that light continue to burn bright.Happy Deepavali.

For More Info :  Click —>> Pursuit of Perfection – Petronas Deepavali Ad 2011 

wishes you Happy Deepavali  🙂 

Please follow and like us:
follow subscribe - Iklan Petronas Deepavali 2011 Mencari Kesempurnaan | Petronas Deepavali Ad 20110

puanbee21/10/2011

SELEPAS kejayaan siri kartun Upin & Ipin yang mendapat sambutan hangat di televisyen (TV) Malaysia dan Indonesia, penerbit animasi itu, Les’ Copaques Sdn. Bhd., (LCPSB) bakal tampil dengan satu lagi siri kartun berjudul Pada Zaman Dahulu. Menurut Pengarah Urusan LCPSB, Burhanuddin Md. Radzi, Pada Zaman Dahulu yang kini sedang dalam pembikinan menjadi rebutan banyak stesen TV ekoran kejayaannya menjadikan Upin & Ipin suatu fenomena dalam siri animasi di rantau ini sejak tiga tahun lalu. Wallpaper Watak Pada Zaman Dahulu Animasi Baru Les’ Copaque

(more…)

Please follow and like us:
follow subscribe - Disebalik Pada Zaman Dahulu (taruhan terbaru LCPSB)0

puanbee19/10/2011

Terkini kakak Hairuman Miskon mangsa kejutan elektrik membuat rayuan supaya mendapat bantuan kewangan daripada sesiapa sahaja yang mampu , tangan yang memberi lebih baik dari menerima kan ?

Masih ingatkah lagi anda semua kepada adik Hairuman Miskon yang menjadi buah mulut rakyat Malaysa sebelum ini dimana ianya banyak tersebar di seluruh media mengenai kisahnya yang terkena renjatan elektrik? Cuba bayangkan anda di tempat beliau, adakah anda semua cukup tabah untuk menghadapi semua ini…?

Poster Hairuman01-1024x768

(more…)

Please follow and like us:
follow subscribe - Hairuman Mangsa Kejutan Elektrik Memerlukan Bantuan Kewangan0

puanbee12/10/2011

Haa sabtu dan ahad ini nampaknya jalan di KL akan ditutup ye .. amboi .. lega kami sekeluarga akan keluar ber cuti keluar dari KL .. hehehe .. kalau tak mati kutu tak boleh buat apa lah bila jalan di tutup tapi kalau rajin boleh je pergi nyibuk tengok orang kayuh2 basikal tu hehehe.. ah tak payah lah pergi tengok !! baik tidur kat rumah erk ..

Acara Kayuhan Berbasikal OCBC
Acara Kayuhan Berbasikal OCBC

Beberapa laluan utama di sekitar ibu kota akan ditutup secara berperingkat sempena Acara Kayuhan Berbasikal OCBC pada Sabtu dan Ahad ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, penutupan jalan sekitar Dataran Merdeka adalah dari 3 petang hingga tengah malam pada Sabtu manakala pada Ahad pula, jalan yang terbabit akan mula ditutup secara berperingkat mulai 6 pagi dan dibuka semula selepas semua peserta melalui jalan tersebut.Jalan tersebut ialah Jalan Raja (Dataran Merdeka) iaitu tempat bermula kayuhan, Jalan Parlimen, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan Dato Onn, Jalan Tun Ismail, Jalan Putra, Jalan Raja Laut dan Jalan Ipoh.

Turut ditutup ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang, Jalan P Ramlee, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Hang Lekiu dan Jalan Lebuh Pasar. – BERNAMA

Please follow and like us:
follow subscribe - Jalan KL Yang Akan Ditutup Sempena Acara Kayuhan Berbasikal OCBC0

puanbee08/10/2011

Dalam Bajet 2012 Yuran Sekolah Di Mansuhkan  , bagus juga ni berita gembira untuk semua ibu bapa di luar sana , walaupun seorang je anak saya yang bersekolah rendah buat masa sekarang ni , tapi banyak lagi cabang untuk di laburkan duit tu .. heheheh .. terima kasih lah pada kerajaan kan ..

Dalam Perkara 43

kakak dan una salam Dato ong tee keat
kakak dan una salam Dato ong tee keat

43. Bagi membolehkan setiap anak-anak Malaysia tanpa mengira latar sosioekonomi berpeluang kepada masa depan yang lebih baik maka kerajaan akan mempastikan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

Pada masa ini, pelajar masih dikenakan bayaran 24 ringgit 50 sen bagi sekolah rendah dan 33 ringgit 50 sen bagi sekolah menengah untuk bayaran kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan Insuran Takaful. Ingin dimaklumkan bahawa, mulai sesi persekolahan 2012, bayaran ini akan dimansuhkan.

Dengan ini, sukacita diumumkan bahawa, buat pertama kalinya dalam sejarah, pendidikan rendah dan menengah di sekolah-sekolah kerajaan adalah disedia dengan percuma. Pemansuhan semua bayaran ini akan melibatkan peruntukan sebanyak 150 juta ringgit.

Mak pak mana tak gembira dengar berita Yuran Sekolah Di Mansuhkan  niii ?? komen sikit !!

Please follow and like us:
follow subscribe - Bajet 2012 : Yuran Sekolah Di Mansuhkan0

puanbee08/10/2011

Berita gembira buat pekerja swasta selepas perbentangan bajet 2012 ada sedikit Perubahan Dalam Skim Persaraan Swasta Untuk Pekerja Swasta kan bagus tu ..

Perkara 108 dan 109

108. Dalam Bajet 2011, bagi mempastikan pekerja swasta dan mereka yang bekerja sendiri mempunyai simpanan mencukupi semasa bersara, saya telah mengumumkan pelepasan cukai sehingga 6 ribu ringgit untuk caruman kepada KWSP dan insurans hayat diperluaskan bagi meliputi caruman kepada Dana Pencen Swasta, kini dikenali sebagai Skim Persaraan Swasta.

Bagi terus menjamin kesejahteraan rakyat di usia persaraan di samping mempromosi skim persaraan swasta yang dijangka dapat merancakkan pembangunan pasaran modal, saya mencadangkan:

  • Pertama: Pelepasan cukai baru sehingga 3 ribu ringgit ke atas caruman dalam Skim Persaraan Swasta dan anuiti insurans selama 10 tahun. Dengan ini, pelepasan cukai sedia ada ke atas Skim Persaraan Swasta dan anuiti insurans dirasionalkan;
  • Kedua: Potongan cukai ke atas caruman majikan bagi pekerja dalam Skim Persaraan Swasta; dan
  • Ketiga: Pengecualian cukai ke atas pendapatan dana Skim Persaraan Swasta.

109. Kini pesara menghadapi kekurangan simpanan untuk menampung kos saraan hidup setelah bersara. Kajian menunjukkan hampir 70 peratus menghabiskan kesemua simpanan mereka dalam tempoh 10 tahun selepas bersara.

Bagi meningkatkan simpanan untuk hari tua, Kerajaan mencadangkan supaya caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan 5,000 ringgit dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.

Ok saya suka komen anda ???

Recent search :

Please follow and like us:
follow subscribe - Bajet 2012 :Perubahan Dalam Skim Persaraan Swasta Untuk Pekerja Swasta0