mee rebus

Resepi Mee Rebus tapi saya suka kuey teaw rebus

 Baru-baru ni sempat buat Mee Rebus , tetapi saya memang peminat kuey teaw so jadi kuey teaw rebus lah ye .. kalau nak resepi boleh ambil di bawah. Kebiasaan resepi yang saya tulis akan menjadi rujukan saya dan adik beradik yang lain juga. Sebab tu buat apa2 asyik nak letak dalam blog.

mee rebus

Bahan-bahan yang perlu ada untuk memasak Mee Rebus Read More

The Curve

(MAKAN LOG ) Mr Bean Malaysia Bertempat Di The Curve

Suka Makan “Bean” ? Atau Sukakan Mr Bean ? Saya Suka Kedua-duanya… betul ni , bukan lawak tau .. saya suka makan makanan atau minuman berasaskan kacang soya , saya suka juga Mr Bean , saya suka .. saya suka….

Oleh sebab itu .. saya tak menolak apabila saya di jemput untuk merasa makanan yang berasaskan kacang soya di The Curve pada hari khamis lepas.

Sebelum tu … mari kita perkenalkan makanan apa yang puanbee duk kecohkan disini.

The Curve

Tengok gambar di atas … ada ke gerai yang menjual produk makanan segera berasakan soya yang ber set-set macam di atas ? percaya atau tidak .. walaupun saya macam tak percaya .. semua makanan di atas saya dah cuba.. jom lah korang cuba makanan ni .. tak jauh di The Curve dekat-dekat Ikea tu je.

Makanan segera yang menyihatkan dan juga sedap…

Perniagaan gerai segera berasaskan soya mula pada tahun 1995 , rangkaian utama bertempat di Singapore yang kini telah pun berkembang ke China , Jepun , Korea Selatan , Filipina dan sekarang ke Malaysia pula . Gerai Mr Bean yang bertempat di The Curve adalah gerai pertama di Malaysia , ya ..pertama tapi .. bukan terakhir.

Saya bertuah kerana menjadi orang terawal yang di jemput merasa makanan dan minuman di gerai Mr Bean yang pertama di Malaysia ini. Saya cadangkan kalau ada produk baru boleh lah jemput puanbee lagi.

Makanan di Mr Bean

Lokasi :
Lot K-G19-W, Ground Floor, The Curve Shopping Mall, Mutiara Damansara

Tujuan Mr Bean menjemput saya adalah untuk menyebarkan dan memberi pendapat jujur dari orang Malaysia gitu .. so pendapat saya memang akan jujur ikut apa yang saya rasa , tapi Mr Bean bertuah kerana saya bukanlah seorang yang terlalu cerewet dalam memilih makanan dan soya juga menjadi makanan kegemaran saya.

Mari saya perkenalkan produk MR Bean Malaysia denga komen-komen tak berapa pedas… tau tak masa merasa makanan tu .. saya terbayang saya ni di ibaratkan juri makanan dalam rancangan Masterchef .. awww kemain gediknya .. hehe.
Makanan pertama adalah PENKEK yang di perbuat dari Susu Kacang Soya , tepung dan juga bahan-bahan lain.

Yang saya nak cakap .. PENKEK Mr Bean SEDAP

Ada dua perisa yang saya suka …. Perisa Cheese Dan Perisa Tuna.. yang lain-lain boleh lah ..sebab apa dua je saya suka ? sebabnya sebelum PENKEK MR Bean di keluarkan mereka dah pun fikir , penkek mana yang akan menjadi pilihan bagi pelanggan-pelanggan mengikut usia tertentu.

mr bean

Penkek Mr Bean adalah sangat fresh , bila ada orang order baru di buat , Penkek Mr Bean hanya akan di simpan lebih kurang 4 jam sahaja , kemudian jika tak habis di jual mereka akan buang. Semua nya di lakukan demi kerana menjaga kualiti dan kesegaran makanan dan minuman yang di jual di gerai Mr Bean ,itu adalah kualiti standart yang mereka amalkan. Read More

Food delivery

FoodPanda.MY : Order Makanan Terus Dari Rumah & Contest Sempena “Fathers Day”

Salam dan hai … Seperti yang semua orang tahu … saya memang suka makan , nak diet tapi kuat makan , hari ni … kereta tak ada nak keluar , jerebu pulak tu.. anak-anak jemu makan nasi so saya beli secara online saja lah.

Kali pertama membeli di Foodpanda.My , iaitu satu website yang membolehkan kita membeli makanan tanpa perlu keluar dari rumah.

Hanya order dan makanan akan sampai ke depan pintu dalam masa yang di tetapkan , biasa kita membeli makanan segera sahaja kan ? kali ini .. kita boleh membeli pelbagai jenis makanan mengikut citarasa masing-masing.

Walaupun di Food Panda ada pelbagai jenis makanan namun kali ni saya tetap beli makanan segera disebabkan mendapat undian tertinggi di kalangan anak – anak mengundi untuk makan burger. Saya akur…

UPDATE : FOOD PANDA HANYA ADA DI KAWASAN ini sajaha buat masa sekarang :

  1. CYBERJAYA:PUTRAJAYA
  2. KUALA LUMPUR
  3. PETALING JAYA
  4. SHAH ALAM  – KLANG
  5. SUBANG JAYA – PUCHONG

Food Panda Online Delivery : Langkah Demi Langkah Untuk Membeli Di Foodpanda.my

1 : Buka website Foodpanda.my , masukkan kawasan tempat tinggal korang , contoh saya letak ampang dan klik “search now”.

Food delivery

2 : Untuk mereka yang beragama islam dan inginkan makanan yang dating dari restoran halal sahaja boleh tandakan pada butang “HALAL FOOD ONLY” Read More

kevin zahri program

Kevin Zahri : Tips Diet Yang Romantik Yang Lelaki Kacak Boleh Amalkan

Tips diet yang sangat romantik saya kira.. Kalau makan berdua cuba kongsi air manis , jimat duit dan jimat kalori … hahaha biasanya kita makan berdua pun kita buat cam mana ? ok .. saya memang kongsi minuman dengan anak-anak …. tapi si lelaki kacak saya tu .. siap order “teh tarik gelas besar 1 , dan jus tembikai laici” berapa banyak kalori daaaa… tapi tak pe ..lelaki kacak walau cam mana pun saya tetap sayang. Orang kata kalau dah sayang kita kena terima seadanya kan kan ..

kevin zahri program

Twitter @kevinzahri

Bila baca tips Kevin Zahri ni , satu saya terbayang senario di atas lah .. Kedua saya terbayangkan senario di bawah ni. Romantiknya lelaki kacak tu kalau buat benda di bawah ni .

Bila si lelaki kacak  kekurangan duit , boleh guna cara Kevin Zahri jugak. Makwe pun tak terasa hati ye tidak. Read More

resepi sotong goreng kunyit versi baru

Resepi | Sotong Goreng Kunyit Versi Puanbee

Sotong goreng kunyit memang menyelerakan di makan dengan nasi panas , sudah lah sedap ianyanya juga senang di masak , cepat dan sedap… bila tengok gambar je mesti terliur kan. Kelmarin beli sotong cadang nak buat tomyam , tapi tak jadi pulak ..disebabkan tengah malam ada orang nak makan nasi tapi tak ada lauk ..kena masak le malam-malam dan dah pasti mesti pilih masakkan yang senang di masak , maka jadilah sotong goreng kunyit versi puanbee.

resepi sotong goreng kunyit versi baru

Bahan-bahan sotong goreng kunyit Read More

cabaran 7 hari untuk diet berkesan , berani ?

Cabaran 7 Hari Menu Diet Berkesan

Saya baca website remaja karangkraft tadi , macam menarik pulak cabaran 7 hari mengamalkan menu untuk diet dan berkesan, Cabaran 7 hari ni sesuai sangat untuk awak – awak yang ingin ke jinjang pelamin tak lama lagi , atau pun awak – awak yang ingin kurangkan berat badan tu sikit dan tak tahu macam mana , atau awak – awak yang tengah stress tu.

Saya sendiri pun rasa nak cuba cabaran ni , jom ikut saya .. ha. ha. ha. boleh ke ?

cabaran 7 hari untuk diet berkesan , berani ?

Read More

Resepi CupCake dan Strawbery Cupcake & Aurora CupCake

Resepi CupCake – Strawbery Cupcake

Gambar amat lah tidak cantik , sungguh tak puas hati disitu , kamera saya kawan pinjam so pakai ambik guna tel Nokia yang telah rosak skrinnya (beginilah hidup blogger picisan). Cupcake ini tanpa deko , kawan yang menempah cakap tak nak deko senang dia nak bungkus , kalau ikutkan cupcake akan lebih cantik dan berselera orang nak makan jika di tambah dekonya.Tu pun saya rasa tak sedap bila tak ada apa-apa deko tambah lah sikit topping strawberry tu.

Resepi CupCake dan Strawbery Cupcake & Aurora CupCake

Ada 3 jenis cupcake , Cupcakde Strawberry dan Cupcake Strawberry coklat adalah resepi yang sama yek , cuma di tambah coklat chips jadilah Cupcake Strawberry coklat. Cupcake Aurora dalam entri lain nanti yek .

Bahan-bahan

  • 150g marjerin
  • 100g gula pasir
  • 75g jam strawberry (atau topping yang telah siap di jual , juga boleh guna strawberry yang masih segar dan kisar.atau campurkan kedua2 jam dan straberry sikit.)
  • 3 biji telur
  • 150g tepung gandum
  • 30g tepung jagung
  • 1/2 sudu banking powder

Cara membuatnya

  1. Campur Marjerin dan gula pasir aduk sampai putih
  2. Masukkan telur dan jam strawberry , aduk lagi
  3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan banking powder yg telah di ayak dan kacau rata.(Saya tak ayak pun)
  4. Siapkan loyang berbentuk cawan atau cup cake seperti di atas.
  5. Sudukan adunan  kedalam loyang atau cupckae tersebut separuh jika hendak cupcake tu nampak rata dengan bekas , atau 3/4 jika hendak cupcake tinggi sikit dr bekas.
  6. Bakar dengan suhu 175c sampai masak  (saya buat dalam 20 minit , api oven jenis atas dan bawah , letak di tengah-tengah , tak boleh pakai 2 rak nanti ada yang gelap gelita sikit.)
  7. Bila dah masak angkat dan sajikan. Dekolah jika suka.
  8. Untuk buat cupcake strawberry coklat tu , semasa masukkan adunan dalam loyang , boleh taburkan coklat chip ke dalamnya , budak-budak suka sangat bila nampak coklat tu.

P/s : segan nak letak resepi , tengok kawan2 lain lagi best kek deme .. hehehe ..

kalkulatur waktu subur dan kalkulator traikh bersalin

Kalkulator Waktu Subur & Kalkulator Tarikh Bersalin

Saya cari applikasi kalkulator waktu subur yang boleh di download untuk disimpan dalam laptop seperti yang terdapa pada applikasi iPad tu , tapi tak jumpa pulak lah .. search punya search jumpa satu applikasi di majalah Pa&Ma , tapi tak boleh download lah pula.Tapi tak pe masih lagi boleh guna , hari-hari kena pergi sana ler pulak.. Nak tak kira tarikh bersalin dan mungkin merancang untuk mengandung lagi ? boleh tengok waktu subur disini. Saya saja suka-suka je..

Rahsia Mudah Hamil – Tips Kesuburan Untuk Wanita

kalkulatur waktu subur dan kalkulator traikh bersalin

Read More

hilangkan jerawat

[Review] : Bagaimana Hilangkan Jerawat

Kali pertama saya membaca E-Book Bagaimana hilangkan jerawat ni yang bagi saya cukup lengkap untuk sesiapa yang megalami masaalah jerawat tegar dan ingin sekali menyembuhkan kulit muka anda dari dalam , bukan sahaja merawat dari luaran dengan menggunakan produk-produk yang tedapat di pasaran.

Semua info yang ada dalam E-Book ni memang sangat lengkap , korang boleh mula bertindak mengawal jerawat dari dalam , dari minda , badan , sistem pencernaan dan seterusnya cara rawatan jerawat ala-ala spa dengan kos yang lebih rendah. Menarik kan ? Nak buka SPA guna tips ni pun macam sesuai jek , cukup lengkap dari A sampai Z , semuu diterangkan sekali .. perghh mana nak dapat , kalau nak search google pun sikit-sikit jek info , saya tak boleh nak edarkan E-Book ni , dah macam tutup periuk nasi orang pulak. so kalau korang nak memang kena beli E-Book ni secara sah 🙂

Salah satu tips untuk hilangkan jerawat dan membuang toksin berlebihan didalam badan adalah dengan meminum air kosong dengan banyak serta mengamalkan minuman teh hijau. Ianya amat berkesan untuk saya. Dan tips ini ada di terangkan didalam E-BOOK yang saya perkenalkan di bawah ni. Ada banyak lagi tips-tips yang disediakan dengan kajian-kajian terperinci didalam disediakan. Menarik kan? kalau nak bolehlah dapatkan E-Book bagaimana hilangkan jerawat tersebut.

hilangkan jerawat

RINGKASAN BAB Yang ada dalam E-BOOK Bagaimana Hilangkan Jerawat Read More

tips kurus dari ieda moin

Ieda Moin Kurus Lepas Buang Lemak 20kg

Tadi terbaca website murai.com , ada kisah Ieda Moin yang telah pun berjaya menurunkan berat badan sebanyak lebih kurang 20kg. Wow .. itu benar-benar memberi inspirasi kepada wanita-wanita berbadan besar lain termasuk lah saya , tips kurus dari Ieda Moin yang dapat saya highlightkan ialah :

  • Ambil banyak buah-buahan.
  • Minum air kosong dengan banyak.
  • Buat senaman pembentukan badan.
  • Jaga dan amalkan pemakanan sihat.

tips kurus dari ieda moin

Read More