Kayuh Itik Di Taman Tasik Taiping

Dah lama dah ni cerita kayuh itik di Taiping ni , tapi nak juga cerita di blog , rindu Taiping la .. rindu suasana rumah mak , rindu nak balik sana.. tapi apakan daya ..  hati tak senang kalau balik suami tak ada disisi. Jadi nya di keheningan malam yang panjang , anak-anak dah tergolek tidur , saya belek gambar lama ni .. alahai sayunya rasa hati .. kena pula cuti sekolah 4 hari ni. Tak ke mana-manakan ..

Korang mesti sibuk balik kampung ye tak ? jem sana sini lah nampak kawan-kawan facebook update .. puanbee tak berani tempuh jem dengan 4 orang askar.

Ok .. la start cerita Itik Taiping lah ek .. tengok gambar di bawah ada rupa itik ke ? bagi saya lebih kepada swan , tapi orang Taiping dan biasa panggil itik .. pun tak pa la .. dari kecil sejak umur 7 tahun dah kenal yang tu itik bukan swan ..

IMG_4751

Taman tasik Taiping tersangatlah cantik permandangan nya .. ni  gambar sebelah tasik sahaja , kalau rajin pusing ambil gambar semua bahagian , memang sangat cantik lah .. di sini ramai yang menjadikan salah satu tempat untuk para pengantin bergambar , kalau ada pengantin yang nak kayuh itik tu lagi rare lah .. buat pula tengah kayuh tu kena kejar dek biawak .. sangat manis nak kenang sampai anak cucu. Oh belum pernah pengantin kayuh itik lagi rasanya .. kebanyakkan mereka suka begambar di bawah pokok bahagian lain.Continue reading