AWAS! INI SEBAB WANITA HAMIL HARUS ELAK MAKAN SUSHI

Bagi wanita wanita yang sedang hamil tentu nak jaga kandungan sebaik mungkin agar anak yang di kandung nanti membesar dengan sihat & lahir dengan sempurna kan. Mana ada ibu bapa yang harap anak dalam kandungan menghadapi apa2 masalah kesihatan apatah lagi bila lahir. Semua mengharapkan yang terbaik.

Sebab tu la kena jaga dari awal kandungan supaya janin membesar dengan baik. Kena jaga pemakan semasa mengandung jangan ikut tekak jer.. Yer betul kadang kadang ibu mengandungi mengalami mengidam makanan tu ini.. Tapi gejala mengidam ni sebenarnya boleh di kawal. Sebab ia cuma nafsu.. Apa yang rasa memudaratkan tu banyak banyak Isghtifar supaya dapat di elakkan agar tidak memudaratkan bayi dalam kandungan.

Antara makanan yang perlu ibu ibu yang sedang hamil perlu elakkan adalah Sushi. Kenapa tak boleh makan Sushi??

Ibu hami di nasihatkan untuk mengelak makan daging mentah contoh Sushi atau makanan yang kurang masak kerana ia mengandungi toksoplasmosis iatu parasit yang akan menyebabkan jangkitan serius kepada janin dan juga E.coli sebab a juga merbahaya kepada ibu hamil & kandungannya

Jadi kepada ibu ibu yang sedang mengadung tu.. Elakkan yer makan makanan yang berasaskan daging mentah atau kurang masak bagi menjamin kesihatan yang baik kepada anda & juga bayi yang di kandung.

Semoga info ini dapat memberi manafaat kepada semua wanita & ibu ibu yang sedang hamil.

14 Minggu kehamilan – ibu rasa apa ?

Diam tak diam , celik mata tutup mata , setiap hari , kerja nak tidur dan makan , sekali semak balik ..oh dah masuk 14 minggu usia kandungan bayi dalam perut ni. Tiba-tiba dari tak ada loya-loya muntah , sekarang dah ada . Oh serik la dengan muntah-muntah ni , pengalaman lalu memeritkan. Sekarang ni makan pun agak kurang berselera , nak makan macam-macam tapi sikit saja boleh masuk.

hamil 14 minggu

PERKEMBANGAN FETUS HAMIL 14 MINGGU – BABYCENTER.COM.MY

Dari mercu kepala ke punggung, panjang bayi anda adalah sekitar 3 setengah inci / 9 sentimeter, dan beratnya satu setengah auns / 43 gram. Sekarang, badannya membesar dengan lebih cepat daripada kepala. Di minggu ini, kulitnya yang halus senipis kertas itu menutupi badannya dengan lanugo (bulu halus dan lembut yang lazimnya gugur sebelum kelahiran). Walaupun bulu kening mula timbul dan rambut di kepala pun tumbuh, ianya boleh bertukar tekstur dan warna sebelum kelahiran.

Di masa ini, fetus boleh memegang, mengecilkan mata, mengerut dahi dan menyeringai. Ia juga mungkin boleh menghisap jarinya. Penyelidik percaya bahawa pergerakan-pergerakan ini dan yang lain mungkin berlaku beriringan dengan perkembangan impuls dalam otak. Baca lebih lanjut mengenai pergerakan bayi anda semasa kehamilan.

Jika anda belum lagi membuat janji temu untuk pemeriksaan serum maternal (juga dikenali sebagai ujian tiga serangkai), eloklah dilakukan sekarang. Ujian ini menyediakan informasi lanjut tentang bayi anda, dan menapis bagi sindrom Down dan kecacatan lain. Juga, doktor anda mungkin mengesyorkan amniosentesis antara minggu ke-15 hingga ke-18 bagi wanita berumur lebih dari 35 tahun dan mereka yang mempunyai sejarah kecacatan kelahiran. Jika umur anda lebih dari 35, lihatlah artikel kami mengenai bagaimana umur mempengaruhi kehamilan.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan – walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

 

Suka sangat tengok video 3D bayi dalam perut mengikut usia nya di babycenter. Kalau nak tengok sila ke LINK  . Sweet sangat-sangat . pengubat segela keresahan bagi menghadapi simptom kehamilan ni. 🙂

Susu tak boleh masuk langsung .. acaner ni ?