Resepi sup ayam dan Cara buat sup ayam tanpa bunjut

Assalamualaikum dan Hai Semua. Haaa apabila puanbee terlebih rajin , terus masa dengan video dan gambar. Biasanya puanbee malas nak ambik gambar semasa masak. Hari ni masak sup ayam tanpa bunjut. Eh biasanya pun tak pakai bunjut sangat sebab selalu terlupa nak beli bila pergi ke kedai. Cara saya sangatlah mudah. Tips nak dapatkan rasa sup ayam yang sedap adalah reneh dengan api perlahan. Tu je ..

Nak resepi ke ? Resepi dan bahan mudah sahaja. Ada di dapur setiap rumah rasanya.

Bahan untuk sup ayam :

  1. Ayam , separuh potong kecil
  2. Daun sup dan daun bawang – 3 pokok macam tu.
  3. Bawang merah , bawang putih dan halia. Awak agak-agak lah ye.
  4. Minyak masak 2 sudu.
  5. Herba buah pelaga , bunga lawang dan kulit kayu manis (takdak dalam video. kehabisan stok)
  6. Air secukupnya
  7. Garam agak-agak korang lah.


Cara buat :

Tumis bawang merah , bawang putih dan halia dengan 2 sudu minyak. Masukkan herba selepas seketika. Biarkan warna perang – perang dan bau wangi . Masukkan ayam , biarkan sekejap sehingga ayam pun ada warna perang sikit. Masukkan air secukupnya dan reneh perlahan. Bila dah melegak sikit masukkan daun dan daun bawang. Reneh lagi sehingga air berkurang dalam 2 inci dari asal. Kemudian masukkan garam dan tutup api.

Lepas tu ambik mangkuk isikan , ambik gambar dan makan. ?

Video ada di instagram . Jemput follow ig @puanbee.

Top 15 entri popular 2016 bagi blog puanbee.com

Untuk rekod bagi blog puanbee.com sendiri. Top entri 2016 bagi blog puanbee.com ialah …saya akan senarai kan di bawah. Tak ada ucapan khas pun. Tahun 2016 dan tahun berikutnya saya blur la.Walau pun banyak benda berlaku tetapi banyak juga halangan untuk update. Insyallah kalau ada masa slow slow kita update blog ya. Kini blog bukan lagi keutamaan. Banyak betul kerja luar untuk di beri perhatian termasuk lah menjaga anak-anak yang kian membesar. Walaubagaimana pun , saya bersyukur sedikit sebanyak entri tentang “ LIFESTYLE ” seorang surirumah biasa biasa ini mendapat banyak carian di google dan saya doakan semoga bermanfaat untuk semua. Maafkan saya jika ada terlanjur menulis dan salah silap.

CARTA GOOGLE UNTUK SETAHUN 2016.

TOP ENTRI 2016 Read More

Resepi keria gula melaka

Assalamualaikum  allhamdulilah. TETIBA TERAJIN. Aku ni bukan jenis rajin masak. Makan tu rajin la. Tiba tiba teringin pula dengan cucuq keria gula melaka ni. Nak pergi melaka semata-mata nak beli keria ni ? memang tak lah. Aku bab nak beratur tu sorry .. tak berapa bekenan. Jadi cara lain ialah buat sendiri. Kos nya dalam RM10 sahaja. Sekeluarga makan siap repeat 4 kali.

Untuk berjimat , para ayah kena bagi galakan pada para ibu ni supaya rajin masak. Aku tak rajin sangat sebab bagi aku letih memasak. Aku masak simple je .. janji makan kenyang sudah. Nasi dengan kicap + telur pun jalan ja.

RESEPI KERIA GULA MELAKA

Amaran : kadang ada benda tak betul sangat , jangan la ikut sebab aku bedal je gaul ni. Nasib baik jadi nya pun.

  1. No 1 mesti lah rajin nak masak hokey .
  2. Keledek 2 kilo
  3. sedikit tepung gandum
  4. gula melaka
  5. minyak untuk menggoreng

Rebus dahulu ubi sehingga empuk. Ikut suka nak guna ubi keledek apa. Ikut kan cara tradisional orang tua dulu buat keria guna keledek putih. Aku campur dengan keledek oren. Tu pun rasa nak guna keledek ungu sebab lebih sedap. Tapi takut kejadian tak di ingini berlaku pula.

Dah rebus , toskan biarlah sejuk sikit boleh lenyek. Lepas tu taburkan tepung sedikit demi sedikit. Sekadar cukup untuk membentuk. Aku tak suka banyak tepung , kalau korang nak rasa tepung banyak sikit letak lah banyak. Jaga-jaga jangan sampai hilang rasa keledek tu sudahlah. Karang bukan jadi keledek. Jadi donut pula.

Tambahkan sedikit garam.

Bentukkan bulat-bulat cucuk lubang di tengah2 dan ketepikan.

Goreng sekejap dalam minyak panas.

Alih alih biar dia hitam manis sikit tak apa. Angkat dan ketepikan  , habiskan goreng cuk keria dulu baru lah buat sira gula melaka tu ye.

Cara buat sira melaka

Aku tak jumpa gula melaka yang original ke apa di pasaraya sini. Aku jumpa gula kabung yang macam blok tu. Macam bentuk buluh di potong-potong . Kalau korang biasa di dapur mesti tahu. Guna je lah gula melaka apa pun janji warna hitam tu sudah lah.

Aku guna 3 ketul dalam RM4.00 tu. Disebab kan tak berapa suka manis gula jadi aku tak campur gula putih langsung. Ada orang cakap kena guna sikit nak bagi effect gula keping-keping ranggup bila dah siap sejuk nanti.

Guna air dalam 2-3 sudu masukkan gula dan cairkan.

Selepas dah cair gaul je cepat-cepat kuih keria tadi.

Hidangkan.

NOTA KAKI : Semasa upload di fb ada orang ajar   nak effect keping-keping rangup lagi selain campur gula putih , taburkan sedikit tepung gandum atau tepung beras semasa salut / gaul kuih keria dengan gula melaka.

Korang lah try. Aku rasa tak mau repeat buat dah. Manis sangat. Sekali makan ..sedap nya cair dalam mulut  , manis keledek. Wangi gula melaka. 2 kali makan sebab rasa tak puas makan kali pertama. 3 kali makan sebab saja lapaq pulak.4 KALI makan sebab anak-anak pun tak nak dah. Mak lah kena makan.

SEKIAN

resepi hebat dari puanbee

😛

Resepi : Roti John Untuk Sarapan

Assalamualaikum dan hai hai hai .. Kali ni nak share resepi roti john paling senang nak buat di rumah. Guna bahan yang tersedia di rumah je. Tak payah nak ke kedai semata-mata nak buat roti john. Walaubagaimana pun boleh je tambah bahan lain seperti cheese , daging atau ayam. Tambah cheese jadi lah roti john cheese , tambah ayam jadi lah roti john ayam kannn .. dan begitulah seterusnya.. Lain kali kita tambah udang jadi roti john special udang pula. Tak begitu cik jah ?

Bahan – bahan untuk buat roti john :

  • ROTI SOSEJ : Jenis panjang tu ada 2 size kan , belilah yang muat kuali. Tak muat pun boleh potong. Nak guna roti biasa tu pun boleh je.
  • Bahan untuk inti : 6 biji telur ,  bawang besar potong dadu , telur , lada hitam dan garam.
  • Bahan untuk sayuran : kubis / salad dan bawang besar di potong dadu
  • Minyak atau metega untuk tumis. Ada mentega sedap sikit lah.

cara-buat-roti-john-telurCaranya : Pecahkan telur , masukkan lada hitam , garam , bawang merah dan kacau. Sukatan ada dalam gambar. Saya  main letak je . Rasa ok tak masin sangat dan tak pedas lada sangat sesuai untuk anak-anak , kalau suka lada hitam banyak boleh tambah lagi. Kalau nak tambah ayam atau daging boleh tabah , pastikan di kisar halus , nanti tak masak. Kalau suka boleh juga rebus atau tumis ayam dan daging dulu baru masukkan ke dalam adunan telur. Saya tak guna pak aji ye. Belah roti tetapi tak putus , macam biasa orang jual roti john buat tu.
roti-john-telur

Panaskan minyak , sikit je …  ambil sesenduk inti tadi tuangkan atas kuali biarkan masak sekeap , letakkan roti d atas telur.Boleh rujuk gambar di atas. Cara nak tekap tu. Kalau nak guna mentega masa ni ye . Letakkan mentega dan balik balikkan roti tersebut. Mentega sikit je , agak-agak lah ye.

cara-buat-roti-john-di-rumah

Ada orang letak sayur kemudian tuang sos dan mayonis kan ? tetapi saya gaul sayur dengan mayonis dan sos siap-siap. Bila roti john tadi dah masak. Angkat dan sejukkan sekejap terus letakkan sayur dan siap. Anak boleh makan terus. Dalam gambar saya gunaka kubis dan salad. Adunan telur saya ni boleh buat sebanyak 10 keping roti john. Banyak tak ?

Hah itu sahaja lah resepi paling mudah boleh di buat semasa sarapan atau pun semasa minum petang. Yang penting JIMAT. Anak saya memang suka makan. Lagi-lagi apa yang ibunya masak. Terharu mak ..

Resepi Kari Kepala Ikan Sentuhan Orang Utara

Dah lama tak masak kari kepala ikan , selalunya tunggu balik kampung di utara baru buat kari kepala ikan kerana faktor di sana , ikan lebih segar , kelapa mudah di dapati. Tetapi dah kerinduan kari kepala ikan di dapur sendiri maka saya buat la di KL , dengan apa yang ada. Suami suka sangat dengan kari kepala ikan. Tu pun atas faktor kesihatan dia tak boleh makan selalu. Susah nak dapatkan kepala ikan segar. Kena rajin bertanya bila ikan di potong dan sebagainya. Kalau dah jadi mak mulut memang kena ringan agaknya.

Tak mahu bercerita panjang , mari lah tengok langkah – langkah menyediakan kari kepala ikan. Saya rajin ambil gambar kali ni…

Resepi nasi minyak

Resepi Kari Kepala Ikan Sentuhan Orang Utara Read More

resepi sup kaki ayam

Resepi : Sup Kaki Ayam Istimewa

Hari-hari keyword resepi sup kaki ayam menyinggah di blog puanbee.com , walaupun sebenarnya resepi tersebut tak ada , yang ada cumalah entri ringkas mengenai cakap-cakap orang tua disini , diorang cakap .. kalau anak lambat berjalan elok di beri makan sup kaki ayam setiap hari. Tak tahu betul atau tidak… Sebenarnya sup kaki ayam ni selalu sangat saya buat , seminggu sekali mesti buat. Sebab anak-anak suka.. tak makan dengan nasi , hirup sup macam tu je.

Korang suka ? geli dengan kaki ayam ke macam mana ?

resepi sup kaki ayam

Untuk resepi sup kaki ayam versi saya.Sila sediakan beberapa bahan yang mudah di dapati. Read More

Drama Assalamualaikum Cinta [ sinopsis dan Lagu tema ]

Drama adaptasi novel Assalamualaikum Cinta karya Zura Asyfar telah pun ditayangkan di Astro Ria. Saat saya tulis tentang nya drama ini telah pun sampai ke episod 7. Drama ini dilakonkan oleh Saharul Ridzwan, Kamal Adli, Ayda Jebat, Emma Maembong, Ku Faridah, Wan Raja, Ieka Simone, Zalfa Zin dan ramai lagi. Drama ini arahan Michael Ang dan hasil terbitan syarikat Dark Wave Pictures Sdn Bhd. OST atau pun lagu tema drama Assalamualaikum cinta ini di petik dari lagu nyanyian Hazama bertajuk ‘Di Amaran Mama “. Drama ini di tayangkan pada setiap isnin hingga khamis jam 10 malam. Serba salah juga nak tengok drama tv3 juga drama bertajuk Lambaian Ramadan. Tapi takpe .. tak sempat tengok kita tengok online sahaja lah. Bukan susah. Janji line internet laju sudah .

assa

Sinopsis novel Assalamualaikum Cinta

Read More

Makan

Cari laksa sedap yang kena di tekak di Kuala Lumpur susahlah. Semua tak sama dengan cara masakkan sendiri. Ada je yang tak sama. Sedap juga tapi tak sama. Walau apa pun allhamdulillah .. sebab masih ada rezeki untuk makan. Ni laksa di food court baru buka di UO Galaxy Ampang. Tak pernah pergi saja je cuba. Mana lah tahu kot ada benda best . Nampak nya biasa sahaja. wallpaper 5

Ibu dan Kakak Aliya pesan laksa. Husna bihun sup ayam. Syamim bubur nasi ayam. Laila ambil set meat ball. Ala hai laila .. meat ball tu biasa je serupa ibu beli dalam plastik dan balik rumah goreng sendiri. Sosej pun biasa je bukan home made. Tak berapa lah rasa dia. Biasa je. Bukan meat ball ikea. Ibu rasa sedap lagi bubur nasi syamim. Dan harga pun jauh lebih murah. TAPI…. yang meat ball set ni lah paling cepat habis diorang makan. ish…. Read More

Resepi Bihun Sup Utara Dan Cara Buat Sambal Kicap – Sup Ayam

Kali ni saya nak kongsi kan resepi bihun sup utara dan cara buat sambal kicap nya sekali. Kali ini saya gunakan ayam. Saya jarang masak sup daging kecuali jumpa daging yang betul-betul segar sahaja. Anak pun leh suka kan ayam. Jadi menu biasa nya ayam je. Apa yang lain nya bihun sup utara ? setakat saya di kuala lumpur belum jumpa lagi orang menjual tepi jalan bihun sup yang rasa nya sama di kampung saya di besarkan iaitu Taiping , Perak. Baiklah di ringkaskan cerita. Sesiapa sahaja yang pernah cuba bihun sup utara atau memang dah asal dari utara pasti rindukan bihun sup utara ni.

Baru – baru ini saya sembang dengan kawan-kawan di whatsapp. Semua dah berkahwin dan merantau masing-masing memang rindukan bihun sup seperti yang saya akan beri resepi nya. Ada sambal kicap. Ada bihun warna kuning dan juga tidak di lupakan ayam goreng carik-carik. Nyumm .. semua resepi dan cara ada di bawah.Enjoy !

BIHUN SUP UTARA 6

Resepi kuah bihun sup. 

Read More

Laksa Buyong Dan Cendol Bakar , Kg Asam Jawa Selangor

JJCM kali ni perkena laksa buyong , gerai laksa kepunyaan sepupu sebelah suami. Tapi malangnya suami suka snagat buat kejutan .. kejutan sangat sampaikan laksa dia tinggal semangkuk sahaja. Baru je berangan nak makan laksa buyung taruk udang besar-besar , udang pun habis jugak. Alamak…  Nak tak nak kami terpaksa la order makanan lain. Masyallah ramai nya orang . Sampai nya di situ agak terkejut nampak kereta beratur untuk beli cendol , drive thru tau .. ingat MCD je ke ada drive thru ?

CENDOL BAKAR , KG ASAM JAWA SELANGOR 8

Istimewa nya laksa ni , laksa di perbuat dari tepung gandum , pulas sendiri guna mesin khas di rumah.Kuah Laksa pula di buat dengan ikan segar dari kuala selangor. Memang sedap dan sekali cuba mesti nak lagi punya lah. Lagi pun ayah sepupu tu memang menjual laksa bertahun – tahun lamanya di changkat jering. Kira nya resepi laksa buyong ni memang resepi turun temurun lah. Korang semua patut cuba.  Read More