TIP PILIH TUALA WANITA AGAR SELESA SEPANJANG HAID

Tuala wanita atau kalau guna bahasa seharian kita sebut pad.. Memang satu keperluan buat semua kaum perempuan yang dah akil baligh. Kalau zaman dulu mereka menggunakan kain untuk mengalas tiap kali datang bulan @ haid tapi zaman sekarang dah tak ada orang guna kain. Cuma sekarang ada cloth pad yang boleh di cuci & di pakai semula cuma penggunaan dia tak berapa meluas lagi. Perempuan zaman sekarang terlalu sibuk jadi semua lebih selesa memilih tuala wanita pakai buang jer..

Ada pelbagai jenama tuala wanita di pasaran. Dan juga pelbagai size mengikut keperluan masing masing tapi kita perlu juga tahu tuala wanita yang macam mana & size apa bersesuaian dengan kita mengikut situasi.

3 Faktor utama untuk pemilihan tuala wanita iatu ;

  1. Kemampuan serapan (Yang ni paling di titik beratkan untuk elak kebocoran)
  2. Bentuk & size (Yang ni penentu keselesaan bila di pakai)
  3. Ketebalan (Yang ni lebih kepada untuk keyakinan diri)

Bila memilih tuala wanita.. Kena tahu juga kesesuaian dengan kita mengikut size badan. Sebab kalau yang berbadan kecil menggunakan tuala wanita yang tebal & lebar mungkin mengundang rasa tidak selesa sekaligus boleh menyebabkan kita hilang keyakinan untuk beraktiviti. Kalau terlalu besar maybe rasa macam pakai diapers pulak.

Tak semua tuala wanita yang nipis & tidak terlalu lebar tidak mampu menyerap cecair dengan baik. Sekarang ni banyak tuala wanita yang di reka dengan size yang nipis & tidak terlalu lebar mampu menyerap dengan baik tanpa menyebabkan kebocoran. Contoh macam saya guna Whisper ultra clean, 24cm Normal day wings. Memang nipis, kering & tidak bocor. Selain selesa di pakai untuk mereka yang bersize badan kecil seperti saya.

Untuk elak tuala wanita itu berubah posisi adalah lebih baik menggunakan jenis bersayap. Jadi kita lebih yakin untuk bergerak & tak risau tuala wanita berubah posisi walau beraktiviti lasak. Tuala wanita jenis bersayap pun ada dalam pelbagai size jadi tak perlu risau. Pilih size yang bersesuaian dengan size badan anda untuk menjamin keselesaan sepanjang hari.

Semoga perkongsian ni membantu anda memilih tuala wanita yang sesuai dengan anda. Kena ingat tak semestinya perlu memilih tuala wanita yang tebal & lebar semasa aliran haid banyak. Tak semua tuala wanita yang tebal & lebar mampu menyerap dengan baik. Ia bergantung pada kualiti & jenama sesuatu tuala wanita tu.

AWAS WANITA! INI MAKANAN ANDA PERLU ELAK KETIKA HAID

Bagi wanita atau perempuan yang dah akil baligh ni memang setiap bulan akan di datangi haid. Tapi ada juga orang perempuan ni yang haid dia tak teratur. Kadang kadang 3 bulan sekali baru ada tapi tak ada sebarang masalah kesihatan. Tak kisah la period tu regullar ke tidak kan.. Tapi bagi perempuan yang dah akil baligh dan di datangi haid tak kira tiap tiap bulan atau 2 – 3 bulan sekali penting juga untuk tahu perkara ni.

Saya sebelum ni memang tak tahu rupanya ada makanan & minuman yang perlu di elak ketika datang bulan ni. Yelah.. Makan tak pernah pantang. Asal rasa nak makan jer.. semua telan. Kecuali racun. Saya terbaca satu artikel yang berkongsi tentang makanan yang perlu kaum wanita elak ketika datang bulan. Antaranya..

  1. Daging berlemak – Makanan seperti daging yang berlemak boleh menyebabkan kekejangan dan rasa sakit di bahagian rahim. Ia boleh menambahkan kesakitan kepada senggugut anda. Jika anda ingin makan daging, gantikan daging berlemak dengan ayam atau ikan.
  2. Ais krim – Ais krim adalah makanan yang paling dicari oleh wanita semasa datang bulan tetapi tahukah anda, ia adalah salah satu makanan yang perlu dielakkan?
    Produk tenusu mengandungi lemak. Oleh kerana itu, ia memberi kesan yang sama seperti daging yang mempunyai lemak. Jika anda terasa seperti mahukan ais krim, anda boleh cuba ais krim yang tidak mengandungi susu.
  3. Snek / kerepek – Elakkan makan jajan atau snek seperti kerepek kerana ia mempunyai kandungan garam yang sangat tinggi. Kandungan sodium yang tinggi boleh menyebabkan perut kembung.
  4. Coklat, Biskut & kek – Makanan bergula dikatakan boleh meningkatkan mood seseorang tetapi ia hanya bertahan untuk sementara waktu sahaja. Kesan pengambilan gula dalam biskut atau kek boleh membuatkan senggugut menjadi lebih teruk.
    Sekiranya anda inginkan sesuatu yang manis, cuba mengambil buah-buahan seperti mangga dan buah pic.
  5. Kopi – Bagi pencinta kopi, memang amat sukar untuk meninggalkan minuman berkafein. Walau bagaimanapun, kafein merupakan salah satu penyebab senggugut.
    Untuk mengantikan keperluan kafein anda, anda boleh minum teh kerana kandungan kafein yang terdapat dalam teh adalah lebih rendah.
  6. Minuman Tenaga – Seperti kopi, minuman tenaga mengandungi kafein dan ia tidak bagus bagi wanita yang sedang datang haid. Selain itu, ia juga mempunyai kandungan gula yang tinggi dan ini boleh menambah kesakitan di perut.

Sumber info : Says 

Semoga perkongsian ni memberi manafaat kepada kita semua. Moga boleh mengurangkan masalah senggugut & moody ketika datang bulan.

Kebaikkan memakai Premium Beautiful Korset semasa dalam pantang …

Kebaikkan memakai Premium Beautiful Korset semasa dalam pantang …

Sekarang selepas saya dah melahirkan anak 3 orang , baru rasa menyesal .. kenapa lah tak guna korset Premium Beautiful ni masa dlm pantang kelmarin , alahai .. dulu-dulu semasa dalam pantang saya tak suka pakai korset , kalau pakai pun ..sekejap jer ..sebabnya panas dan rasa tak selesa gatal-gatal .. macam – macam rasa lah.. siap beli bermacam jenis kain bengkung lagi tu …korset pun ada , tapi harga bawah RM100 , tapi semuanya tak bertahan lama dengan saya .. sebab tak selesa…

Dah pakai Premium Beautiful ni baru tahu rasanya macam mana , selesa .. tak panas… dan yang paling penting … sedap jer memakainya .. walaupun pakai 2-3 hari baru basuh .. sebelum ni saya tak percaya langsung apa orang cakap .. yang Premium Beautiful ni sedap di pakai .. Tapi bila dah rasa sendiri baru tau .. rugi tak beli dari awal dulu .. kalau tak mesti badan aiii langsing jerrr.. awww…

Pandangan sisi Premium Beautiful

Pandangan sisi Premium Beautiful

Walau sebesar mana pun badan wanita , selepas pakai Premium Beautiful Corset ni , badan tetap akan ada cutting .. Best kan gitu ?

Dalam zaman sekarang ni .. mesti ramai yang tak berbengkung kan kan kan ?

Saya pernah interview seorang nenek , bagaimana orang dulu berpantang … diorang akan lilitkan kain panjang ke badan setiap hari .. dari dada sampai ke punggung ..tapi org sekarang tak akan buat begitu …bukan dlm pantang je , setiap kali nak keluar rumah pun pakai bengkung .. sebab tu orang dulu2 boleh pakai kebaya pendek setiap masa , sebabnya cutting diorang memang tak kan lari .. maintain jer…

Oleh itu .. kalau lah korang tak nak menyesal macam saya yang ambik remeh benda ni … last2 perut mengelebeh jer .. sampai suami pun asyik tegur-tegur .. dah jadi satu hal .. baik lah spend duit sikit dan beli Korset Premium Beatiful ni…

Tahu tak bahawa …..

”Kehamilan dan kelahiran mengganggu badan wanita dan kesemua otot-otot, tulang, urat, sendi, dan lain-lain, sudah bertukar keadaan dan menjadi kembang dan bengkak disebabkan pengaruh hormon hamil.”

Oleh itu .. kita kena jaga betul2 semasa dalam pantang nanti…

Antara kebaikkan berpantang dengan Korset Premium Beautiful adalah :

  • melindungi organ dalaman dan membolehkannya lebih cepat kecut dan kembali ke tempat asal
  • menggalakkan postur yang baik, justeru, membantu penyusuan bayi
  • mengetatkan perut dan otot-otot yang longgar semasa kehamilan
  • memecahkan lemak dan selulit
  • mencegah dari makan berlebihan
  • mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan supaya potongan badan kembali kepada bentuk asal

Oleh itu … jika nak cuba korset Premium Beautiful ni sebelum membeli pun boleh ..

Puanbee : tie2kay@gmail.com

Maklumat lengkap tentang Premium Beautiful – link

Testimoni pemakaian saya sendiri pada hari pertama dan kedua – link

Dah tu amalkan pulak herba maharani ni mesti meletop punya lah 🙂