Kepentingan anak bermain setiap petang setiap hari

Kanak-kanak yang sihat akan menjadi seorang yang sihat ketika dewasa. Sebagai keluarga , kita bertanggngjawab memastikan mereka sihat dengan cara hidup yang aktif. Menurut persatuan Jantung Amerika Syarikat , kanak-kanak hari ini kurang cergas di bandingkan dengan kanak-kanak 20 tahun dulu. Kurang nya aktiviti fizikal di kalangan kanak-kanak hari ini menjurus kepada masaalah kegemukan , kadar kolesterol yang tinggi dan ketahanan jantung dans stroke. Memang jarang berlaku di kalangan anak – anak tapi fakta membuktikan bahawa proses ke arah masaalah itu bermula dari aman kanak-kanak.syamim klcc 2

Semua kanak-kanak berumur dua tahun dan ke atas patut melakukan aktiviti fizikal ringgan sekurang kurangnya 30 minit setiap hari. Mereka juga perlu memperuntukan 30 minit untuk melakukan aktiviti lasak sekurang – kurangnya tiga ke empat hari seminggu untuk memastikan tahap jantung dan hati sentiasa cergas.

Dr Joseph Mercola , penulis buku Total Health Program , menyalahkan peranan televisyen yang meyebabkan kanak-kanak hari ini tidak melakukan aktiviti fiikal. Kebanyakkan kanak-kanak mnghabiskan tiga  jam setiap hari menonton televiyen selepas duduk selama enam jam di sekolah. Ini boleh menyebabkan kanak-kanak menghadapi masaalah pembentukan tubuh.

Pembentukan tubuh yang tidak seimbang ini di sebabkan ketidakseimbangan saraf akibat terlalu lama duduk. Enam jam di sekolah dan tiga jam di depan televisyen. Akan membuatkan beberapa saraf menjadi kejang dan tidak aktif.  Read More