TERBONGKAR! DAUN SEMAMBU BUKAN UNTUK RAWAT DEMAM CAMPAK SAHAJA

Sekarang nampak ramai yang update anak anak kena demam campak @ chicken pox. Antara cara untuk merawat chicken pox ni adalah dengan menggunakan pokok herba trandisional iatu daun pokok semambu. Memang terkena sejak dulu lagi daun semambu untuk merawat demam campak @ chicken pox ni. Sebab daun ni boleh mengurangkan rasa gatal yang di alami pengidap demam campak ni.

Mungkin selama ni kita hanya tahu daun semambu hanya untuk merawat demam campak tapi tidak tahu sebenarnya daun semambu ni mempunyai banyak khasiat lain untuk merawat penyakit kulit yang lain juga.

Antara penyakit kulit yang boleh di rawat menggunakan daun semambu ni adalah Kurap,  panau, kudis, bengkak kelenjar & luka. Caranya mungkin sama macam kita rawat demam campak juga kot. Tumbuk & campurkan dengan bedak sejuk & sapu di bahagian kulit yang terkena jangkitan atau di gunakan sebagai mandian dengan meramas daun semambu dalam air mandian.

Selain merawat jangkitan pada kulit, daun semambu juga boleh menyelesaikan masalah kutu pada rambut. Insya Allah kutu tidak suka pada daun semambu & ia akan lari meninggalkan daerah kepala anda. hehehehe

Selain tu ia juga di gunakan untuk menghalau binatang berbisa untuk memasuki kawasan rumah. Jadi elok juga pokok ni di tanam berdekatan dengan rumah anda.

Daun semambu juga di gunakan untuk rawatan ibu sebelum bersalin. dapat membantu mengwujudkan kontraksi normal pada rahim dan dapat menggelakkan kemungkinan keradangan. Ia juga membetulkan pergerakkan perut dan mengawal demam dan dengan itu membantu bersalin secara normal. 

Boleh juga di gunakan untuk di jadikan air membersih bahagian intim wanita selepas bersalin. kerana mampu menyembuhkan luka & mengelakkan berlaku jangkitan kuman.

Masalah ibu ibu selepas bersalin ni adalah masalah rambut gugur. Boleh juga menggunakan air rebusan daun semambu untuk merawat masalah rambut gugur & membantu pertumbuhan rambut baru.

Jadi pada anda yang menghadapi masalah yang di sebut tu boleh la cuba ikhtiar dengan daun semambu ni. Insya Allah dengan izin Allah mampu menyelesaikan masalah yang kita hadapi.

Bagi yang mempunyai halaman rumah tak salah kalau tanam sepohon pokok semambu ni. Banyak khasiat & kegunaanya.

CARA RAWAT BENGKAK BEGUK @ BENGKAK CANTIK CARA TRADISIONAL

Tahu ke korang apa tu bengkak beguk @ bengkak cantik? Kalau dulu masa kecil kecil memang pernah juga terkena bengkak beguk @ bengkak cantik ni. Takde la dapat sakit bengkak ni terus bertukar jadi princess yang cantik.  Tak cantik pun sebenarnya sebab sebelah muka jadi besar sebelah akibat bengkak.

Bengkak beguk @ bengkak cantik ni berlaku kat bahagian tepi bawah telinga. Kalau ikut perubatan moden benda ni berlaku adalah kerana virus yang menyebabkan bengkak dan rasa sakit pada kelenjar parotid. Ia berlaku di bahagian kelenjar bawah telinga.

Bengkak beguk @ bengkak cantik ni memang boleh berjangkit & selalunya terkena pada kanak kanak. Dia berjangkit melalui batuk atau bersin. Selain tu ia juga boleh berjangkit melalui penggunaan tuala yang pernah di gunakan orang yang terkena jangkitan bengkak beguk @ bengkak cantik ni.

Antara tanda seseorang terkena jangkitan bengkak beguk @ bengkak cantik ni adalah..

  • Sakit sendi
  • Demam panas
  • Mulut kering
  • Sakit perut
  • Hilang selera makan
  • Bosan
  • Sakit kepala

Biasanya tanda tanda ini berlaku sebelum berlaku bengkak. Bengkak beguk @ bengkak cantik ni bukan la kategori penyakit yang serius tapi di nasihatkan untuk mendapat pemeriksaan doktor juga. Takut bukan bengkak beguk tapi gejala untuk penyakit lain seperti tonsillitis dan demam glandular. Sebab kedua penyakit ni mempunyai simtom yang seakan sama dengan bengkak beguk. Read More

Cara merawat batuk dengan MADU

Assalamualaikum dan hai , satu – satunya anak lelaki kita sedang batuk dengan teruk. Sebelum ini ayahnya batuk , di ikuti dengan kakak bertiga. Kemudian mak ngah nya. Kemudian Syamim pun terkena batuk. Orang besar tak ada masaalah senang disuruh makan ubat mahupun madu. Tetapi kanak-kanak susah sedikit. Jika ahli keluarga mengalami batuk , saya biasanya akan cuba dulu berikan madu , kemudian jika tidak berjaya baru lah akan di berikan ubat batuk dengan arahan doktor. Biasanya batuk akan lega dengan cepat setelah di berikan madu. MADU asli ya.  merawat batuk kanak-kanak dengan madu

Cara untuk merawat batuk dengan MADU. Ada beberapa cara boleh di cuba.  Read More