Nasi durian – mengimbau kenangan

Nasi durian – mengimbau kenangan saya kecil kecil dulu. Rindu opah. Dulu opah dan tokwan yang asalnya dari Batu Kurau perak memang ada dusun durian. Malangnya selepas opah dan tokwan tiada. Dusun tersebut di ambil alih oleh anak cucu orang yang tokwan beli dusun tu. Dulu main tulis surat perjanjian sahaja. Mana ada surat cop peguam apa pun bila beli tanah. Jadi mereka kata sebab tak ada bukti sahih jadi mereka ambil tanah tu balik. Kami yang pernah membesar di situ duk la terkenang. Sebab durian tokwan tanam dan ushakan sendiri tu sedap. Sedihnya…….  sekarang ni kalau lalu kawasan tu mesti teringat nasi durian opah.nasi durian

Cara nak buat nasi durian ni senang sahaja.