resepi sup ketam

Resepi Sup Ketam & Khasiat ketam

Sup ketam yang sedap , tapi tak ramai yang suka buat sup ketam kan ? biasa ketam kita akan buat masak cili atau ketam masak lomak cili padi betul tak ? Tetapi sup ketam boleh tahan sedap nya , jika kena cara nya .. Tetapi sebelum buat sup ketam. Pilih ketam yang segar , kalau ketam tu dah 2-3 hari memang tak sedap .. ada sedikit hanyir. Ketam pula ada banyak jenis. Orang kata ketam batu tu paling mujarab untuk demam denggi. Tetapi saya gunakan ketam biasa je untuk di jadikan penawar demam. Boleh kebah demam lepas kena semangkuk sup ketam.

resepi sup ketam

Resepi Sup Ketam Cara Puanbee.

  1. Ketam
  2. 5batang serai
  3. 5 Ulas bawang putih
  4. 5 Ulas bawang merah kecil (bawang merah india sedap sikit)
  5. Sedikit halia
  6. Sedikit lada hitam
  7. Daun sup
  8. sedikit minyak (2 sudu besar)
  9. 2 biji cili kering di belah dua
  10. air secukupnya

(Boleh tambah sayur – sayuran lain , contoh cendawan , karet , batang seleri )

Cara – caranya 

  • Tumis bawang merah , bawang  putih , halia , serai ,  cili kering , sehingga naik bau.
  • Masukkan air secukupnya.
  • Masukkan ketam dan lada hitam.
  • Renehkan dengan api perlahan. (jika hendak masukkan cendawan , masukkan sekali )
  • Ternampak air melegak dan ketam masak , boleh masukkan sayur lain. Perasakan dengan garam .. takde perasa lain di gunakan sbb ketam dah cukup manis nya.
  • Agak-agak sayur dah masak , boleh angkat dan tabur dengan daun sup .. hidangkan …

Info & Khasiat ketam

  • Ketam rendah kalori (hanya mengandungi sekitar 85 hingga 90 setiap 100g kalori (bergantung kepada jenis ketam))
  • Ketam di percayai boleh merawat denggi
  • Ketam tidak mengandungi lemak yang merbahaya
  • Ketam ada lemak tak tepu yang dianggap untuk jantung yang sihat
  • Ketam juga merupakan sumber semula jadi omega 3 asid lemak seperti yang di ketahui omega 3 asid lemak dapat membantu meningkatkan daya ingatan, mengurangkan mendapat serangan jantung, mengurangkan risiko KANSER dan kemungkinan membantu meningkatkan kemurungan dan kebimbangan.
  • Ketam adalah sumber vitamin A, C dan B termasuk B12 serta mineral seperti zink dan tembaga.
  • Ketam juga mempunyai beberapa kromium, yang dianggap sebagai mineral berguna jika anda mempunyai rintangan insulin, kerana ia boleh meningkatkan metabolisme gula darah.

Tips memasak ketam  :

Sebaiknya ketam di masak dengan kulit nya sekali kerana khasiat yang terkandung dalam kulit ketam tersebut.

Kalau demam-demam mula nak makan macam2 benda merapu .. haha teringat pulak masa makan ketam kulit lembut di kuala  gula  dulu (  ..abeee .. nakkkkkk ..   )

Makan Ketam Kulit Lembut

Ermmm petang yang mendung ni sesekali makan ketam kulit lembut pun best juga!… korang pernah tak makan ketam kulit lembut ? alaa ketam yang diorang tangkap pastu potong kaki nya .. bila kaki ketam tu nak tumbuh balik , ketam akan salin kulit .. erm ntah betul ke tidak ni .. abang long yang cerita kan  .. saya pun OOOOOOO bulat aje .. hahaa.. bila ketam tu baru nk salin kulit .. kulit nya tu lembut .. haa masa tu lah depa ambik dan masakkan …

pernah tak makan ketam kulit lembut tu  ? Kami pergi lah mencuba makan , memang tak pernah pun .. tapi itu si abang ipor ber iya2 ajak p makan .. pergi lah try ..

Tempat : Kuala gula santuary resort ( try google lah alamat nya ye tapi kuala gula nih terletak di perak .. dekat 2 parit buntar dah ni .. )

Kitaorang pergi petang dapat makan malam .. percaya tak ? orang punya lah ramai disitu .. bukan salah diorang pun kami dapat makan lambat … masa kami sampai org tak ramai sepatutnya di order dulu .. tapi dah masuk waktu solat .. semua nk bersolat dulu .. tunggu2 punya tunggu lepas sorang .. sorang .. dah semua ada baru order .. memang dah gelap lah baru makan …. hehe .. lapar tak terkira dah le apa lagi … lepas je ketam kulit lembut tiga rasa terhidang apa lagi , terus membaham tak hengat punya.

Waktu sampai .. budak2 cam biasa lah semua lari bertempiaran ntah kemana .. ada yang tengok ikan , ketam yang ada di tepi2 kedai tu .. kedai makan ni letak tepi muara je .. apa lagi kan .. sampai ada yang pergi kutip petai kecik2 tu .. apa nama tah.. lupa nk snap gambar sibuk jaga baby ni .. macam nak terjun je dia tengok ikan BELACAK .. tak pernah tengok ikan BELACAK ? MEH KE SINI tu ..risau jugak hahaa…

Makanan dah sampai dah .. yang best nya kan .. saya beria – ia nak update kisah ni di blog tapi lupa nak snap gambar makanan tu .. adei kan lambat dapat makan .. lapar tak ingat apa dah bedal lah makan .. kikiki… ok tengok pinggan mangkuk kosong je lah erk korang .. sorry ..

Ok dah makan tiba waktu maghrib pulak .. nak balik tak boleh lah nanti lepas waktu .. budak2 punya lah rimas.. tepi laut / muara ni malam2 panas haba kan .. tak boleh tahan .. tapi kena juga lah tunggu lepas sorang .. sorang habis baru lah bertolak balik .. semua nya 2 biji MPV dan sebijik kereta muatan penuh .. bayangkan lah ramai tak ramai nya kami ke sana .. memang untung taukey kedai .. penat tukang melayan tu ..haha .. apa tidaknya .. seorang akan order air lebih kurang … lebih kurang ni 4 gelas.. heh ! panas dan dahaga …

Sementara menuggu budak2 pose ..tapi ni tak cukup 12 orang ni haaa.. layannnn .. malas nk menjerit panggil deme yang mana ada lah .. gambar byk lagi malas nk tempak pulak … adeiii …

Percaya tak .. punya banyak kami makan … tak sampai tiga ratus bil nya .. betul2 puas hati . harga lain saya tak tahu tapi ketam kulit lembut tu sekor RM6 .. sekor tau .. bukan 2 mahupun 3 .. heheh ! sajian ketam pulak banyak .. ada stim , masak merah , masak cili , masak 3 rasa , goreng tepung .. selain dari ketam ni ada jugak makanan laut lain .. mcm ikan siakap stim yang besar2 tu tapi kami tk pulak order .. memang niat nk makan ketam aje ..

diaorang ada juga sewakan resort , best dengar ceritanya boleh mancing2 juga.. nak cuba bercuti disana boleh sangat ..

Nak tengok gambar ketam kulit lembut yang masih segar sila ke LINK ini

k lah korang ..

nak format lappy , tapi tak pernah pun format lappy sendiri ..menggagau lah saya huhu..