Personal review Hotel Temerloh – Hotel Green Park

Bismillah..

Sepanjang hidup 33 tahun ni, kerap jugalah tidur di hotel. Macam-macam gaya hotelnya. Ada yang sangat lama barang-barang dalam biliknya, ada yang selesa, ada yang kurang selesa. Saya lebih selesa menempah bilik hotel melalui Agoda.com. Walaupun iklan di televisyen selalu sebut trivagolah, travelokalah, dan lain-lain. Sebab ? Saya rasa Agoda.com lebih murah. Entahlah mungkin sebab saya dah lama jadi ahli Agoda.com. Percuma je daftarnya. Mohle daftar. Hehehe.

Okay, nak cerita tentang satu hotel ni di sebuah bandar terkenal di Pahang. Kami ada pengalaman yang best di sini. Harga sangat berbaloi dengan apa yang kami dapat. Bilik taklah grand sangat sebab tujuan kami pun nak lepaskan penat je. Dengan harga bawah RM90 semalam, bilik yang bersih dan selesa, kira okaylah. Tandas sangat bersih. Walaupun tak ada sabun atau shampoo, kami memang dah biasa standby sabun dan seangkatan dengannya setiap kali berjalan atau balik kampung. Kira gambar-gambar bilik hotel ni di Agoda.com boleh dikatakan sama lah dengan apa yang kami dapat. Kawasan parkir kereta pun sangat luas. Tempahan bilik kami tak ada sarapan pagi sebab memang plan nak makan di bandar je. Untuk yang Muslim, ada penunjuk arah Kiblat dan sejadah tau. Jadi jangan risau. Walaupun review di Agoda.com rated sebagai 2 bintang je, tapi setiap pengalaman orang mungkin berbeza kan?

Dan yang paling tersentuh tu, kami dapat suatu nota, dengan 3 biji buah. Sebagai ‘greetings‘ lah lebih kurang. Diletakkan atas meja dalam bilik. Pengalaman sebelum-sebelum ni, tak pernah pun dapat nota macam ni. Tersentuh sebab harga hotel ni sangat berbaloi, dan marketing dia bagus. Staff pun ramah. Tak lokek senyuman. Dia pandai beli jiwa pelanggan. Hehehehe.

Tentang harga pula, kami tak pasti kenapa harga yang kami dapat melalui Agoda.com lagi murah daripada walk-in. So, lebih baik tempah online jelah kan. Tak susah pun.

Jadi siapa-siapa turun Temerloh, Pahang dan nak tempat melepaskan penat, sebelum meneruskan perjalanan anda, bolehlah cuba hotel ni. Selesa dan berbaloi.

Hotel Green Park

No.1 Jalan Terkukur,
Off Jalan Merbah,
Pahang, Malaysia.

+609 296 3333/+609 296 3055

enquiry@greenpark.com.my

Coretan Oleh Penulis Jemputan :  Norayhunt

Facebook : https://www.facebook.com/norehan.hassim

Ulangtahun Perkahwinan Ke-9

Senyum dulu …… ni nak bukak kisah rumahtangga sikit , yo lah tu …Macam mana puanbee boleh lupa ulangtahun perkahwinan yang ke-9 tahun ni , adoiiiii …. si Encik Kay tak lupa pulak , biasanya Encik kay lupa , puanbee ingat. Hadoiii lagi…

Tapi , walau terlupa tarikh ulangtahun perkahwinan kami , naluri tu tetap ada .. tak semena-mena rasa nak sangat beli hadiah untuk Encik Kay .. Hati tu rasa nak pergi kedai dan nak beli sesuatu untuk Encik Kay . Disebabkan perasaan yang sama berulang-ulang , saya akhirnya singgah juga ke kedai , pusing-pusing cari benda nak beli untuk Encik Kay .. See.. suami isteri ada naluri nya tersendiri.

So dapat lah hadiah yang tak seberapa untuk Encik Kay tapi di beri awal sehari dari tarikh ulangtahun kami. Alahai…ok lah kan bang , cek beli dengan duit sendiri , dah lah surirumah , bisnes pun baru mula ..sok-sok kalau dah masyuk sikit cek beli besaq-besaq punya …. tau …

black suede
black suede – Avon

Continue reading

Ubah Tabiat

Biasa bermalas-malas basuh kain , dua tiga hari ni kena kejutan budaya sikit.. mesin basuh dah rosak.. sampai hati beliau tak mau bersama-sama dengan tuan nya lagi .. so kena basuh baju dengan tangan .. kalau guna mesin basuh pun sehari 3 kali basuh baju .. inikan pula guna tangan haruslah basuh lebih kerap kalau di himpunakan memang tak larat nak sental , tak cukup penyidai pula , anak-anak kecil faham-faham sudah ..nak mintak mesin basuh lain , berat aje mulut ni ..tak suka sangat minta-minta sebenarnya … kesian…tak nak cik abang banyak fikir .. biarlah cik abang tu faham-faham sendiri kalau kesian beli lah mesin basuh kat i .. ahaksss 🙂 so motivasi pertama : Rajin2 basuh kain pagi2 buta

Hari ini .. motivasi ke dua juga muncul , nak ber blog secara rileks dan profesional .. tak nak fikir kan orang sangat dah .. nak buat apa yang saya suka saja asalkan tak sentuh hal peribadi orang lain.. rileks…

maaf buat semua kalau ada terasa hati …

ubah tabiat .. ubah pendirian .. sedar diri.. motivasi puanbee 🙂