Riadah di Taman Botani Perdana , Kuala Lumpur

Assalamualaikum , Kali ini tak rancang pun nak pergi ke Taman botani perdana , Kuala Lumpur. Tiba adik call tanya tempat ni , saya pun lagak tak malu tanyakan dia semula. ” Hang tak mau ajak aku ke ? ” Bukan apa … kalau pergi dengan anak sahaja risau sikit lah. Ni Kuala Lumpur macam – macam boleh jadi. Kalau pergi ada peneman rasa selamat sikit. Padahal Taman Perdana ni 17 minit je dari rumah. Jika tak ada kesesakkan lalulintas lah.
taman botani perdana , kuala lumpur 5

Saya suka bawa anak ke taman sebenarnya , saya suka hijau pokok , saya suka berpeluh berjemur di bawah panas. Saya suka tengok tasik. Tetapi tu lah , nak pergi tak ada peneman jadi malas lah pula.  Disini ada tempat permainan sebesar gudang , lupa nak ambil gambar tadi .. sebab tak minat gambar tempat permainan jadi lupa terus. Saya bawa anak – anak pusing taman , jalan keliling tasik dan ke taman – taman yang di sediakan. Ada 2 video taman saya upload di instagram. Best sangat.