Sebelum tu buka cerita laila demam malam , puanbee tukar theme blog.. jangan tanya kenapa , tak ada apa-apa sebab , saja je tukar sebab teringin nak guna theme warna putih. Lagipun ini adalah theme lama saya. Rindu ~  Laila demam berjangkit dari ibunya.. Saya rasa serba salah ni , esok ada event .. tak pernah tinggal anak kepada ayahnya lagi-lagi dalam keadaan demam. Harap ayah boleh jaga Laila la . Lagipun Laila nampak sihat di siang hari , cuma malam je meragam sikit. Amin!

anak demam malamRead More →

Pergi mana-mana anak dara bertiga ni mesti jadi perhatian , tambah lagi pabila diorang di pakaikan skirt sedondon , semua ada skirt ni , tetapi tak sempat nak pakaikan dan ambil gambar , lupa …  Ini lah hasil rembatan dari kawan-kawan blogger , kain untuk skrit tu beli online , dan tempah pun secara online , sungguh kaum wanita kreatif.

laila

Laila memang suka pakaian cantik dan bewarna pink , macam princess katanya … Read More →

cemburu di antara anak-anak

Laila dengan ragam ke anak-anak kan dia apabila jumpa budak yang lebih kecil dari umur dia. Tak puas hati dua puluh pat jam.

cemburu di antara anak-anak

Rindu pula dekat budak tembam tu .. Nurul Iman

Guru saya ( Azmanishak ) dan sahabat handai ( yanmie ) minta saya upload beberapa keping gambar yang di ambil dengan menggunakan Sony a290 , haaa .. segan nak upload sebenarnya .. saya tak pandai lagi , main tembak seadanya .. tapi tak guna auto , saya guna manual untuk semua gambar di bawah .. kenapa guna manual ? sebab azmanishak ajar guna manual hahahaa .. hambik! Tapi ini percubaan ke dua , percubaan pertama lagi buruk ..

Jangan lah tanya saya apa2 , saya tak tau apa-apa istilah kamera ni .. hahaa .. lawak deh .. layan .. Walau apa pun memang sejuk hati tengok laila bee ni , ni semasa tunggu sepupu nya keluar dari sekolah , selepas hantar si kakak ke sekolah dan sebelum ambil husna dari sekolah , dan sebelum kami shopping juga ..

Hari yang memang sangat memenatkan , kesian laila…

sony a290

Mula – mula sampai , nampak sopan je kan , tunggu lah 5 minit lagi habis di kerjakan kawasan setempat tu.

Siap bawak biskut sebagai bekalan tau ! Semua bawak , baju , pampers , telekung , makanan untuk laila , air masak , susu .. haa padahal pusing2 situ je ..

“Fuhh …  Penatnya buat kerja , rehat lah dulu “

Sambung balik citer kami semalam , lepas shopping kasut laila dan husna , pastu teman makngah nya pulak shopping , lepas tu hantar makngah , ambik kakak balik dari sekolah ,  singgah param , lepas tu balik rumah .. makan buka puasa semua , mandi keluar balik untuk ke majlis penyampaian hadiah pentadarus kanak-kanak di surau berdekatan. Sehingga kira-kira jam 11.40 malam baru balik rumah dan berehat. Gilerrrr punya aktif hari ni.

Sempat juga buat 2-3 adsvert … dan call blogger , biasalah riuh-riuh blogger .. ahakss…

Nanti nak upload gambar banyak lagi , memang sangat-sangat perlukan tunjuk ajar , puas saya baca manual dan cuba buat tapi tak menjadi  , tak cukup lagi tengok video mat saleh yang cakap laju macam air tu ..perghh tak faham .. acaner ?

Ok babai .. dah pukul 1.44 am .. nak tidur … esok mungkin aktif  lagi.

Masuk seminggu ayah tak ada , sempat berbuka puasa dengan ayah pada hari ramadhan pertama saja. Sabor je le… Ayah pakai fon nokia , ibu pakai iphone , masaalahnya disini adalah .. tak boleh mms gambar. Line internet pula tak ada disana. Biasanya kalau ayah pergi kerja jauh-jauh kami akan ber mms gambar atau pun buat video call. Tetapi nak ber video call pun tak boleh , mms tak boleh , internet ? kena tunggu ayah pergi keluar dari tempat kerja dia. Sedih betul..

Apa pun tak boleh , update aje lah di blog .. nanti ayah ada masa ayah tengok lah ye .. banyak nak cerita ni.

kelas teater

1 . Latihan teater kakak dah nak habis.Hujung minggu nih kakak akan buat rakaman di klcc hari sabtu dan ahad. Doakan budak-budak dapat buat dengan cermerlang , kalau tidak memang penat je lah hari-hari terkejar2 untuk ke latihan. Sampai nak bertadarus setiap minggu pun tak boleh. Budak baju pink tu , anak mat saleh cikgu teater kakak. Boleh lah macam ayam dengan itik bercakap. Sekarang bulan puasa latihan mula jam 8.30 malam , habis dalam jam 11.00 malam.

kerja di melaka

2 . Masa terima email gambar ayah ni .. Sedih pula , tengah puasa kena tolak , angkat dan pasang benda besar gedabak tu. Kenapa lah di beri tugas macam ni di bulan puasa. Adeh ..

merajuk

3. Baby merajuk , tak dak sapa nak pujuk ..ekeke.. ayah tak ada , anak ayah hilang punca sudah..

intagram

4. Dapat pergi tadarus sabtu dan ahad lepas , mujur latihan teater tak ada , kalau tak kesian pula ummie yang jemput diorang tu. Ummie cakap ada hadiah .. aliya dan una kemain seronok. Baby macam biasa lah .. gimik aje lebih.

tidur penuh gaya

5. Ni lepas balik dari tadarus , kemain letih .. sambil makan boleh tertidur dengan kaki bersilang macam tu. Kalau dulu-dula mak selalu cakap “orang kaya tidoq lagu tu lah “

laila dengan amar

6. Ni baru ja semalam , kemain laila berkepit dengan budak amar ni.

latihan teater

7. Kostum kakak. Dah masing-masing cuba kostum , sabtu dan ahad ni kan nak recording dah..

di hari latihan teater

8. Dah penat belari sana-sini , pukul 11 baru nak balik.. lewatnya .. hari rabu sekali lagi , hari terakhir nak buat latihan. Lepas recording hari ahad tu , cikgu aliya buat majlis makan-makan dan bagi hadiah pada budak-budak. Selesai kelas teater aliya. Tak sanggup dah rasanya nak terlibat lagi. Sebulan lebih kot , jadual penuh sangat , dari pagi sampai ke malam hari.

Teringat dalam surat yang di beri oleh cikgu kakak (mat saleh).

  • Hari rabu datang latihan 8.30pm
  • Khamis cuti
  • Jumaat mandi dan tidur awal
  • Sabtu dan ahad , datang awal , makeup dan sebagainya.

Hari jumaat kena mandi ? saya tanya dia balik , nak mandi apa ? mandi .. bersihkan badan katanya.. bersihkan badan ? orang Malaysia mandi sekurang-kurangnya 3 kali sehari tau.

Terkejut mat saleh tu dengar kita mandi banyak kali .. hahaaaa.. Yang saya terkejut bila dia pesan suruh mandi , ingatkan kena mandi dengan herba ke apa ke..

Related :

  1. kerenah anak berpuasa
  2. Audition Teater Dalam Bahasa English Untuk Kakak
  3. Latihan Teater Hari Ke Dua