Khasiat dan kelebihan cuka epal ( Apple Cider Vinegar )

Semasa saya mengikuti group diet atkins malaysia di facebook. Ahli group memperkenalkan saya dengan cuka epal ni. Pertama kali saya baca di group tersebut , terus saya buat bacaan dan mencari kebaikkan lain serta keburukkan mengamalkan cuka epal ni. Selepas itu saya terus ke Carefour berdekatan dan membeli cuka epal. Pada waktu itu saya membeli cuka epal dengan pertambahan madu di dalam nya. Dan harga agak mahal. Kali kedua saya membeli pula cuka epal jenis Bragg ini. Kerana kebanyaakn member group syorkan jenis organik dan di datangkan dengan mother (ibu cuka ) iaitu serdak serdak dan tanpa tapisan gitu. Cuka dengan ibu cuka ini di katakan lebih berkesan jika anda ingin kan kesan dengan cepat. Harga nya cuma RM22.90 , untuk kedai lain saya kurang pasti.

khasiat cuka epal