Laila Serik Kena Gunting

Laila serik sangat-sangat lepas terkena gunting beberapa hari lepas. Walaupun kesian .. ye lah anak kan , kecil lagi dah meraung-raung kesakitan. Tangan laila terkena gunting secara tak sengaja. Laila tolong husna pegang kertas manakala si husna gunting kertas. Tak sengaja dia tergunting isi jari bahagian tapak tangan. Bahagian isi gemuk. Bayangkan macam mana isi gemuk tu tergunting sampai berlubang. Kesian. Dah masuk 5 hari , laila masih tak nak guna tangan kanan dia , dia gengam , tak nak buka kecuali semasa nak sapu ubat je! lain-lain memang dia gengam tangan tu. Laila kata kalau buka rasa pedih.

Continue reading

Hadiah untuk ibu

Hadiah yang di beri kakak tak kira masa. Bukan sahaja sempena hari ibu, hari lahir malahan kakak memang suka bagi hadiah. Balik dari sekolah ada je benda yang di beri , kadang-kadang kakak buat kad dan tampal di peti ais .. kadang-kadang kakak bagi benda kecil-kecil , dua hadiah di bawah pun di beri setiap bulan. Bukan main romantik kakak ni.

Continue reading

Cantik – cantik

Pergi mana-mana anak dara bertiga ni mesti jadi perhatian , tambah lagi pabila diorang di pakaikan skirt sedondon , semua ada skirt ni , tetapi tak sempat nak pakaikan dan ambil gambar , lupa …  Ini lah hasil rembatan dari kawan-kawan blogger , kain untuk skrit tu beli online , dan tempah pun secara online , sungguh kaum wanita kreatif. Laila memang suka pakaian cantik dan bewarna pink , macam princess katanya … 

Continue reading

Ramadhan kami tanpa ayah

Masuk seminggu ayah tak ada , sempat berbuka puasa dengan ayah pada hari ramadhan pertama saja. Sabor je le… Ayah pakai fon nokia , ibu pakai iphone , masaalahnya disini adalah .. tak boleh mms gambar. Line internet pula tak ada disana. Biasanya kalau ayah pergi kerja jauh-jauh kami akan ber mms gambar atau pun buat video call. Tetapi nak ber video call pun tak boleh , mms tak boleh , internet ? kena tunggu ayah pergi keluar dari tempat kerja dia. Sedih betul.. Apa pun tak boleh , update aje lah di blog .. nanti ayah ada masa ayah…

Continue reading