Sup ketam yang sedap , tapi tak ramai yang suka buat sup ketam kan ? biasa ketam kita akan buat masak cili atau ketam masak lomak cili padi betul tak ? Tetapi sup ketam boleh tahan sedap nya , jika kena cara nya .. Tetapi sebelum buat sup ketam. Pilih ketam yang segar , kalau ketam tu dah 2-3 hari memang tak sedap .. ada sedikit hanyir. Ketam pula ada banyak jenis. Orang kata ketam batu tu paling mujarab untuk demam denggi. Tetapi saya gunakan ketam biasa je untuk di jadikan penawar demam. Boleh kebah demam lepas kena semangkuk sup …
Ermmm petang yang mendung ni sesekali makan ketam kulit lembut pun best juga!… korang pernah tak makan ketam kulit lembut ? alaa ketam yang diorang tangkap pastu potong kaki nya .. bila kaki ketam tu nak tumbuh balik , ketam akan salin kulit .. erm ntah betul ke tidak ni .. abang long yang cerita kan  .. saya pun OOOOOOO bulat aje .. hahaa.. bila ketam tu baru nk salin kulit .. kulit nya tu lembut .. haa masa tu lah depa ambik dan masakkan … pernah tak makan ketam kulit lembut tu  ? Kami pergi lah mencuba makan , …