Gunting lidah sendiri akibat di buli

Assalamualaikum dan Hai semua. Baru je saya update kisah buli di sekolah. Apabila buka facebook dah viral kisah Adik ni gunting lidah sendiri sebab takut di belasah. Ya Ampun , inilah yang saya takutkan. Budak-budak main kasar biasalah tu , tapi bila dah terjadi boleh buat apa ? Ibu bapa report polis , polis pula boleh buat apa ke atas kanak-kanak kecil yang berumur 9 tahun yang membuli tu ? Apa pula tindakan guru-guru pada waktu tu. Bagaimana dengan nama baik sekolah dan bla bla bla .. Apa yang paling penting , bagaimana adik ni nak ke sekolah lagi nanti. Trauma ke tidak ke ? Ini lah saya takutkan. Inilah maksud sebab saya tulis artikle lepas bertajuk Bila anak kena buli depan mata. Tak ada niat lain , hanya peringatan. Agar kita sama-sama dapat membimbing anak kita.

gunting lidah sendiri

Petikan berita : http://www.hmetro.com.my/node/125463

Klang: Seorang ibu menerima kejutan menyedihkan apabila diberitahu anaknya menggunting lidah sendiri akibat dibuli dalam kejadian di sekolah rendah, di sini, kelmarin. Read More