Nokia Lumia 925 : Apa Yang Menarik Telefon Pintar Window 8

Terima kasih di ucapkan kepada pihak Nokia Malaysia kerana memberi peluang kepada blogger mak – mak ini mencuba sendiri Nokia Lumia 925 merupakan telefon pintar yang menggunakan Sistem Window 8 sebagai Sistem Operasi nya.

Window 8 yang sudah tersedia terpasang di dalam telefon pintar ini begitu lancar beroperasi kerana kuasa memproses processor Dual core Qualcomm Snapdragon S4 dengan clock 1.5GHz yang menjadi punca kuasa utama telefon pintar ini. Buat pengetahuan semua kapasiti bateri adalah sebanyak 2000mAh , dan ianya lebih dari mecukupi.

nokia lumia 925 review

Dengan paparan AMOLED 4.5 inci yang diberi nafas baru dengan sistem PureMotion, bersenjatakan pula dengan sebuah kamera belakang 8.7 MP yang menggunakan lens Carl Zeiss, Lumia kali ini bukan calang-calang Lumia. Ini Nokia Lumia 925.

Ketebalannya hanya 8.5 mm  , nipis dan ringan … al-maklumlah puanbee biasa guna tab yang besar lagi berat dan ini memberi satu kelainan dari segi rasa.

Melihat pada design asas diperbuat daripada aluminium di keliling tepi telefon pintar tersebut. Di belakang pula, diperbuat dari bahan polycarbonate dengan kemasan yang terasa seperti getah membuatkan perasaan premium pada telefon pintar tersebut.

Skrin pula diperbuat daripada Gorilla Glass 2 dikatakan mampu menahan pelbagai keadaan lasak dan mengelakkan calar. Read More

Jalan-Jalan Dengan Smartphone Lebih Mudah Kan ?

Jalan-Jalan Dengan Smartphone Kesukaan Lebih Mudah Kan ?  untuk megambil gambar setiap moment lalu berkongsi gambar dengan kawan atau sedara mara yang duduk jauh dari kita ? Jauh di mata dekat di hati gitu ..

Selepas kita berkongsi kemeriahan hari raya , mari lah kita sama-sama rehatkan minda dan mengubah suasana dengan berjalan-jalan melihat pemandangan cantik di Serendah dan pemandangan malam di Batang Kali.

lumia WP_20130823_055

Sekali sekala kita kena ubah pemandangan mata ni , melihat sesuatu di luar kelainan .. hanya berbekalkan smartphone saya mengambil gambar pemandangan di bawah. Smartphone hokey … bukan DSLR .. susah nak usung kamera besar jadi lebih senang bawa smartphone tu je ….

Ini lori .. sapa tak tau sila cubit pipi sendiri. 🙂

Menggunakan setting smart cam yang ada pada smartphone saya dan effect  yang di pilih adalah motion focus. Maka anda akan dapat hasil cenggini ..

Amacam lawa ? smartphone saya di rahsiakan .. korang teka la sendiri ..

lumia WP_20130823_18_21_26_Smart

Gambar pemadangan dengan adik saya yang sibuk mengabadikan pemandangan langit biru nan cantik ni …

Menggunakan setting smart cam juga .. Read More