Resepi Kerabu tembikai di bulan ramadan

Nak sejukkan tekak di bulan ramadan ??? ┬áSejak mengandung antara makan kesukaan adalah tembikai, hari-hari makan tembikai , pagi petang siang malam. Dalam bulan ramadan ni nak juga selit tembikai , kalau tak buat air tembikai , smoothie tembikai , atau makan tembikai , kita buat kerabu tembikai .. selang 2-3 hari kita buat la …

Di bulan ramadan benda pertama yang kita cari selepas berbuka adalah , air tak pun apa-apa yang sejuk kan ? kerabu tembikai ni memang sejuk , letak dalam peti ais …. nyum ~

Kerabu tembikai di bulan ramadan sejukkan tekak Read More

Resepi Kari Kepala Ikan Sentuhan Orang Utara

Dah lama tak masak kari kepala ikan , selalunya tunggu balik kampung di utara baru buat kari kepala ikan kerana faktor di sana , ikan lebih segar , kelapa mudah di dapati. Tetapi dah kerinduan kari kepala ikan di dapur sendiri maka saya buat la di KL , dengan apa yang ada. Suami suka sangat dengan kari kepala ikan. Tu pun atas faktor kesihatan dia tak boleh makan selalu. Susah nak dapatkan kepala ikan segar. Kena rajin bertanya bila ikan di potong dan sebagainya. Kalau dah jadi mak mulut memang kena ringan agaknya.

Tak mahu bercerita panjang , mari lah tengok langkah – langkah menyediakan kari kepala ikan. Saya rajin ambil gambar kali ni…

Resepi nasi minyak

Resepi Kari Kepala Ikan Sentuhan Orang Utara Read More

resepi sup kaki ayam

Resepi : Sup Kaki Ayam Istimewa

Hari-hari keyword resepi sup kaki ayam menyinggah di blog puanbee.com , walaupun sebenarnya resepi tersebut tak ada , yang ada cumalah entri ringkas mengenai cakap-cakap orang tua disini , diorang cakap .. kalau anak lambat berjalan elok di beri makan sup kaki ayam setiap hari. Tak tahu betul atau tidak… Sebenarnya sup kaki ayam ni selalu sangat saya buat , seminggu sekali mesti buat. Sebab anak-anak suka.. tak makan dengan nasi , hirup sup macam tu je.

Korang suka ? geli dengan kaki ayam ke macam mana ?

resepi sup kaki ayam

Untuk resepi sup kaki ayam versi saya.Sila sediakan beberapa bahan yang mudah di dapati. Read More

Cara buat popcorn guna periuk biasa je

Dulu tahun 2011 saya pernah tulis di dalam blog ini cara buat popcorn di rumah senang je .. bunyi nya macam tu la. Selepas beberapa tahun , hampir nak masuk 7 tahun ye saya masih lagi buat popcorn sendiri di rumah dan guna periuk biasa sahaja. Sungguh sangat menjimatkan dan anak anak makan sampai puas. Setelah bertahun tahun tak kan saya guna cara biasa sahaja kan ? mesti lah dah di upgrade sikit.

Nak tengok cara lama boleh klik link di atas. Cara baru yang lagi senang dan mantop kena tengok entri baru. Boleh pulak ada cara buat popcorn lama dan baru ye. Ye lah … pengalaman dan percubaan banyak kali menhasilkan hasil yang lebih baik. Setakat ini saya dah cuba buat 3 perasa. Antara nya kari , rumpai laut dan karamel. Wah heaven betul dapat makan hasil tangan sendiri. Tetapi gambar hanya ada gambar popcorn karamel yek. Yang lain tak sempat ambil gambar dah habis. Nanti lah kalau rajin buat lagi saya tempek resepi sekali lagi.

Cara buat popcorn
popcorn karamel

Cara buat popcorn caramel.

Bagi mereka yang tak tahu macam mana rupa bertih jagung tu boleh tengok di bawah. Bertih ni pergi je beli di mana-mana pasaraya , murah je 1kg baru dalam RM4 gitu. Ada kualiti tertentu juga , nak popcorn jadi kembang cantik beli lah bertih gred elok sikit. Read More