SURAH SURAH YANG BOLEH DI AMALKAN KETIKA HAMIL

Semua wanita yang sedang hamil mengharapkan anak dalam kandungan di lahirkan dengan sihat, sempurna & membesar menjadi manusia yang memberi manafaat & kebaikkan kepada kedua ibu bapanya, agama, bangsa & masyarakat. Saya yakin tak ada seorang ibu atau ayah mendoakan anak dia lahir menjadi orang jahat kan.

Apa yang kita lakukan ketika hamil juga boleh mempengaruhi sifat anak kita yang bakal lahir. Sebab tu banyak pantang larang orang orang dulu semasa mengandung untuk memastikan anak yang lahir tidak ‘Terkenan’ katanya. Ada pantang larang orang tua tua yang merepek tapi masih ada yang relevan untuk di pratikkan. Jadi pandai pandai la yer.. Nak pilih yang mana baik di ikut & yang mana tak perlu di teruskan.

Bagi ibu ibu yang sedang hamil selain mengambil pemakanan yang sihat & supplement bagi membantu perkembangan bayi dalam kandungan membesar dengan baik.. Sebagai orang Islam amalan secara spiritual juga di galakkan untuk kita lakukan sepanjang kehamilan. Antaranya amalan membaca surah surah dalam Al Quran..

Bagi ibu ibu yang sedang hamil.. Anda boleh amalkan surah surah berikut..

  • Surah Yusuf > untuk memohon anak yang cantik rupa dan akhlak.
  • Surah Luqman > untuk memohon anak yang cerdik.
  • Surah Maryam > untuk memudahkan bersalin.
  • Surah Yasin > untuk memohon anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat.
  • Surah al-Hujurat > untuk membanyakkan susu ibu.
  • Surah al-Imran ayat 38 > untuk memohon anak yang baik.
  • Surah al-Imran ayat 8-9 > untuk memohon rahmat.
  • Surah Ibrahim ayat 40 > untuk memohon agar anak tetap mengerjakan solat.
  • Surah al-Baqarah ayat 128 > untuk memohon agar anak patuh kepada Allah S.W.T.
  • Surah Yassin ayat 22-23 > untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak.
  • Surah as-Sajdah ayat 7-9 > untuk memohon agar anak menjadi orang yang soleh/solehah dan baik.
  • Surah al-Furqan ayat 74 > untuk memohon agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibubapa / doa untuk mendisiplinkan anak / doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

Jadi pada yang tengah mengandung tu boleh la cuba amalkan surah surah tersebut. Semoga anak yang di lahirkan nanti cantik rupa paras, baik budi pekerti & menjadi penyejuk mata & jiwa kedua ibu bapanya. Amin..

AWAS! INI SEBABNYA BAHAYA BEDAK TALKUM KEPADA BAYI PEREMPUAN

Kebiasaan yang kita nampak sejak turun temurun di lakukan oleh ramai para ibu kepada bayi. Menyapu bedak talkum keseluruh badan termasuk bahagian kemaluan. Selain untuk mewangikan si kecil.. Kononnya untuk mengelakkan berlakunya ruam lebih lebih lagi di bahagian kemaluan.

Tiba masanya kita mengubah cara tersebut sebab ia sangat berisiko terutama kepada bayi perempuan. Kenapa bahaya menyapu bedak talkum di bahagian kemaluan bayi perempuan.

Dari sumber yang saya baca.. Bedak Talkum boleh menyebabkan kanser ovari. Jangan ingat bayi atau kanak kanak tidak boleh mengidap penyakit kanser ovari. Baru baru viral seorang kanak kanak 8 tahun tak silap saya menderita kanser ovari & telah pun meninggal dunia tapi kes kanak kanak tu saya tak pasti apa punca dia mendapat kanser ovari cuma saya nak jelaskan usia bukan penentu di jangkiti kanser ovari ni.

Kenapa bedak talkum boleh menyebabkan kanser ovari korang boleh baca dari printscreen di bawah..

Jadi adalah lebih baik mencegah dari merawati bila dah terkena penyakit tersebut. Tak perlu menyapu apa2 bedak talkum untuk elakkan ruam cuma kena selalu tukar diapers & cuci jer. Jangan biar anak anak korang lama terendam dengan kencing dalam diapers tu. Itulah salah satu punca penyebab ruam.

Semoga info ini memberi manafaat kepada semua ibu bapa. Ubah amalan yang berisiko.. Amalkan cara yang lebih selamat untuk mengurangkan risiko pasa si kecil.

5 TIP TERBAIK UNTUK GURU YANG MEMPUNYAI MURID BERMASALAH

Saya yakin ramai pembaca blog adalah di kalangan guru guru. Zaman sekarang blog memang menjadi sumber rujukan semua golongan termasuk guru. Sebab cikgu pun perlu mengikuti perkembangan semasa malah dah ramai guru ada blog & account media sosial. Bukan sesuatu perkara baru pun.

Tanggungjawab seorang guru memang besar, lebih lebih lagi di era yang mencabar ni. Memilih kerjaya sebagai guru kena perlu minat & perlu ada rasa amanah untuk mendidik. Bukan sekadar untuk dapat gaji setiap hujung bulan. Tugas sebagai guru sekarang tu semakin berat. Jadi jika anda bersedia & mampu.. Pilihlah kerjaya sebagai guru. Tapi kalau sekadar untuk kelangsungan hidup bagi mendapat pendapatan, Takut anda akan rasa terbeban dengan tugasan seorang guru.

Jadi hari ni saya nak kongsikan tip yang berguna untuk semua guru guru terutama yang ada murid yang ada masalah pembelajaran. Mungkin boleh membantu cikgu cikgu untuk handle murid mempunyai 5 masalah ni.

Ia bukan saya boleh di pratikkan oleh para guru malah ibu bapa kat rumah yang ada anak yang mempunyai masalah tersebut pun boleh cuba tip ni. Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada semua.

CARA SELAMAT AMBIL UBAT KETIKA MASIH MENYUSUKAN BAYI

Bagi ibu ibu yang sedang & masih menyusukan anak perkara paling di bimbangkan bila terpaksa mengambil ubat. Mungkin ada masalah kesihatan.. even demam sekalipun. Risau kesan ubat tu di serap ke dalam badan anak melalui susu yang di minum & memudaratkan. Kebanyakkan ibu akan rasa was was tentang perkara tu.

Cuma ada ketika tiada pilihan terpaksa ambil juga ubat.. Jadi penting juga kita tahu bagaimana cara pengambilan ubat – ubatan ketika menyusukan anak/bayi..

Saya ada terbaca satu perkongsian di Facebook tentang perkara ni. Ada tip yang di kongsikan untuk semua ibu ibu yang masih menyusukan anak.. antaranya ;

Bagaimana pula untuk mengurangkan kesan ubat-ubatan kepada bayi yang disusui?

Sebagai panduan, kesan ubat-ubatan kepada bayi mungkin boleh dikurangkan dengan tip berikut:

1. Hanya mengambil ubat sekiranya diperlukan sahaja (bukan untuk rawatan kronik). Sebaik-baiknya dinasihatkan oleh doktor atau ahli farmasi setelah mengambil kira keadaaan ibu yang sedang menyusu. Ibu mesti memberitahu doktor atau ahli farmasi bahawa mereka sedang menyusu sebelum mengambil sebarang ubat. Elakkan membeli sendiri ubat di kedai terutamanya ubat-ubatan tradisional yang tidak diketahui kesannya kepada bayi

2. Sebaik-baiknya ubat diambil dengan dos yang rendah dan pada tempoh yang sesingkat mungkin (bagi bukan penyakit kronik) untuk minimumkan kesan sampingan pada bayi

3. Mengambil ubat sebaik sahaja selesai penyusuan anak dilakukan, supaya kepekatan ubat tidak terlalu tinggi apabila menyusukan anak untuk sesi seterusnya. Mesej penting di sini adalah ‘susukan dahulu bayi kemudian barulah ambil ubat’ atau boleh juga perah susu dahulu sebelum mengambil ubat dan simpan susu tersebut untuk sesi penyusuan seterusnya.

4. Jika mengambil ubat pada dos sekali sehari, ibu digalakkan mengambil ubat sejurus sebelum bayi tidur pada jangka waktu yang lama contohnya pada waktu malam. Dengan ini risiko bayi untuk terdedah kepada masa penyerapan ubat yang maksimum ke dalam darah adalah lebih rendah kerana bayi tidur dan tidak menyusu dalam tempoh tersebut.

5. Bagi terapi elektif misalnya kaedah diagnostic dan radiofarmaseutik boleh ditangguhkan penggunaannya sehingga bercerai susu, bincang dengan doktor yang merawat.

6. Bagi ubat-ubatan yang memerlukan ibu terpaksa memberhentikan penyusuan anak buat sementara waktu semasa menjalani rawatan menggunakan ubat-ubatan. Misalnya rawatan radioaktif , ibu diminta untuk memerah susu secara berkala dalam 3-4 jam sekali bagi memastikan pengeluaran susu sentiasa ada dan tidak kering. Kaedah “perah dan buang” boleh digunakan. Kaedah seperti memastikan agar proses penyusuan boleh dimulakan semula setelah selesai rawatan kerana bekalan susu tidak putus atau kering.

7. Namun susu tersebut perlu dibuang dan tidak boleh disimpan untuk bayi. Ketika ibu menerima rawatan tersebut, bayi boleh diberikan susu perahan yang telah dikumpul lebih awal ataupun mendapatkan ibu susuan ataupun alternatif lain bagi menggantikan susu ibu.

Jika ingin penjelasan lanjut mengenai ubat-ubatan yang hendak diambil atau sedang diambil, ibu-ibu boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) di talian bebas tol 1-800-88-6722 yang beroperasi pada pukul 8pagi – 5 petang, Isnin hingga jumaat.

Pegawai Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa
Medical Mythbusters Malaysia (M3)

Sumber : Dziehan Mustapa

Semoga perkongsian ni membantu ibu ibu yang terpaksa mengambil ubat ketika masih menyusukan anak.