PB Cuba parking HKL baru

Parking HKL merujuk kepada tempat letak kereta bertingkat di Hospital Kuala Lumpur. Allhamdulillah .. saya pernah ke HKL sekali pada tahun 2011 , masa tu saya baru belajar-belajar memandu di kawasan Kuala Lumpur. Pada waktu itu , pengalaman pertama kali saya memandu sendiri ke HKL dan ada masaalah cari parking. Fuh kelam kabut. Sekarang dah 2015 ya. Sekejap masa berlalu. Esok-esok tau tau dah tua dah saya ni. Kisah tahun 2011 pernah saya tulis dalam blog ni. Cer klik tajuk Di HKL ( Hospital Kuala Lumpur ). Waktu tu saya tolong orang. Beza situasi saya sekarang usung anak sendiri pula. Seperti yang telah saya tulis kan dalam entri lalu anak saya yang sulung tu patah tulang sikit bahagian tapak kaki.

parking hkl

Gambar di atas dan gambar di bawah ni saya ambil dari Website JKR. Mana sempat nak ambil gambar jarak jauh dekat macam ni. Selalunya saya kalau memandu laju je . Tak kira apa dah. Badan tegak ke depan. Pendapat saya sendiri tentang parking baru HKL ni sangat bagus. Mudah lah sikit. Walaupun terpaksa berjalan jauh dari satu tempat ke satu tempat untuk dapatkan rawatan. Ok la ..dari tak ada parking dan kita parking merata-rata , kereta kena towing , denda kena bayar dan bergaduh dengan polis bantuan tu. Hah .. sila baca senafas ye.