Kungfu Steam Seafood – Rasa seafood sebenar

Hai .. Salam ramadan dan salah sejahtera buat sahabat pembaca blog puanbee.com. Diharapkan semua anda berada dalam keadaan sihat dan ceria selalu. Meh sini akak nak rekomendasi satu restoran seafood yang saaaaaaaaangattttttttt sedap masakan nya. Saaaaangaaaatttttt fresh dan manis isi seafoodnya. Tak tipu .. sungguh ni akak cakap.

Restoran Seafood Kungfu Steam terletak di Puchong Selangor . Akak pergi makan dengan anak-anak. Enjoy sangat makan di situ cuma terkilan sebab ayahnya tak ada. Akak dengan anak-anak memang peminat seafood  tau .

Tak de sorang lagi dalam gambar ekk ..

Set Makanan Tengah Hari – Ramen Seafood Pilihan

Istimewanya di sini , anda pilih nak makan mee dengan bahan apa dan kuah apa. Hanya dengan 3 langkah mee hoon atau ramen pilihan akan terhidang. Akak cuba ke tiga – tiga jenis kuah . Kuah kari , kuah sup dengan kuah tomyam. Sedapnyaaaa .. ya ampun .. nasib baik jauh , kalau dekat nak juga pergi hari hari. Tapi akak cuba ramen je hari tu. Mee hoon biasa dah makan kan

Cara nak pilih

  1. Pilih kuah seperti  Superior Soup  , Curry Laksa Soup dan Tom Yam Soup.
  2. Pilih Mee hoon atau Ramen
  3. Pilih bahan  – contohnya macam akak pilih di bawah ni.

Read More