Cendawan mekah , kambuchea tea atau mud mud

Cendawan mekah , kambuchea tea atau mud mud ,  Korang panggil nama apa benda ni ? Siapa sini ada ternak mud mud ni ? saya adalah bela lebih kurang dalam 6 bulan. Dan minum setiap hari pagi dan malam. Selain dari amalan meminum cuka epal , teh hijau dan teh detox . Saya dah suka minum teh mud mud ini. Selain dari mudah  , murah dan ianya sangat mujarab untuk saya.

Saya ada join satu group facebook tentang cendawan mekah ini. Masyallah teruja banyak betul khasiat dan kegunaan cuka cendawan mekah yang telah di peram. Ada yang menjadikan sebagai baja untuk galakkan pokok bunga berbunga dan pokok cili berbuah. Seronok tengok. Saya hanya amalkan minum sahaja untuk detox. Saya ada masaalah penghadaman.

Cara saya menjaga menyediakan / membela cendawan mekah.

Saya sendiri dapat info dari sepupu saya yang mula-mula memberi benih cendawan ini kepada saya. Terima kasih diana .

Cendawan mekah harus di rendam dengan air teh bergula. Gula itu sebagai makanan untuk cendawan mekah tersebut. Saya pun masih lagi belajar dan mencari info tentang cendawan mekah ini.

Bancuh air teh seperti biasa  sejukkan dan rendamkan cendawan mekah di dalam balang kaca  tutup balang dengan kain je untuk beri pengudaraan kepada cendawan atau mud mud ini.

Kain dan balang haruslah bersih   kain di ganti selepas setiap kali buka tutup kalau rajin , biasanya peraman mengambil masa 2 minggu untuk khasiat yang lebih baik.

Jika air peraman terlalu lama tak sesuai lagi kita minum , kerana bertosik. Continue reading