Hai semua … topik saya kali ni , bagaimana cara saya menggalakkan anak – anak makan secara sihat agar mereka dapat lebih lagi nutrisi. Anak-anak anda bagaimana ? ada tips mari lah kongsi dengan saya di petak komen di bawah. Untuk saya dan anak saya. Bila anak dah mencecah 4 tahun ke atas memang lahmereka masih lagi minum susu seperti biasa , sehari lebih kurang 3 kali. Selain dari itu …bagaimana kita nak pastikan anak-anak suka makan makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran , buah – buahan , kekacang  , telur dan sumber tenusu. Ini satu cabaran buat ibu bapa di …
Tahun 2017 ini , laila sorang je masuk pertandingan baju merdeka. Jadi ini tahun ke dua la saya jahitkan baju merdeka untuk anak ni ha.. Walaupun mood agak tiada tapi di usahakan untuk jahitkan baju ini. kemudian tiba hari pertandingan si laila demam panas. Dalam jam 11 macam tu Ustazah Najwa minta saya ambik sebab laila nampak tak larat sangat . Kemudian macam2 hal berlaku. Saya copy lah balik status fb saya , malas nak taip pula. ” Remote keta tak boleh on siang td …. tak tau cara nak matikan alarm .. pastu tak malu pergi tanya dekat mekanik …
Bagi wanita yang biasa mengandung memang akan alami perut rasa mengeras & kejang. Kadang – kadang sampai rasa tegang dalam perut. Memang salah satu pengalaman hamil yang indah juga kan? Tapi ramai yang tak tahu kenapa berlaku situasi seperti itu.. Membawa bayi dalam kandungan memberi banyak tekanan ke atas otot-otot, sendi dan urat-urat anda. Maka tidak hairanlah jika anda rasa tidak selesa di bahagian perut. Mungkin ramai beranggapan ia reaksi biasa baby dalam perut tapi sebenarnya perkara tu berlaku ada sebabnya.. Tiada satu perkara pun dalam dunia ni berlaku tanpa alasan & sebab munasabab.. Jadi meh saya kongsikan dengan anda kenapa berlakunya bayi mengeras.. …
Tertarik dengan perkongsian seorang wanita bernama Diena Wong di Facebook , saya pun turut berkongsi resepi belia di wall , tapi takut hilang nanti lama-lama kan. Maklumlah tangan ni ada saja nak update facebook tu.  Jadi saya kongsikan di sini. Selain kita membeli herba-herba lepas besalin yang di jual secara online atau tokoh jamu. Kita boleh juga cuba herba orang cina ni.Tak salah kan mencuba. Rasanya anak ke – 5 ini saya nak cuba resepi yang di kongsikan ini memandangkan review di komen status Diena Wong sangat baik. Nak baca boleh ke wall beliau. Dan ada video  juga di sana. …
Tahu ke korang apa tu bengkak beguk @ bengkak cantik? Kalau dulu masa kecil kecil memang pernah juga terkena bengkak beguk @ bengkak cantik ni. Takde la dapat sakit bengkak ni terus bertukar jadi princess yang cantik.  Tak cantik pun sebenarnya sebab sebelah muka jadi besar sebelah akibat bengkak. Bengkak beguk @ bengkak cantik ni berlaku kat bahagian tepi bawah telinga. Kalau ikut perubatan moden benda ni berlaku adalah kerana virus yang menyebabkan bengkak dan rasa sakit pada kelenjar parotid. Ia berlaku di bahagian kelenjar bawah telinga. Bengkak beguk @ bengkak cantik ni memang boleh berjangkit & selalunya terkena pada kanak …