Kalendar 2016 – Rumah Kasih Nurul Hasanah

Assalammualaikum w.b.t .. Sekadar ingin membantu.Share kepada rakan-rakan Tuan/Puan. Kalendar 2016 ini dijual untuk mengumpulkan dana perbelanjaan bulanan Rumah Kasih Nurul Hasanah. Rumah Kasih Nurul Hasanah (RKNH ) ada menjual Kalendar RKNH 2016 sebagai projek Ekonomi RKNH berharga RM10 Sahaja ,didalam Kalendar RKNH ini juga lengkap ,Waktu Solat Wilayah Persekutuan dan Putrajaya ,Tarikh2 penting dalam Islam,Cuti Penggal Persekolahan 2016,Hari pelepasan am persekutuan 2016,Petikan Ayat Al-Quran,Jadual Aktiviti Tahunan RKNH .. Tuan/Puan boleh dapatkan Kalendar RKNH di Asrama kami beralamat : No 1,Jalan Pimping kanan Ukay Height ,68000 ,Selangor…

Rumah Anak Yatim Di Selangor : Rumah Kasih Nurul Hasanah

Assalamualaikum dan hai , saya terpanggil untuk menulis sedikit info tentang Rumah Kasih Nurul Hasanah. Dah lama saya berkawan dengan ustazah RKNH ini di facebook  dan memberi sumbangan sedikit mengikut kemampuan saya , namun saya rasakan apa yang saya buat masih tidak cukup. RKNH masih memerlukan banyak lagi sumbangan wang ringgit dan juga barangan kegunaan harian. Sepanjang saya mengikuti facebook ustazah , saya tak tahu pula RKNH ada blog sendiri dan di sediakan banner untuk memudahkan usaha penyebaran info tentang RKNH ini di sebarkan di internet. Kalau tahu dah lama saya tempek. Jadi untuk memudakan Tuan/Puan .. boleh lah klik banner di sebelah kanan blog saya ini untuk melihat sendiri gambar dan update terkini dari admin.

Terkini , penyelia RKNH memerlukan dana untuk membayar sewa rumah anak yatim tersebut. Semoga dengan hasil penulisan saya ini dapat membantu serba sedikit.

Di harapkan pembaca blog ini dapat sama-sama memberi sumbangan semampu mungkin , RM1 pun tak apa … dan tolong lah viral kan benda baik begini.

Memohon Kerjasama membantu Rumah Kasih Nurul Hasanah (RKNH)

Sinopsis tentang RUMAH KASIH NURUL HASANAH