Kenangan di Kota Belanda , Pulau Pangkor

Kenangan lepas di Kota Belanda , Pulau Pangkor .. cerita dah lama pergi tetapi baru ada mood nak menulis coretan kenagan peribadi ni. Simpan buat koleksi  di blog . Semasa ke Pulau Pangkor saya bawa seorang anak saudara .. tu lah dia di dalam gambar di bawah. Berbaju putih .. dan 3 orang lagi gadis jelita di atas meriam adalah anak-anak saya .. 3 orang bernama Nurul.

Di dalam perjalanan ke Pulau Pangkor saya telah pun booking hotel di Teluk Nipah . Dan seterusnya  menyewa sebuah kereta untuk menjelajah Pulau Pangkor tersebut. Tempat lain yang boleh di jadikan tempat persinggahan di Pulau Pangkor antaranya ialah Kilang Satay , Foo Lin Kong Temple dan juga Batu Bersurat .  Selain menyewa kereta anda juga boleh naik Teksi / kereta sewa yang terkenal dengan warna uniknya .. Van bewarna pink . 🙂

2013-03-27 14.14.59

 

Sejarah Kota Belanda 

Bila dah sampai baru la bersemangat nak membaca sejarah di sebalik tempat tu .. Kalau nak masuk exam pun boleh lulus nih … 🙂

Kota yang dikenali sebagai Kota Belanda ini asalnya dibina oleh Belanda pada tahun 1670 sebagai gedung untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi dari Negeri Perak.  Kota ini terletak di sebuah teluk di Pulau Pangkor yang dikenali sebagai Kampung Teluk Gedung iaitu sebuah perkampungan nelayan pada masa itu.

Pembinaan Kota ini oleh Belanda mempunyai perkaitan rapat dengan tujuan kedatangan orang-orang Belanda ke Tanah Melayu pada permulaan abad Ke-17 Masihi.  Pihak Belanda yang membuat hubungan baik dengan Perak telah berjaya dalam urusan perdagangan bijih timah.  Syarikat Hindia Timur Belanda berjaya mendapat kuasa monopoli ke atas perdagangan bijih timah di Negeri Perak.  Untuk itu orang-orang Belanda pernah mendirikan loji untuk menyimpan bijih timahnya pada tahun 1651 tetapi telah dimusnahkan oleh para pembesar Perak yang menentang dasar kuasa monopoli Belanda itu.

Baca lagi di — >  http://www.arkib.gov.my/kota-belanda-pulau-pangkor1

2013-03-27 14.22.00

Di atas meriam .. ramainya anak …  Read More

Yang lama di lupa jangan

Gigih nya pergi low yat yang sesak untuk baiki telefon model N79 ni …sayang .. banyak kenangan dengan telefon ni , dulu harga beli RM1400 hoho macam harga tab zaman sekarang … rosak skrin saja .. RM60 . ada juga yang letak harga sehingga RM90 , kena rajin tanya dan cari kedai mana yang berpatutan lah … En suami baiki telefon N73 nya cuma RM35 , button tengah tak berfungsi . Ada benda yang ada sentimental value tak dapat nak pisah . Walau pun ramai yang mintak fon ni hehe
.. maaf tak kan bagi la …

repair handphone lamaLive update secara langsung dari low yat .