Jun
2011

Pengalaman Bersama Mamil Gold , Berat Baby Pun Dah Naik

post melekat , post terbaru di bawah :P
Salam Bahagia Semua :)

haiii meh nak kongsi sikit story tentang baby laila ku itu …. ingat tak baru – baru ni saya ada cerita kan kat korang , berat baby tak naik selama 3 bulan berturut – turut ..wehhh sesak nafas dengar nurse bebel sebab berat anak tak naik ni ..hahaha ….Setiap kali check up , nurse bebel lah , anak kamu minum susu apa ? tak makan ke dia ? saya jawablah susu biasa2 je baby minum , kuat juga dia minum tapi tu lah …selalu demam dan sakit perut tak tahu punca nya …so nurse tu cadangkan saya tukar susu dan beri baby multivitamin ..adoii macam – macam lah kan , nak beri susu tu tak pe …memang no hal lah ….dia suka susu tapi masaalah nak beri multivitamin ni , memang susah sangat walau pun multivitamin tu manis ala – ala gula – gula jer.. gula – gula tu toksah cakap bantai tak ingat baby tu … eh nama je baby tapi bukan baby lagi dah pun berumur 1 tahun 8 bulan tapi berat nya baru 9.2kg ..ringan je kan ..so memang lah ibu nya kena usaha naikkan berat badan si baby ni jugak …

baby & tat telur

baby & tat telur

Tapi tak pe , dengar cerita ada susu yang boleh buatkan imun badan anak – anak lebih kuat kan , saya pun cuba lah search en google tu hahaha …lepas tu saya cuba beri baby ..nasib baby suka susu tu … dia memang tak memilih susu sangat tapi nk tukar susu tu tak boleh tukar secara mengejut , kena cuba tukar pelahan – lahan takut nanti sembelit ke , cirit birit ke ..kita kena tengok dulu susu tu sesuai ke tidak dengan anak kita tau !  contoh lah nak tukar susu tu hari pertama hingga hari ke tiga beri susu baru sekali sahaja , hari ke empat hingga ke enam bagi dia susu baru 2 kali …hari ke tujuh ke sembilan beri dia susu baru 3 kali sehari ..mcm tu lah …memang tak ada apa – apa perubahan yang tak elok lah ..lagi bagus…bila anak tu dah sesuai minum susu tu teruskan aje…

Eh lupa pulak nk share susu apa saya beri baby tu kan haa..tu lah bebel tak ingat dah ni .. dalam banyak – banyak susu saya pilih susu Mamil Gold, memang elok dan sesuai dengan baby laila ..sekarang ni baby dah makin bambam ..belum pun 3 bulan .. tapi dah memang nampak pipi baby bambam , dagu berlipat sikit ..perut pun makin buncit … sebenarnya bukan maksud saya nk gemukkan anak yer … tak …maksudnya berat badan baby dah naik kerana saya sebagai ibu yang perihatin telah tukar susu dan dia dah tak selalu demam , muntah – muntah dan cirit birit ..pendek kata sistem imunisasi baby tu semakin kuat … ecececehh kan , mcm doktor cakap ni ……

Sebelum ni saya tak ambil kisah sangat IMMUNOFORTIS ke …oligosaccharide ke apa ke ..  teruk betul kan , tapi bila berat anak tak naik , selalu pulak demam – demam kena lah cari betul – betul formula apa yang paling elok untuk anak – anak …lagi – lagi anak – anak yang tak nak susu badan macam baby ni … selepas selidik dari en google tu baru tahu IMMUNOFORTIS untuk kuatkan sistem imun anak – anak … dan campuran oligosaccharide tu pula untuk mengelakkan anak dari terkena sembelit … kan ada juga anak – anak pabila minum susu terlalu pekat sembelit jadinya ..kang tak pekat tak cukup nutrien pulak , so dengan Mamil Gold dah senang dah tak perlu fikir banyak – banyak dah ..tak perlu multivitamin lagi ..itu yang penting …

Apa – apa pun saya dah happy tengok baby semakin bambam …suka nya….sayang baby so much ..tak nak demam – demam lagi tau ….tak siyookkk ah baby ….

korang nak maklumat lebih lanjut boleh lah  call Mamil Gold careline , lagi mudah dan tepat maklumat yang korang akan dapat nanti ..biar puas hati kan …

Mamil Gold careline
1800 38 1038

sekian ,

Search

Apr
2011

Khasiat Sebenar Susu Untuk Anak-Anak

Salam , nak cerita fasal susu lagi …jangan bosan yer…

Sebagai ibu bapa, kita harus mengetahui khasiat susu untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Kanak-kanak memerlukan dua gelas susu sebagai sebahagian daripada diet harian yang sihat. Ini memastikan mereka menerima pemakanan yang diperlukan untuk membesar dengan sihat dan ceria sepanjang zaman kanak-kanak.

Susu adalah sejenis makanan yang amat kaya dengan nutrien.

Ia adalah sumber vitamin dan mineral yang baik, seperti vitamin A, kumpulan vitamin B (riboflavin, niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 ), magnesium, fosforus, zink dan kalsium. S

Selain itu, susu turut membekalkan protein yang diperlukan untuk pembinaan tisu serta karbohidrat dan lemak yang berfungsi sebagai pembekal tenaga.

Susu juga mudah dan senang untuk dihidangkan sehingga anak anda boleh minum susu pada bila-bila masa.

Anda boleh tuangkan susu ke dalam semangkuk bijirin sarapan yang sedia untuk dimakan atau hidangkan segelas susu bersama dengan roti sandwic.

Apa jua caranya ia adalah sarapan yang cepat lagi berkhasiat untuk anak anda waktu sarapan atau sebelum pergi ke tadika.

Kadang-kadang anak bee si husna yang 4 tahun tu agak susah ambil sarapan pagi , entah kenapa tapi jika kita pandai pujuk anak-anak untuk sarapan pagi mesti dia pun suka ,

una dan baby

Kadangkala una kurang berselera atau berkeras hanya mahu makan sejenis makanan saja. Baby si kecil pun sama , kurang makan , asyik nak susu saja …ntah kenapa sejak dua menjak nih baby dan una kurang berselera makan , depa tak nak ..dah bosan masakkan ibu ke apa ? kihkihkih ke susu tu sedap sangat ?

Sekali lagi, susu boleh dijadikan penyelamat!Walaupun ia tidak boleh menggantikan diet yang seimbang, kandungan nutrien dalam susu boleh membantu anak – anak kan nak buat cam mana , tak kan nak paksa jugak si kecik tu buka mulut , lagi-lagi jenis tak nak ..pastu rela tak makan ..tak apa ..merajuk akibat di paksa…

  • Walaupun ramai khuatir mengenai pengambilan lemak berlebihan, kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke bawah tidak seharusnya diberi susu rendah lemak, susu skim atau susu tanpa lemak, kecuali dinasihatkan oleh pakar pemakanan/diet dan pakar pediatrik.

    Kandungan lemak mengikut saranan susu hidangan untuk setiap hari adalah memadai dan ia boleh menolong membekalkan jumlah keperluan tenaga untuk tumbesaran yang normal.

    Susu mentah perlu menjalani proses pempasteuran untuk membasmi bakteria yang terkandung.

    Terdapat pelbagai kaedah rawatan yang biasa digunakan, termasuk UHT (ultra-high temperature), sterilisasi, dan ultra-pasteur.

    Ini bukan saja menjadikan susu selamat untuk diminum, tetapi juga memanjangkan hayatnya tanpa penambahan sebarang bahan pengawet.

    Proses-proses tersebut memberi sedikit kesan kepada kandungan nutrien susu. Dengan perkataan lain, khasiatnya dikekalkan. Kini, susu yang terdapat di pasaran ditambah dengan sesetengah nutrien, misalnya beta-karotin, vitamin E, vitamin C, kalsium, serat makanan atau asid lemak perlu, seperti Omega 3 dan 6. Ini bertujuan memperkayakan susu supaya dapat memberi lebih khasiat nutrien.
    MamilGoldStep3

    Tapi bagi puanbee , pemilihan susu bergantung kepada kesesuain anak-anak dan poket ibu bapa :) apa -apa pun puanbee nak share , saya pilih mamil gold sebab ada IMUNNORFOTIS hehe…untuk menambah daya tahan anak-anak jer..tak sanggup tengok diaorang demam , tak aktif , dan merengek hee….Sebelum nih una dan baby selalu benar demam , mudah berjangkit dah lemah , asal je pergi ke mana-mana cuaca panas , sejuk memberi kesan pada baby , mesti dema selsema berhari-hari , asal pergi ke playground , ada lah sorang dua yang demam , mesti berjangkit ..tak sanggup rasanya…so sekarang dah kurang malahan boleh di katakan tak de lah hee…

    Walaupun teknologi yang maju telah digunakan dalam pengeluaran susu, pastikan anda memeriksa tarikh luput yang tercetak pada paket susu. Jangan membeli susu yang tinnya kemek atau paket yang tembam. Susu sepatutnya diminum sebaik saja ia disediakan, dan tidak dibiarkan terdedah kepada habuk dan kerosakan. Simpan susu tepung di tempat yang kering dan sejuk.

  •  

    Search