UBAT GENERIK DAN INNOVATOR : ANTARA MITOS DAN FAKTA

Assalamualaikum semua.. ha. Ni saya nak cerita sikit tentang ubat.. semua kalau sakit mesti cari ubat kan? Tak pun pergi klinik nak jumpa doctor untuk dapatkan ubat. Ubat ni merupakan bahan kimia yang digunakan dalam rawatan, pencegahan dan diagnosis penyakit. Pada kebiasaannya ubat boleh didapati daripada klinik, kedai farmasi dan pasaraya. Kalau ubat digunakan seperti yang diarahkan, ini sudah tentu dapat merawat atau mengawal penyakit anda.

Sebelum anda makan ubat, kena pastikan ubat tu untuk apa. Jangan main makan je sebab ubat mungkin mempunyai warna dan bentuk yang sama tetapi kegunaan dan indikasi yang berbeza.

Tahukah anda bahawa terdapat dua jenis ubat iaitu ubat innovator dan ubat generik? Apa pulak beza dua jenis ubat ni? Ubat tiruan ke? Jom teruskan membaca artikel saya sampai habis kalau nak tau apa beza antara dua jenis ubat ni…

Ubat Innovator ni kalau semua nak tahu ia adalah ubat berjenama asal yang mula diperkenalkan dalam pasaran dan dipatenkanolh syarikat yang menemui ubat baru tersebut setelah menjalankan pelbagai kajian dan penyelidikan. Ha.. mesti semua tertanya-tanya kenapa la syarikat tu nak patenkan ubat dia? Perlu ke? Ha.. syarikat tu patenkan supaya syarikat lain tidak boleh memasarkan ubat yang sama sehinggalah tempoh paten tersebut tamat. Kira hak eksklusif depa punya la.. orang lain takleh copy paste..

Ubat generik pulak kalau semua nak tahu ia adalah ubat yang mempunyai bahan aktif yang sama seperti ubat innovator dan dipasarkan setelah paten atau lesen atau hak cipta ubat innovator tersebut tamat. Maksudnya, kesan ubat generik ni sama je macam innovator. Selain itu, dos , cara pengambilan dan tindakan ubat , kesan terapeutik dan kesan sampingan juga adalah sama seperti ubat innovator. Walaupun semuanya sama, ada lagi yang berasa was-was atau takut-takut nak guna ubat generik ni.. ha ini namanya mitos..

MITOS 1 :

Ubat innovator lebih berkualiti, selamat dan berkesan daripada ubat generik

FAKTA:
Semua ubat termasuk ubat generik perlu mematuhi piawaian yang ditetapkan sebelum didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) di Malaysia. Ini adalah bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat ke atas pesakit. Ujian kesetaraan-bio (bioequivalence study) dijalankan ke atas ubat generik sejak tahun 1999 lagi sebagai salah satu syarat pendaftaran ubat generik. Ini bagi memastikan kesan teraputiknya adalah sama dengan ubat innovator. Oleh itu, ubat generik yang didaftar dengan PBKD adalah sama berkualiti, selamat dan berkesan dengan ubat innovator.

MITOS 2:

Ubat generik mengambil masa lebih lama untuk bertindak dalam tubuh badan.

FAKTA:
Serupa tapi tak sama dek non oi.. tapi takleh la kata ubat generik ni tak power… Mungkin ubat generik ni nampak berbeza sedikit berbanding ubat innovator disebabkan oleh bahan-bahan yang tidak aktif seperti pewarna dan perasa, namun ianya perlu mempunyai jumlah bahan aktif, kadar penyerapan dalam badan dan tahap kandungan dalam darah mengikut tempoh masa yang sama seperti ubat innovator. Jadi para pengguna tidak perlu bimbang kerana bahan-bahan tidak aktif ini tidak memberi kesan kepada keselamatan, keberkesanan dan prestasi ubat generik. Oleh yang demikian, masa tindakan ubat generik adalah sama dengan ubat innovator.

MITOS 3:

Ubat generik lebih murah daripada ubat innovator kerana dikilangkan di fasiliti yang mempunyai kualiti yang kurang memenuhi piawaian.

FAKTA:
Ini mesti ramai yang kata.. ala ubat murah ni mesti low class dan tak berkuliti.dah tu kalau makan, lambat berkesan, walhal kome sume tau ke kenapa ubat generik ni jauh lebih murah berbanding ubat innovator? Ramai berpendapat bahawa kualiti dan keberkesanan ubat generik ini telah dikompromi bagi mengurangkan kos pembuatannya. Sebenarnya, pembuatan ubat generik tidak memerlukan kos penyelidikan dan pembangunan peringkat awal, kos pemasaran dan kos promosi seperti ubat innovator. Selain itu, sekiranya terdapat banyak syarikat yang mengeluarkan dan menjual ubat generik yang sama, persaingan antara mereka juga boleh menyumbang kepada harga yang lebih kompetitif dan murah. Ha, macam biasalah.. kalau banyak saingan, permintaan tinggi, mestilah kena jual murah-murah je..

Pemeriksaan berkala dan penilaian dilakukan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) bagi memastikan semua pengilang ubat mematuhi Amalan Pengilangan Baik (APB) dan mematuhi piawai yang ditetapkan. Amalan Pengilangan Baik merupakan kriteria utama dalam pengilangan ubat-ubat generik. Kalau tak periksa, takut la ada yang tak ikut pulak standard operating prosedur (SOP), nanti jadi masalah lain pulak kan..

MITOS 4:

Ubat generik dan ubat innovator kelihatan berbeza kerana kandungannya berbeza.

FAKTA:
Syarikat pengeluar ubat generik berhak menentukan bentuk, warna dan rasa ubat-ubat generik dan ianya tidak semestinya sama dengan ubat innovator. Takkan nak tiru orang lain pulak kan? Produk sendiri, jenama sendiri biarlah ada identity sendiri. Chewahhh.. dah macam keluar produk kecantikan ke fesyen pulak kan? Hehehehe… Meskipun terdapat perbezaan, ini tidak mempengaruhi keberkesanan ubat tersebut kerana kandungan bahan aktifnya tetap sama. Buat semua pengguna , kenalilah ubat anda dengan nama bahan aktif dan kekuatannya dan bukan melalui warna, bentuk dan rasa. Ha, kalau korang pun, nak orang kenal korang dengan nama kan? Takde lagi manusia yang suka orang panggil dia si gemuk gedempol tak pun, si kurus kering.. Ha sama lah kes dengan ubat-ubatan ni.. Kalau korang tau nama ubat ni, mudahla sikit doktor dan ahli farmasi mengenalpasti sekiranya anda ada alahan terhadap ubat-ubatan yang anda ambil contohnya seperti ubat antibiotik dan ubat penahan sakit (pain killer)

Ha dah panjang lebar saya bercerita tentang ubat innovator dan ubat generik. Harapnya dapat memberi pemahaman antara beza kedua-dua jenis ubat ini kepada semua pembaca. Sebagai kesimpulannya, terdapat permintaan yang besar ke atas ubat-ubat generik kerana harga ubat innovator yang lebih mahal. Seterusnya, ini sudah tentu akan dapat meningkatkan kesedaran doktor dan pesakit memilih untuk menggunakan ubat-ubat generik yang lebih murah tetapi setanding ubat innovator yang lebih mahal. Ketersediaan ubat-ubat generik yang standing dengan ubat innovator sudah tentulah dapat mengurangkan beban kos penjagaan kesihatan di hospital dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti hidup pesakit tanpa dibebani kos pengubatan yang tinggi.

“ KNOW YOUR MEDICINES, KNOW YOUR PHARMACIST”

Coretan Oleh Penulis Jemputan : Riza Ariza 

Facebook : https://www.facebook.com/nurariza

Ingat hingga mati

Betulkah , jika kita ingin bahagia, kita perlu memberi terlebih dahulu kebahagiaan itu pada orang lain?

Saya sangat percaya dengan kenyataan itu.

motivasi foto

Kalau tidak, takkan timbul tagline seperti “Hidupkan untuk Memberi” atau “Erti Hidup Pada Memberi “. Dan saya pasti yang sedang membaca ini pun sangat bersetuju dengan saya.

 

I indeed know who is the most generous of people and the most tolerant. The most generous is he who shares with who deprives him; the most tolerant of people is who pardons those who wrong him.” ~ The Cancer Patient

 

Apa maksudnya tu ya?

Saya bukanlah penterjemah yang bertauliah, tetapi ayat tersebut dikatakan bersumber dari Saidina Umar al-Khattab, memberitahu bahawa beliau mendapati manusia yang paling pemurah ialah manusia yang tetap berkongsi dengan insan yang mematahkan , membuang atau merampas harapannya dan insan yang paling bertoleransi ialah insan yang memaafkan mereka yang melakukan kesalahan terhadapnya.

Kalau itulah kayu ukur dalam menilai kemurahan hati dan toleransi yang ada pada individu Muslim, saya kira, saya berada jauh beribu batu untuk mencapai hakikat itu.

Memberi kemaafan sebenarnya mudah pada bibir sahaja.

I forgive but I don’t forget.

Kemaafan kita hanya setakat di bibir dan sentuhan tangan bila bersalaman. Paling bagus pun agaknya bila kita berpeluk erat memaafkan.

Tetapi, hendak memberi maaf itu hingga ia meresap dalam jiwa dan berdenyut mengikut irama nadi kita, itu yang paling payah. Apatah lagi kalau yang membuat salah itu amat rapat dan intim dengan kita, pasti lukanya menjadi dalam dan kerap ia berdarah berulang . Dan kepercayaan yang mengiring perjalanan hubungan itu menjadi goyang, dan dalam tidak sedar kita ternanti-nanti agar kesalahan itu timbul semula agar rasa bersalah kerana tidak memaafkan sepenuh hati itu tidak kita tanggung sendiri.

Pelik, kan.

Manusia seperti kita ini memang kadangnya pelik tindakan. Kita mahu tapi tindakan kita seolah tidak mahu.

Bukankah kita tahu bahawa memberi maaf dan melupakan , adalah kunci ketenangan hati.

Betul, kan ?

Hidup bukan sahaja memberi nilai material, tetapi juga dalam masa yang sama memberi nilai emosi dan spiritual, seiring.

Jom, kita cuba, memaafkan semua insan di sekeliling kita dan melupakan kesilapan mereka tetapi mengingat hingga mati kebaikan serta kebahagiaan yang telah mereka berikan pada kita.

Salam kasih 🙂

~cikgunormah@klcitizen~

Artikle ini di tulis oleh penulis jemputan puanbee.com iaitu cikgu normah , di jemput ke blog cikgu normah untuk membaca artikle yang sangat berilmiah ini di http://klcitizen.blogspot.com/  . Terima kasih & Kongsi pendapat anda di bawah :

Siapa Yang Patut Beri Dulu?

Saya sentiasa percaya dan yakin bahawa apa yang kita inginkan dalam dunia ini dari segi kepuasan dalaman hanya akan kita perolehi jika kita memberinya terlebih dahulu.

Saya pasti ramai yang bersetuju, kan.

Sebenarnya keyakinan dan kepercayaan saya itu, agak terlambat hadir dalam hidup saya. Dahulu, satu ketika dulu, saya berpendirian bahawa, orang lain perlu menghormati saya dahulu, barulah mereka itu berhak untuk saya hormati. Mereka perlu diam dahulu, barulah saya akan turut sama menahan kata. Mereka perlu memberi dahulu, barulah saya akan menyusul untuk memberi. Mereka perlu senyum pada saya dahulu, barulah senyuman ini akan terukir di bibir saya , khas untuk mereka.

Bila nya saya berubah?

Entah, saya pun tak tahu.

Mungkin pertambahan usia dan kematangan dalam hidup dan kehendak Allah juga, memungkinkan saya berubah. Dan mungkin juga doa dari orang-orang di sekeliling saya, tanpa saya sedar yang membolehkan kehidupan sebegini yang hadir.

Memberi terlebih dahulu.

Asyik kita .. je yang nak bagi. Lama-lama bosan jugak kak Normah. Dia buat tak tau je.

Hahaha. Kalau begitu, jangan bagi dah.

Tapi, kalau tak bagi, macam kedekutlah pulak.

Dah?

Mental diri terletak bukan pada organ yang bernama otak, tetapi saya kira ia terletak pada hati dan perasaan.

Membiasakan untuk memberi memerlukan latihan dan keazaman. Bukan mudah sebenarnya hendak tersenyum pada insan-insan di sekeliling kita tiap hari. Bukan mudah memberi salam pada insan di luar yang kita tidak kenal, hatta orang di sekeliling kita pun, jika ia tidak biasa dilakukan. Bukan mudah hendak mendoakan segala yang baik buat orang lain seikhlas hati. Setakat di bibir mengaminkan tanpa tergaris ia di benak, memang bisa sahaja.

Jika anda ingin bahagia, berikan bahagia itu terlebih dahulu ~ Dr Muhaya

Jadikan ia kebiasaan. Dan doa, doa, doa supaya Allah memberi kita iltizam dan istiqamah untuk terus memberi. Kerana hati ini bukan kita yang punya. Ia berbolak-balik tiap masa, kan.

Satu lagi artikle dari ~cikgunormah@klcitizen~ jom lawati blog cikgu normah untuk lebih lagi entri motivasi seperti ini 🙂

cikgunormah