Antara menu bulan ramadan 2016

Assalamualaikum , di minta para pembaca , tak tau ada ke tidak pembaca ni. Sabar kalau nak resepi insyallah akan di masukkan resepi perlahan-lahan. Tujuan saya upload gambar dahulu adalah supaya saya tak lupa tulis resepi muah ni. Sekarang anak saya sendiri yang rujuk blog ini kalau nak tahu apa-apa contohnya resepi. Jadi ibu kena rajin update resepi yang mudah anak nak sediakan. Mana lah tahu berguna suatu masa nanti. Sepanjang ramadan ni ada banyak yang saya masak .. ehem ehem .. tapi ada yang tak sempat nak bergambar pun. Al maklumlah kadang terlupa. Manusia. Tengok ajelah senarai sehingga puanbeeā€¦

Continue reading

Resepi Air Asam Taiping

Kelmarin kita beriya-iya je tayang resepi ikan kukus kan. Ikan kukus kalau tak diselitkan dengan air asamnya mana sedap , cehhhwahh .. meh nak bagi resepi air asam nya pula. Selain dari ikan kukus , air asam ni boleh di cicah dengan perut rebus , kerang rebus atau bakar , ikan bakar dan bermacam-macam lagi makanan yang direbus dan di bakar. Jika kelantan deme suka makan dengan budu kan , tapi orang utara suka cicah dengan air asam bukan sambal belacan ye.

resepi air asam taiping

resepi air asam taiping

Resepi Ikan Sungai kukus Ala-ala Thai

Bahan-bahan untuk dikisar :

Sebiji bawang merah besar
Segemgam cili padi
Air asam jawa Pekat (Asam jawa di perah menggunakan air masak , segemgem asam jawa bersamaan satu cawan air)
2 inci belacan

*Kisar semua bahan di atas ye.

Bahan untuk di potong dadu atau dipotong nipis.

2 biji bawang
2 biji tomato

*potong dan taburkan dalam bahan dikisar tambah sedikit garam.

Sedia di hidang bersama hidangan kukus atau bakar yang lain.

sekian šŸ™‚

Please follow and like us:
200