Hari ke 11 check kuning

JAUNDIS , KUNING BAYI

Paras kuning nya makin menurun , tapi tu laaa .. masih kena berulang ke klinik untuk mendapatkan paras normal iaitu 5.

Sebelum ini.

11.5
13.5
11.5
9.5
7.3

Sikit lagi nak …

Bahaya jika bayi ada jaundis atau kuning ni adalah demam panas dan sawan tarik kalau terlalu tinggi.

Setakat ni belum pernah kena paras terlalu tinggi. Harap2 tak de la.

Kesian baby kena cucuk ambil darah selalu.

Posted from WordPress for Android

11.11.2013 lahirnya hero saya.

Allhamdulillah .. syukur sangat .. semua perjalanan melahirkan anak kali ke 4 ini di permudahkan , lancar dan selamat. Walaupun dalam keadaan kelam kabut sikit tanpa suami di sisi.

bayi baru lahir

Muhamad syamim nama di beri.
Berat 3.5kg.
Panjang 50cm.
Lilit kepala 33cm.
Lahir pada 7.12pm isnin

Sementara masih segar dalam ingatan.

Pengalaman kali ini masih lagi mudah. Mudah seperti kelahiran si laila 4 tahun lepas. Sama juga .. pergi serah diri ke hospital sendirian.

Syamim di lahirkan pada hari Isnin. Hari ahad ibu masih boleh bejalan – jalan di Taman Tasik Taiping. Hehe..

Pagi isnin terasa sakit pinggang sikit. Baring ke kiri terasa , baring ke kanan terasa , pergi sidai baju 2 besen terasa sakit . Sapu sampah keliling rumah pun terasa sakit.

Lantas ibu mandi , hantar whatsapp kat ayah ..

” ibu nak pergi hospital , terasa macam dah sampai waktu nak besalin ”

Tak lama kemudian ayah balas.

” sakit kuat ke ? ”

” sakit sikit je , tapi rasa mcm kena pergi juga ”

Ayah pesan.

” pasang lampu kecemasan kalau tak tahan , hati hati bawa kereta ”

” ok , jangan risau sakit sikit je , boleh drive lagi ”

Pesan pada adik “, jaga anak aku , tolong beli sikit barang , bawa ke hospital petang nanti. ”

Pergi petronas , siap ambil duit kat ATM dulu , masa ni teringin macam – macam , yougurt bliss , coklat , susu , semua beli .. konon –  konon nak makan dalam wad nanti. Konon sakit sikit lambat lagi nak besalin nya.

Sampai ke hospital.

” saya … saya … terasa macam contraction , sakit pinggang , saya datang nak cek je ”

” oh tak boleh cek , mesti kena tahan wad kalau dah daftar sini ”

” ok takpe .. barang semua dah bawak ”

” datang dengan siapa ? ” tanya misi di situ.

” sendiri ”

” ok takpe .. kita daftar dan cek dulu ye ”

sakit hendak besalin

Saya menunggu giliran , sambil2 tu berbalas mesej di whatsap dengan abang , harap-harap perasaan takut hilang. Sambil di panggil doktor untuk di cek bukaan dan berapa kerap contraction , 2 – 3 jam yelah berlalu,

2 kali cek bukaan.

3 cm kata misi.

Jadi ibu di masukkan ke wad segera.

Baru letak beg , bekenalan kejap dengan rakan katil sebelah. Tahu2 dah di panggil doktor untuk cek bukaan lagi.

Segera tinggal tab ke kawan sebelah , tak sempat hantar mesej apa2 lagi, baru sempat order kuew tiaw goreng dek kerana tak makan 1 hari dari suami , minta dia call adik. Waktu ni memang tak rasa nak cakap dengan orang lain , rasa nak sembang dengan suami je , padahal boleh call adik sendiri. Perangai.

Pergi lah berjalan ke bilik untuk cek bukaan.

Doktor tanya. Ada sakit nak meneran tak ?

” takde , sakit pinggang sikit je ”

Misi tersenyum , ye ke ? Entah entah dah nak beranak.

” saya senyum , iye ”

Doktor pula cek.

5cm.

Cepat tolak ke LB . Tak boleh jalan dah , nanti tekeluar anak. Doktor panik.

Saya ok lagi .. haha doktor rileklaaa …

Saya tidak di benarkan bejalan lagi. Misi dn doktor sama sama panik , ada yang ambik darah , kiri kanan di ambil sukatan darah tinggi. Di pesan agar buat ctg dalam lb kerana tak sempat nak di buat di luar.

Masuk je LB . Doktor dah pun sediakan saya untuk besalin. Sakit tak terasa kuat lagi. Air kutuban doktor pecahkan. Semua proses bejalan dengan cepat.

Sehingga tak ingat . Terakhir 2 kali terasa sakit yang kuat saya teran.

Kali ni baru terasa sakitnya , 5 kali teran baby tak keluar. Saya kehabisan tenaga , ye lah tak sempat makan 1 hari. Kepala baby dah tersekat. Misi dan doktor masing masing panik.

Akhirnya saya kumpul tenaga , teran sekali lagi , kalau tak lepas saya give up .. allhamdulillah lepas.

Tapi baby dah biru.

Terpaksa di masukkan ke wad kanak2 untuk di beri oksigen.

Allhamdulillah juga. Baby tak apa2 ..

Esoknya saya dan baby di bernarkan keluar wad serentak.

Hari ke 2.

Syukur sangat baby ok . Saya sihat ..

Suami dapat balik hari ke 3 , itu pun dengan pelbagai rintangan. Naik macam2 jenis kenderaan baru sampai dari JB ke Taiping.

Percaya atau tidak , hari ke 3 saya dah drive kereta bawa anak ke klinik cek kuning dan ambik suami di stesen bas Taiping.

air kutuban

Hari ke 4 , ayah ada .. buat2 sakit balik hahahhah .. joke !

Sekarang dah hari ke 10 …  🙂

# bersalin secara normal cepat baik , tapi tak sangka akan baik luka2 secepat ini. Beza dengan kelahiran yang lepas. Syukur .. saya sebelum ni tak henti2 doa supaya Allah permudahkan proses saya besalin. Supaya saya di datangkan sakit yang sedikit agar saya boleh pergi ke hospital sendiri dengan selamat tanpa perlu naik ambulan. Haha bunyi macam kelakar , tapi memang tak mau naik ambulan. Cara lain memang tak nampak dah , dua je pilihan kalau tak boleh drive terpaksa call ambulan lah kan. Syukur lah Allah tunaikan permintaan yang ini.

# bertungku setiap hari .. wajib .. nanti mak bebel tak boleh tahan.

# anak kena kuning .. biasa anak lain pun kena. Cuma beri susu je banyak2 + ubat homeopathy.

# tak makan jamu sebab anak kena kuning , pengalaman lepas , beli jamu tak makan. Jadi kali ni amalkan pil vitamin dari shaklee. Oh juga tak makan herba panas seperti kunyit , lada hitam , halia semua ni boleh menyebabkan kuning semakin tinggi.

# disebabkan anak di masukkan ke wad sehari. Ibu pula di asingkan wad, jadi lambat sikit beri susu ibu pada anak , susu kering. Apa yang saya buat ? Urut dan ambil susu anmum lacta untuk banyakkan susu. Termasuk tak henti henti beri susu pada anak walaupun susu tak keluar. Jangan stress dan positif selalu. Susu memang banyak sangat sampai nak demam pula.

Ok sekadar perkongsian pengalaman. Apa yang penting positif selalu. Tak mau stress….

Posted from WordPress for Android