TIP BERJIMAT KETIKA MELANCONG KELUAR NEGARA

Sejak semalam kecoh pasal isu seorang jutawan kosmetik yang mencetuskan kontroversi bila memuat naik video makan di tepi jalan atas tar. Katanya dia membawa bekal sebagai langkah penjimatan tapi di sebabkan tidak di benarkan menumpang meja di sebuah restoran dia memilih untuk menikmati juadah bersama keluarga di tepi jalan.

Tu antara langkah penjimatan yang di buat oleh seorang ahli perniagaan. Sebenarnya banyak cara untuk berjimat ketika melancong keluar negara.

Macam saya sendiri walau tak mampu lagi nak melancong ke negara eropah tapi kalau bercuti di mana mana kami memang mengamalkan langkah penjimatan dari segi penginapan. Tapi tak ada la sampai tidur di kaki lima. kami akan survey dulu hotel atau tempat penginapan yang murah tapi selesa. Sebab kalau pergi bercuti, kita cuma akan ada di bilik untuk mandi, berehat & tidur jer kan. Jadi tak perlu la yang mahal mahal sangat melainkan, anda mempunyai bajet yang lebih. Tak salah memilih penginapan yang mahal.

Selain dari jimat kos penginapan ini antara tip yang anda boleh ikut untuk berjimat ketika melancong ke luar negara

MAKAN

1. Sebelum ke tempat percutian, rancang tempat makan yang sesuai untuk anda. Kenal pasti restoran mahupun kedai runcit yang ada. Bagi penganut Islam, ambil tahu di mana ingin mendapatkan makanan halal atau restoran sayur-sayuran.

2. Masak sendiri memang jimat wang. Jadi anda boleh memasak sendiri ketika pergi bercuti. jadi bawa la apa2 makanan kering yang boleh di jadikan stok memasak atau makanan segera yang boleh di simpan lama.suasana negara yang berbeza.

3. Makanan hotel memang mahal walau hanya sarapan pagi jadi jika anda tak mahu memasak anda boleh mencari makanan di luar yang di jual rakyat tempatan kerana harganya jauh lebih murah.

PENGANGKUTAN

1. Guna pengangkutan awam lebih murah & lebih jimat kat mana2 negara sekalipun. Anda boleh menaiki bas & keretapi tapi elakkan menggunakan teksi. Kerana tambang teksi jauh lebih mahal berbanding bas & keretapi. Atau anda boleh berjalan kaki ke destinasi yang hendak di tuju. Dengan cara tu anda boleh menikmati permandangan, melihat gaya hidup masyarakat setempat & bersiar siar di kawasan sekitar.

3. Sesetengah negara menawarkan diskaun untuk perjalanan pergi-balik tidak kira untuk pengangkutan awam mahupun penerbangan antarabangsa. Jadi anda perlu buat rujukan & survey.

TEMPAT LAWATAN

1. Buat survey dulu tempat yang ingin di lawati. Tak semestinya tempat tumpuan pelancong tu menarik untuk di lawati. Lebih2 lagi tempat tumpuan pelancong ni harga barangan lebih tinggi berbanding tempat lain. Jadi anda boleh pilih tempat yang ingin di lawati sesuai dengan bajet anda.

2. Jika tempat dituju hanya beberapa kilometer daripada tempat penginapan, berjalan kaki membolehkan anda menikmati pemandangan sekeliling dan mengambil gambar dengan lebih selesa tanpa terkejar kejar masa.

3. Rajin la beramah mesra dengan penduduk setempat atau pemandu teksi. Jika anda bertuah, mereka boleh menunjukkan tempat menarik untuk dilawati dan tumpuan makanan lazat dengan harga yang menjimatkan!

WAKTU

1. waktu cuti persekolahan mahupun perayaan memang harga penginapan atau tempat tempat percutian menjadi lebih mahal. Adalah lebih baik memilih waktu yang bukan cuti umum.

Tu antara tip untuk berjimat cermat ketika melancong ke luar negara tapi kalau nak lebih jimat lagi rancang percutian dalam negara je. Kat Malaysia ni pun banyak tempat menarik yang boleh di lawati.