Shopping kasut raya part 1- Taobao

Assalamualaikum , raya dah nak dekat. Masa ni semua orang sibuk ganti puasa dan juga shopping sikit-sikit dah untuk raya. Saya ni dah lama tak shopping apa-apa. Jadi di kesempatan nak sambut raya kita shopping lah sikit-sikit. Nak beli serentak semua mahal tak sanggup lah . Satu lagi saya tak sanggup juga usung anak-anak ramai – ramai ke pasaraya. Tahun lepas okay lagi syamim kecil lagi. Sekarang jangan laaaa .. boleh hilang anak nanti. Suami pun tak tahu boleh cuti ke tidak raya ni.

Kesudahan nya kita shopping online saja. Masih boleh di katakan awal lagi. Lebih kurang 53 hari lagi nak sampai ramadan tu. Jadi sesuai lah beli barang di Taobao. Murah berganda-ganda. Nak tengok kasut apa saya beli ? tengok bawah.Ala- ala Dr marteen boots untuk syamim , Laila dan Husna.
kasut raya 1

Ini untuk syamim. Di Malaysia pun ada ramai seller jual. Saya beli sendiri dapat murah sikit.  Harga RM17 tak masuk kos shipping. Kos shipingg dari seller ke warehouse baru 8 yuan. Bersamaan berapa tah. Malas kira pula.  Read More

Cara untuk shopping di tesco online

Syukur ada tesco online zaman sekarang , ianya memudahkan .. sebelum ni saya memang pelanggan setia tesco. Perut memboyot dengan tiga orang anak pun terjah ke tesco untuk beli barang. Tetapi sejak baby nombor empat di lahirkan terasa seolah tak cukup tangan dan tenaga lagi nak pergi shopping. Bukan maksudnya saya tak boleh pergi shopping …. no no .. saya tetap ke tesco tapi cuma tak beli barang berat-berat , contohnya berasa 10 kilo. Minyak 3 kilo. Sabun 8 kilo tu. Weiii berat .. mana larat nak angkat naik ke tingkat 4 semua barang tu sambil dukung baby. Shopping di tesco online benda berat-berat sahaja. Barangan lain saya tetap pergi ke tesco sendiri.

Ada kawan tanya .. macam mana nak shopping di tesco online. Saya cuma tunjukkan secara ringkas. Tak faham tanya je lah di komen tu tak pun di facebook saya ye. Teruskan menjawab soalan macam mana nak shooping di tesco online.

Klik pada “ sign in or register

Dan register ( daftar untuk pertama kali dengan menggunakan email anda.) Semasa daftar isikan borang yang di sediakan , alamat , no telefon , no kad ahli tesco jika ada.

tescotesco 2 Dah daftar .. boleh terus shopping … jangan lupa tengok email untuk verified sekali ye.  Pilih lah barang yang korang nak . Kemudian klik pada ” view full trolleytesco 3 Kemudian akan terpapar seperti di dalam gambar di bawah. Alamat penghantaran di sebelah kanan. Klik ” checkout ” dan ikut sahaja arahan yang di paparkan.

Oh ye .. jangan lupa pilih tarikh yang sesuai untuk penghantaran. Cas penghantaran RM10 . Saya rela bayar cas ini. Tapi mulai 1 mac 2014 , tesco tidak akan mengenakan cas untuk pembelian melebih RM150 ke atas. Yes !!!! i like . jimat lagi duit saya. Hehe..
tesco 4

Semasa barang hendak di hantar , driver  penghantar barang tesco akan call dulu. Dalam kes saya kelmarin , saya set masa dalam jam 4 petang , barang sampai 3.30 pm , dia call saya dan saya di luar . Cuba teka .. dia tunggu .. 🙂

Kemudian semasa saya beli , saya ada order minyak 10kg jenama Alif , Pekerja tesco cakap jenama tu tak ada dia gantikan dengan minyak jenama pilihan tesco. So saya tak nak . Takpe boleh cancel minyak tu. Kan bagus gitu.

Pembayaran di lakukan di depan pintu rumah menggunakan kad debit , boleh juga guna kad kredit. Saya guna kad debit saja. Tak boleh bayar guna tunai.

Yang paling best tingkat berapa pun diorang hantar. Terbaik lah …

Ini bukan entri berbayar .. siapa nak bayar blog tak glemer gini .. Ini entri sekadar perkongsian. Ada orang cakap .. siapa yang suka beli online ni pemalas. Wei ada banyak faktor kenapa nak beli online tau.

Masing-masing ada bahagian masing-masing. Awak tak duduk di dalam kasut orang tu , awak mana tahu .. tahu cakap je !

Untuk shopping online sila ke :   http://eshop.tesco.com.my/

Untuk check area terlibat , sila ke :  http://www.tesco.com.my/eshop/html/Check-Service-Availability.aspx

Lepas ni terasa nak beli kasut sekolah di bata online pulak. Pergi kedai bata asyik tak de stok dan menyakitkan hati dengan pekerja. Haishh ..

#CONTEST : Shopping baju anak murah dan berkualiti secara online

Sekarang zaman minyak mahal , mesti kena jimat seboleh-boleh nya. Jadi apa sangkut minyak mahal dengan shopping online ? begini .. kalau keluar pergi kedai dah tentu kena naik kenderaan , dah naik kenderaan kena isi minyak sendiri mesti nak makan-makan , mesti nak belanja anak belon 2-3 biji , mesti nak belanja anak kfc , mesti nak belanja tekak sendiri “coffee latte ” betul tak ?

membeli pakaian murah dan secara online
membeli pakaian murah dan secara online

Read More

Ikan pekasam

ikan pekasam

Boleh tak buat entri ala-ala ww juga ? Ikan ni goreng ranggup , makan dengan nasi panas .. phewwww ^^) lazat tak terkata … nak order / borong  mariiii….

RM7 untuk ikan sepat dan talapia (300g)

Pos bergantung pada tempat dan berat. Ciri-ciri terbaik cukup masin + masam. Semasa goreng ikan tak ada letupan beras terjadi di tempat kejadian. :p

Beli di sini — LINK

Posted from WordPress for Android