AWAS WANITA! INI MAKANAN ANDA PERLU ELAK KETIKA HAID

Bagi wanita atau perempuan yang dah akil baligh ni memang setiap bulan akan di datangi haid. Tapi ada juga orang perempuan ni yang haid dia tak teratur. Kadang kadang 3 bulan sekali baru ada tapi tak ada sebarang masalah kesihatan. Tak kisah la period tu regullar ke tidak kan.. Tapi bagi perempuan yang dah akil baligh dan di datangi haid tak kira tiap tiap bulan atau 2 – 3 bulan sekali penting juga untuk tahu perkara ni.

Saya sebelum ni memang tak tahu rupanya ada makanan & minuman yang perlu di elak ketika datang bulan ni. Yelah.. Makan tak pernah pantang. Asal rasa nak makan jer.. semua telan. Kecuali racun. Saya terbaca satu artikel yang berkongsi tentang makanan yang perlu kaum wanita elak ketika datang bulan. Antaranya..

  1. Daging berlemak – Makanan seperti daging yang berlemak boleh menyebabkan kekejangan dan rasa sakit di bahagian rahim. Ia boleh menambahkan kesakitan kepada senggugut anda. Jika anda ingin makan daging, gantikan daging berlemak dengan ayam atau ikan.
  2. Ais krim – Ais krim adalah makanan yang paling dicari oleh wanita semasa datang bulan tetapi tahukah anda, ia adalah salah satu makanan yang perlu dielakkan?
    Produk tenusu mengandungi lemak. Oleh kerana itu, ia memberi kesan yang sama seperti daging yang mempunyai lemak. Jika anda terasa seperti mahukan ais krim, anda boleh cuba ais krim yang tidak mengandungi susu.
  3. Snek / kerepek – Elakkan makan jajan atau snek seperti kerepek kerana ia mempunyai kandungan garam yang sangat tinggi. Kandungan sodium yang tinggi boleh menyebabkan perut kembung.
  4. Coklat, Biskut & kek – Makanan bergula dikatakan boleh meningkatkan mood seseorang tetapi ia hanya bertahan untuk sementara waktu sahaja. Kesan pengambilan gula dalam biskut atau kek boleh membuatkan senggugut menjadi lebih teruk.
    Sekiranya anda inginkan sesuatu yang manis, cuba mengambil buah-buahan seperti mangga dan buah pic.
  5. Kopi – Bagi pencinta kopi, memang amat sukar untuk meninggalkan minuman berkafein. Walau bagaimanapun, kafein merupakan salah satu penyebab senggugut.
    Untuk mengantikan keperluan kafein anda, anda boleh minum teh kerana kandungan kafein yang terdapat dalam teh adalah lebih rendah.
  6. Minuman Tenaga – Seperti kopi, minuman tenaga mengandungi kafein dan ia tidak bagus bagi wanita yang sedang datang haid. Selain itu, ia juga mempunyai kandungan gula yang tinggi dan ini boleh menambah kesakitan di perut.

Sumber info : Says 

Semoga perkongsian ni memberi manafaat kepada kita semua. Moga boleh mengurangkan masalah senggugut & moody ketika datang bulan.

ayam penyet di ampang

Ayam Penyet – AP Bandar Baru Ampang

Allhamdulillah masih merasai nikmat makan dan nikmat rasa. Misi mencari ayam penyet tak habis lagi , sekarang ni kalau boleh nak rasa semua ayam penyet yang ada di berdekatan , selagi tak dapat rasa yang sedap. Dapat satu kedai yang memang berbaloi dari segi rasa dan harga insyallah saya adalah pelanggan tetap.

Kali ni pergi merasa makan nasi ayam penyet AP di Bandar Baru Ampang. Outlet nya banyak rupanya bila balik saya cari di internet.  Lebih dari 25 buah outlet. Tetapi saya baru merasa di Ampang je la , tak jauh dari rumah saya namun saya jarang ke kawasan sana. Jalan sesak ya amat! Kadang-kadang tu boleh la.

ayam penyet di ampang Read More

gambarajah sel kanser

Kanser dan Makanan ! Sate ? Kanser ?

Assalamualaikum, saya adalah nik normasitah, penulis kedua di blog puanbee.com dan merupakan penulis dan pemilik bagi blog hatisamronkin.com. Semoga entri ini bermanfaat buat anda semua.

 Hari ni saya ingin kongsikan satu entry yang mungkin nampak macam tiada kaitan, tapi sebenar nya bagi kesan yang besar dalam diri kita. Sebelum lama-lama cerita kita kena tahu dulu, macam mana boleh tebentuknya sel kanser ni kan? Jom! saya kongsikan dalam bentuk yang senang dan mudah difahami semua orang.

gambarajah sel kanser

Ok, ini dipanggil kitaran sel dalam badan kita. Boleh nampak tak , beza antara pembahagian sel yang normal dengan pembahagian sel yang membawa kepada sel kanser?

Komposisi dalam sel tu telah berubah dan ini akan menyebabkan sel itu mempunyai fungsi dan tugas yang bertentangan dengan fungsi sebenarnya. Bila dah terlalu banyak sel yang bukan sepatutnya dihasilkan terhasil, maka terbentuk lah sel kanser yang akan mula merebak keseluruh sel badan anda.

 Nak tahu apa sumbernya sel kanser ini ?

  1. Dari bahan-bahan radikal bebas yang sekarang ni makin banyak disekitar kita. Semua antara kita sangat mudah terdedah dengan radikal-radikal bebas disekeliling kita.
  2. Dari bahan makanan, antara nya adalah bahagian yang hitam pada bahan yang dipanggang atau dibakar. Seperti contohnya, Sate, BBQ dan sebagainya. Mesti ramai yang tak sedar akan sumber ini kan?
  3. Terlalu banyak bahan pengawwet dan juga makanan yang mengandungi bahan pengawet yang tinggi.

 Jadi, ini antara 3 sebab sahaja, sebenarnya ada banyak lagi sebab atau faktor yang boleh membawa kepada berlakunya kanser.

Mungkin kalau ada masa, kita boleh tengok dan cerita lain kali. Kalau kanser ini boleh berlaku disebabkan makanan, tak mustahil makanan juga yang boleh mengurangkan faktor kanser atau dengan kata lain memberi kesan yang baik kepada pesakit kanser.

Makanan apa yang kita nak kena makan ni kalau nak elak dari mendapat kanser atau untuk pesakit yang sudah ada kanser?

Untuk faktor yang kedua tadi, iaitu daripada sate, bukan tak boleh makan sate tu, tapi mungkin boleh kurangkan jumlah atau frekuensi pengambilan tu, dan langkah lain adalah, perasan tak kalau kita beli sate, kita akan dapat timun atau bawang?

Ya, sila makan kedua-dua itu sebab keduanya akan membantu meneutralkan kembali bahan yang boleh menyebabkan kanser tu.

makanan dengan oksida penyebab kanser

Selain itu, seperti yang saya dah cakap kat atas tadi, kanser berkait dengan radikal bebas, maka untuk meneutralkan radikal bebas itu, perbanyakkan pengambilan antioksidan. Apa contoh antioksidan? Boleh tengok gambar diatas.

Jadi apa kata, kita sama-sama berusaha menjaga kesihatan diri dan keluarga kita dan elakkan dari terjebak dalam masalah ini!  Jom kita jadi sihat!

 Jika ingin menulis di puanbee.com , sila hantar artikel ke puanbeedotcom@gmail.com.

kredit gambar: http://www.mylot.com/w/photokeywords/antioxidant.aspx

roti pong paling banyak kenangan

Roti Pong Ku

Balik dari ambil kakak tadi terus singgah di kedai runcit biasa tu , lepas tu belek-belek bahagian roti ada pulak roti pong ni m saya terus jerit kuat sikit dari biasa.

EH .. Roti Pong ..

Anak-anak masing-masing dongak kepala , Roti Pong apa ibu ni .. haha kan .. budak-budak sekarang tahu makan yang sedap-sedap aje .. walaupun roti pong ni sedap juga , tapi tak cukup sedap bagi diorang… Kalau zaman saya kecik-kecik dulu .. Roti Pong ni dah sedap sangat dah..

roti pong paling banyak kenangan

Akhir-akhir ni saya update blog kerap sikit sebab nak tengok kemampuan theme ni macam mana , sebab theme terdahulu problem , tak match dengan server .. mahap yek kalau ada komen yang tak terjawab tu. Pelan-pelan saya tengok balik nanti. Ni pun theme masih ada tak kena , masa nak duduk dan tengok satu-satu tu takde , terpaksa ambil masa berhari-hari baru siap sepenuhnya. aishh..

Puanbee | Tak menyegat pun ..  <– apa ni ?