Baju Bendera Malaysia Untuk Hari Merdeka 2016

Anak minta ibu buatkan baju bendera Malaysia untuk sambutan kemerdekaan Negara Malaysia ke – 59 di sekolah mereka. Kesian dengar nya ibu buatkan lah walaupun sebenarnya masa sangat terhad. Si kakak aliya berulang pergi klinik , hospital dan lain lain.. letih rasanya.

Baju husna tu siapkan malam sebelum husna nak pakai. Memang terlentok lentok ibu menjahit nya. Dengan bangga anak-anak pakai siap bagi tahu semua orang  ” ibu buatkan ” berbunga juga hati ku ini. That feeling .. hanya Allah s.w.t yang tahu.


husna merdeka

Husna di dalam gambar atas , saya buatkan baju sahaja . Saja tambah sedikit ropol di bawah. Hehehe entahla .. saya ni memang jenis suka lain dari orang lain kot.Untuk diri sendiri ok lah merapu cipta design. Tapi untuk orang lain tak berani lah.