Mengupdate dari dalam telefon saja , walau pun hari ni hari wordless , tapi saya tak boleh less kan word saya. Semalam bawa kakak pergi buat satu ujibakat untuk teater kanak-kanak dalam bahasa english. Kakak berminat sangat nak belakon , kakak selalu cakap nak ke rancangan Tom Tom Bak tu .. tapi tak kesampaian lagi. Kebetulan .. sembang-sembang dengan Elahe seorang director TV dari Parsi , walaupun saya tak fasih dengan bahasa english , macam biasa gunakan moto hidup saya hentam sahaja lah. Elahe bercerita lah kenapa dia tinggal di Malaysia ni kemudian buka cerita anak , kemudian saya hulurkan …