Apa beza fanpage dan personal profile ?

Saya percaya semua peniaga online akan mengalami masaalah ini.Setiap kali gambar di upload , akan ada komen . PM .. PM .. PM ..Persoalan nya di sini , admin facebook nak PM apa ? semua detail dah ada pada gambar , code , saiz , harga , dan cara pembelian / penghantaran.Dia masih minta kita PM.

pm di facebook

Masaalah kedua , admin fanpage facebook memang tak boleh PM sesiapa pun ( PM = PRIVATE MESSAGE ). Dah memang di tetapkan untuk menjaga privasi pengguna.Setiap kali dia minta kita PM , setiap kali tu lah kita bagi tahu dia , tak boleh PM dan setiap kali itu lah dia tanya benda yang sama.Susah nya nak fahamkan .. saya dah add guna id profile dia tak approved pula.Kalau approved senang nak PM tu.Ini sampai 3 hari 3 malam pun tak selesai.

Tolong ye cik kak .. jangan minta admin fanpage pm , susah .. kalau id profile okay .. kalau tak tahu lagi jom baca info di bawah ni.

Apa beza fanpage dan personal profile ?

Personal profile: Hanya boleh dilihat oleh pengguna yang ada akaun fb sahaja.

  • Fanpage: Semua orang boleh melihat isi kandungan fanpage walaupun tidak memiliki akaun fb.

Personal profile: Jumlah rakan-rakan yang dibenarkan maksimum 5,000 orang sahaja.

  • Fanpage: Tidak boleh menambah rakan, tetapi boleh di’like’ oleh pengguna facebook tanpa had.

Personal profile: Post tidak boleh dijadualkan (schedule)

  • Fanpage: Post boleh dijadualkan.

Personal profile: Asalnya tidak boleh digunakan untuk tujuan perniagaan. Jika didapati oleh pihak fb, kemungkinan akaun boleh digantung.

  • Fanpage: Boleh digunakan untuk tujuan perniagaan.

Personal profile: Tiada fb ads.

  • Fanpage: Boleh menggunakan fb ads.

SEKIAN TERIMA KASIH. Lama tak update blog. sekali update gini pula ye ..   minta maaf kalau tekasar bahasa. Jom like page https://www.facebook.com/ButikBabyBoo shopping baju kanak-kanak di sini.