Kenangan di Kota Belanda , Pulau Pangkor

Kenangan lepas di Kota Belanda , Pulau Pangkor .. cerita dah lama pergi tetapi baru ada mood nak menulis coretan kenagan peribadi ni. Simpan buat koleksi  di blog . Semasa ke Pulau Pangkor saya bawa seorang anak saudara .. tu lah dia di dalam gambar di bawah. Berbaju putih .. dan 3 orang lagi gadis jelita di atas meriam adalah anak-anak saya .. 3 orang bernama Nurul.

Di dalam perjalanan ke Pulau Pangkor saya telah pun booking hotel di Teluk Nipah . Dan seterusnya  menyewa sebuah kereta untuk menjelajah Pulau Pangkor tersebut. Tempat lain yang boleh di jadikan tempat persinggahan di Pulau Pangkor antaranya ialah Kilang Satay , Foo Lin Kong Temple dan juga Batu Bersurat .  Selain menyewa kereta anda juga boleh naik Teksi / kereta sewa yang terkenal dengan warna uniknya .. Van bewarna pink . 🙂

2013-03-27 14.14.59

 

Sejarah Kota Belanda 

Bila dah sampai baru la bersemangat nak membaca sejarah di sebalik tempat tu .. Kalau nak masuk exam pun boleh lulus nih … 🙂

Kota yang dikenali sebagai Kota Belanda ini asalnya dibina oleh Belanda pada tahun 1670 sebagai gedung untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi dari Negeri Perak.  Kota ini terletak di sebuah teluk di Pulau Pangkor yang dikenali sebagai Kampung Teluk Gedung iaitu sebuah perkampungan nelayan pada masa itu.

Pembinaan Kota ini oleh Belanda mempunyai perkaitan rapat dengan tujuan kedatangan orang-orang Belanda ke Tanah Melayu pada permulaan abad Ke-17 Masihi.  Pihak Belanda yang membuat hubungan baik dengan Perak telah berjaya dalam urusan perdagangan bijih timah.  Syarikat Hindia Timur Belanda berjaya mendapat kuasa monopoli ke atas perdagangan bijih timah di Negeri Perak.  Untuk itu orang-orang Belanda pernah mendirikan loji untuk menyimpan bijih timahnya pada tahun 1651 tetapi telah dimusnahkan oleh para pembesar Perak yang menentang dasar kuasa monopoli Belanda itu.

Baca lagi di — >  http://www.arkib.gov.my/kota-belanda-pulau-pangkor1

2013-03-27 14.22.00

Di atas meriam .. ramainya anak …  Read More

Menjelajah Pulau Pangkor

Di sebabkan kami menyewa kereta di Pulau Pangkor , jadi kami boleh suka-suka berjalan satu Pulau dan suka-suka nak singgah di mana. Baca entri lepas Perjalanan ke Pulau Pangkor (Gambar sekitar di jeti dan feri ) untuk info kereta sewa.wpid-20130327_132903.jpg

Kalau naik teksi boleh ikut ke mana pemandu teksi nak bawa la . Tak best gitu .. Oh ada yang bertanya van disini warna pink ke ? Yup .. semua teksi di Pulau Pangkor menggunakan van dan berwarna pink.

 

2013-03-27 13.25.13

Jika meronda seluruh pulau , ada banyak menara tinjau yang kita boleh berhenti dan tengok pemandangan sekeliling pulau. Pulau Pangkor kecil sangat . Satu hari dah habis meronda .. ngee~

2013-03-27 13.25.56

Tangga kecik-kecik .. alahai susah benar nak panjat ..risau jatuh pun ye ..

2013-03-27 13.26.02

Bergambar .. depa tak dak mood .. sebab cuaca panas sungguh ..

2013-03-27 13.26.17

Sambil panjat , sambil sapu tangga .. aktif sungguh si iman  ni .. letih maklang dia … aiyooo ..

2013-03-27 13.27.54

Sekali lagi .. si iman yang tak reti diam .. mana nak possing bagai .. kakak-kakak ok jek ..

2013-03-27 13.31.03

Tengok monyet nak berpacaran di tepi bukit .. ngee ~

2013-03-27 13.32.33

Sweet kan ?

2013-03-27 15.00.07

Kami dapat kereta sewa iswara .. tak ada pilihan .. musim cuti kereta sewa pun habis .. motosikal banyak la.. kalau anak-anak dah besar boleh sewa motorsikal jek ..lagi senang kot.. Tapi dah bawak anak kecik-kecik macam ni elok la sewa kereta.

2013-03-27 14.59.59

Jalan pula berbukit-bukit .. masa mula-mula gerak dari Teluk Nipah .. hati dup dap dup dap .. takut iswara tu tak lepas mendaki jalan berbukit ni. Pernah sekali enjin kereta mati di tengah jalan berbukit. Syukur la tak ada apa-apa..

2013-03-27 14.58.38

Dari menara tinjau ..

2013-03-27 14.55.42

Sekali lagi bergambar .. tengok kerenah budak kecik ni lagi .. geram betul ..

2013-03-27 14.54.28

Tengok laut .. pusing-pusing mesti nampak laut .. ngee ~ seronoknya duduk pulau .. gelap la jawabnya haha..

Sebenarnya gambar ini di ambil ketika dalam perjalanan melawat Kota Belanda , Batu Bersurat dan Temple FOO LIN KONG.. Next ~