Punya lah kan !

Share

Huhuhu semalam dah mula rasa tak sedap badan , dah makan panadol , hari rasa macam nak demam , tapi tak panas apa pun , badan je lemah – lemah je rasa , tak larat nak hadap blog juga ni , tapi malam nih di gagahi juga .. Asyik nak tidur je tapi mata pejam otak celik lagi , erkkk cam no tu ? biasa gini kaum2 ibu2 tau lah cam no sebab hati duk risau , rimas , tak boleh tidur sebab anak2 dok ngacau haa…well ibu gini ler rupanya …

Ada seseorang telefon minta bee buat pengahantaran barang , then bee setuju bayaran tinggi giler , dan bee berjaya buat penghantaran itu ..kemudian diorang call lagi nak minta bee buat penghantaran barang lagi, bee setuju juga , tapi kali nih lain sikit ..deme hantar seorang gadis berjubah hitam bertudung litup , lepas hantar beg tu gadis tu minta pergi tandas , bee benarkan , selepas dia keluar gadis tu berimej lain , agak memeranjatkan , bee tanya dia , kenapa tukar pakaian ? gadis tu cakap dengan muka serius , seram dan serba salah nya … “akk betui ke nak buat kerja ni ?? akk jangan menyesal , akan lebih baik tarik diri sebelum terlambat …” bee kebingunagn dan pelik …kenapa bee tanya lagi …gadis tu cakap ” ada sebab kak , benda ni melibatkan polis , saya tak nak akak terjebak , saya sendiri susah nak patah balik ”

Dan …tiba – tiba ..bee rasa sejuk sangat , mengigil , dan bee pusing kiri pusing kanan , kemudian …….ternampak kelibat kay buka lampu , eh ! ..datnag dari mana kay nih ? bee mimpi rupanya haaaa….

Erk suspen tak korang ? kehkehkeh tertidur ketika menunggu kawan tu datang dan mimpi kerana kawan sorang tu nak datang rumah hantar barang avon kikiki…

Bee duk plan nak buat jualan AVON ONLINE , asyik fikir nak ubahsuai blog nih jadi 2 dalam satu , tah macam mana tak dapat bayangkan lagi , tapi memang dah banyak plan dalam kepala nih , Saya memang sangat suka kan produk avon , nak dikatakan dah sebati dalam jiwa ni ..dulu – dulu masa saya berumur 16 tahun gitu dah mula terjebak dengan avon , semata2 nak beli produk avon saya berniaga , simpan duit belanja sekolah weh..jangan tak tahu , dulu nak dapat sesuatu memang lah susah , bukan macam budak2 sekarang kan , nak apa just say it ! …masa sekolah tu , biasa lah tak kan nak jadi dealer pulak kan , selalu beli dari kak anak jiran bee , paling best dia bagi bayar ansuran atau kata lain hutang ler..misalnya kalau beli barang berharga rm 30 , kak anak suruh saya bayar seminggu 7 ringgit ke , haaaa..memang tak mintak dekat mak yer tak main lah mintak-mintak , saya berdikari punya orang dari kecik sampai besar…

elok je dah habis SPM dah mula kerja di stesen bas sebelah nya ada butik avon , berdesup saya pergi daftar sebagai ahli , dan sekarang dah hampir 9 tahun saya masih lagi dengan avon , wah wah ..tak kira lah apa produk avon kebanyakkan nya pernah cuba lah , tapi yang paling best avon nih adalah produk pakaian dalam nya , saya memang suka , memang sesuai untuk wanita asia ….

Sekarang ni rasa macam nk teruskan meniaga avon lah , huhu sebelum nih bee beli dengan harga ahli biasa , bee tak tahu langsung Avon ada program yang menarik , baru je borak2 dengan sorang kawan , dia terangkan bahagian menarik itu , baru tahu cara menjual avon sebenar , dulu 9 tahun sudah saya membeli adalah rugi tak tahu program avon terbaru ni …adeh ! ketinggalan sebab ??? tk pernah pulak tanya ,,nak beli nak beli tu je…

Tadi pagi dah janji nk jumpa kawan yang nak daftar kan bee avon , sebab bee dah daftar so kena guna nama kay utk mendapat faedah programe avon yang terbaru ni , adoi rugi lah tak tahu sekian lama memang menyesal huhu…dilla nama nya , dilla cakap nak datang tengah hari , so bee pun tunggu ..sampai tertidur …itu yang sampai mimpi2 tu haa..

punya lah kan , so korang ada yang nk bagi pandangan , pendapat serta cadangan , sila tinggalkan komen , mcm mana bee nk meniaga avon di blog ok ke tak ?

Download Dan Lirik Lagu Dan Bila Esok – Sofaz

Share

Sejak duk layan nora elena tu suka pulak dengar lagu ni , syahdu je bunyi nya , kenapa tah asyik terasa macam nak menangis je bila dengar lagu ni , Ada sesuatu di hati yang tak dapat di luahkan ..erm ntah lah pendam lagi baik , layannnn lagu nih nk download pun boleh ada sediakan link tu ….

Download Dan bila esok sofaz – download

Lirik Dan Bila Esok

Di dalam hati selalu tersimpan
rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
kau diam tanpa kata
saatku ungkap semua rasa

Di saat ku ingin dekat denganmu
kau semakin jauh meninggalkanku
dan kau diam tanpa kata
saatku ucap semua rasa

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
tuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
tuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatiku
untuk cinta yang pernah engkau miliki
untuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
untuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
untuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu

Untuk cinta yang pernah kita miliki tuk selama-lamanya