Tips ajar anak berhenti pakai diapers , Kongsi dari pengalaman.

Assalamualaikum dan Hai , yang baca post tips ajar anak berhenti pakai diapers ini mesti lah ibu bapa yang baru nak ajar anak supaya pandai ke tandas dan tak perlu pakai diapers buat kali pertama kan  ? Allhamdulillah saya ada empat  orang anak dan ini kali pertama saya nak beri tips pengalaman ni rasanya. Sebab sebelum ni rasa macam tak layak je.

Syamim 3 tahun 3 bulan baru berjaya betul-betul kencing dan buang air besar di tandas sendiri.  Malu nak cakap , anak cik kiah hujung sana tu dah pandai kencing tak pakai pempers masa umur 1 tahun. Kan ?

Alah sebenarnya benda ni bergantung kepada masa , keadaan dan kerajinan si penjaga anak itu.

Dulu anak sulung dan kedua memang pengasuh jaga , mereka pakaikan diapers sehingga lah anak besar dalam 3 tahun mereka ajarkan. Semasa anak no 3 , awal juga dalam 2 tahun dah pandai ke tandas di sebab kan dia geli lampin penuh sokmo.

Ni no 4 , jarang sangat duduk di rumah waktu siang. selalu follow ibu hantar / ambik kakak bertiga ke sekolah dan pulang dari sekolah. Jadi tak ada masa nak tranning. Alasan kot!  Apa pun jom tengok tips ajar anak berhenti pakai diapers di bawah.

1 : Mula mula mesti lah jangan pakaikan lampin

2 : Pesan banyak kali  , terpandang je muka anak tuh tanya dia , ” nak kencing tak ? kalau nak kening bagi tahu cepat. Kita kecing tandas tau ” … anak akan respon masa ni. Angguk2 kepala.

3 : Kadang kadang anak anak terbabas , macam syamim pernah terbuang air besar dalam seluar dan kencing juga. Kalau kencing tu kita hanya cakap la. ” Kenapa lambat bagi tahu , kenapa tak pergi tandas sambil gelak-gelak ” . Jangan sesekali marah dia. Tapi kalau dia terbuang air besar , kita boleh terus saiko dia , part geli dan lain lain tu. Esok nya comfirm bila nak terbuang air besar dia kalut semacam masa buka seluar tu. Comey tau.

4 : Umur anak dah 4 tahun boleh lah ajar dia pakai seluar dan baju sendiri juga. Masa ni memang semua part penjagaan diri kena ajar. Umur 5 tahun kan dah nak sekolah. Ada juga anak sekolah umur 4 tahun ye ? tapi tu memang tak kisah sebab 4 tahun memang ada cikgu nak ajar semua ni. Tapi lagi bagus kita ajarkan sendiri , kurangkan stress si pejaga tu.

Apa pun memang kena sabar banyak lah. Sebab nak ajar budak kecik memang perlukan kesabaran , cakap ulang2 44 kali baru dia faham sikit.

 

Pengalaman keguguran di awal kehamilan.

Cerita pengalaman sendiri , imabas kembali kejadian terjadi semasa hari raya aidiladha 2015 , tak ada gambar. Luar biasa bagi puanbee kan ? walaubagaimana pun , semoga perkongsian ini bermanfaat.Keguguran pada awal kehamilan ialah keguguran yang berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan.Saya tahu saya keguguran apabila merasakan sakit seolah segugut dan darah yang keluar luar biasa banyak selama lebih kurang 7 hari. Ya dah seminggu. Kebetulan. Suami pun dah pulang bekerja setelah bercuti selama sebulan.

Bagaimanakah saya boleh tahu jika saya mengalami keguguran pada awal kehamilan?

Tanda-tanda keguguran yang paling biasa ialah keluar banyak darah daripada faraj disertai dengan kesakitan yang menyerupai senggugut yang teruk. Kadang-kala, ia akan terhenti dan kehamilan itu berterusan. Ini dipanggil ancaman keguguran (threatened miscarriage). Walau bagaimanapun, jika proses keguguran itu benar-benar sedang berlangsung, malangnya ia tetap akan berlaku.

Pengalaman sayaContinue reading

Rezeki itu bukan milikku

Beberapa bulan lepas. September 2012. Saya telah di lamar oleh satu agensi kerajaan , hendak bekerja sama untuk menerbitkan artikel setiap bulan secara berkala. Saya letakkan harga sekian-sekian , beliau berkata .. “oh , boleh kurangkan lagi ? sebab hendak buat atrikel setiap bulan , seperti yang telah di lakukan oleh pihak akhbar bla bla bla “.

Jadi saya fikirkan , mungkin setelah kurangkan harga , beliau akan memberi “job” berterusan sepanjang tahun , saya berkira-kira sebulan dengan RMXXX pun boleh la. Kalau setahun dah jadi RMXXXX.

pusat sumber

Peace .. peace juga .. #eh ?Continue reading