Salam , mungkin ada yang terlupa dan mungkin ada yang ternanti-nanti siapakah gerangan peserta bertuah yang memenangi giveaway gelang tangan comel tersebut. Pemenang nya adalah Ejamothman.com . Pemenang di pilih berdasarkan butang random yang di sediakan oleh punchtab sendiri.

pemenang giveaway

Tahniah di ucapkan kepada pemenang. Terima kasih kepada semua peserta .. Semoga kalian tak jemu join giveaway di sini. Pemenang sila tengok email yang di hantar oleh punchtab sendiri. 🙂

OMG .. susahnya nak pilih pemenang … pertama sekali , terima kasih di atas sokongan anda sekalian , dengan memberi komen di bawah entri  Review pencuci tangan METHOD & Giveaway , seterusnya melayakkan anda memenangi produk Method bernilai RM80 dan juga memberi kejutan kepada sesiapa yang anda pilih untuk di beri kejutan nanti. Setelah nama anda di naikkan di dalam entri ini , sila beri respon segera , sebabnya saya akan uruskan dengan pihak penaja untuk mendapatkan alamat kalian bagi memberi kejutan kepada insan tersayang anda.

review method

Keputusan adalah muktamad ye 🙂 sangat susah nak pilih pemenang , haishh …  maka saya serahkan kepada suami saya untuk memilih 🙂 terima kasih EN kay ..

Pemenang 1 

taufikmaria says:
22/01/2013 at 5:20 pm (Edit)

“Saya ingin memberi Method to the rescue! sebagai kejutan kepada ayah saya. Ayah layak menerima kejutan ini kerana kedai runcit ayah menjual ikan, ayam, daging dan sayuran. Tangan akan berbau ikan walaupun sudah membasuhnya berkali2 dgn air bersih. setiap kali pelanggan mencuci tangan, mereka akan mencium tangan sendiri, eiii, masih berbau! Semoga method product dapat membantu“

Pemenang 2

sangsuri says:
18/01/2013 at 1:28 am (Edit)

Suri ingin memberi Method to the rescue! kepada Nazhatul Wafa (niece) kerana skrg ini dia yang bersusah payah untuk menjaga ibu suri yang ‘bed ridden’ kerana komplikasi buah pinggang, kencing manis dan gout kronik. Semoga keharuman Method ini mampu memberikan rasa lbh selesa kepada Wafa kerana dia terpaksa mencuci dn menukar lampin ibu suri sepanjang hari dn setiap hari. Kesian dia!! (huhuhu… ada unsur simpati ni bee… tapi mmg kesian kat mak dn wafa sbb terpaksa melalui waktu2 sukar begini… moga ibu suri sembuh secepat mungkin.. amin…)

Pemenang 3 

diana says:
15/01/2013 at 5:16 pm (Edit)

Saya ingin memberi Method to the rescue! sebagai kejutan kepada kakak saya,.dia layak menerima kejutan ini kerana saya nak anak2 dia yang ramai tu akan lebih terbiasa untuk kerap mencuci tangan :P

Pemenang 4

Najib Mansor says:
23/01/2013 at 5:43 pm (Edit)

Saya ingin memberi Method to the rescue! sebagai kejutan kepada Ibu saya.. Mak memang pentingkan kebersihan. Tapi usia Mak sudah hendak menginjak hampir 60 tahun. Mak perlukan pencuci tangan yang lembut untuk tangan Mak, tapi mesti wangi juga. Semoga Mak suka hadiah ini, walau tak seberapa harap ia paling bermakna, bau yang wangi dan lembut seperti kasih sayang saya pada Mak. Jasa Mak tak dapat saya balas selamanya. Moga Mak sentiasa sihat dan ceria, bertambah wangi dengan Method ini!

Pemenang 5 

sicantikmatahari says:
17/01/2013 at 10:14 am (Edit)

“Saya ingin memberi Method to the rescue! sebagai kejutan kepada kawan baik saya dari sekolah rendah, Nor Hidayu Abd Rahman.
Kenapa saya rasa dia layak menerima kejutan ini kerana giveway ini dari puanbee jadi beliau dah dapat merasa wangian pencuci tangan Method ini, jadi saya juga ingin berkongsi merasainya bersama seorang lagi kawan baik kami Pn.Nor Hidayu Abd Rahman, semoga dapat kami merasai bersama haruman pencuci tangan Method bersama-sama dan menambah kemesraan dan ke akhraban kami ” Walau jauh di mata tapi tetap dekat di hati.. “

NOTA :

  1. Saya telah pun mengambil email yang telah di tinggalkan di kotak komen , di harapkan pemenang dapat di hubungi dan memberi respon secepat mungkin.
  2. Jika tiada respon , maka hadiah akan di beri kepada peserta lain pula. Seboleh2nya sila respon dalam masa 7 hari dari tarikh email di hantar kepada anda.
  3. Terima kasih di ucapkan sekali lagi kerana memberi sokongan terhadap giveaway ini. Semoga anda terus membaca dan setia bersama Puanbee.com , semoga tahun 2013 lebih ramai yang ingin menjadi penaja untuk saya mengadakan giveaway seperti ini.

STICKY POST .. ENTRI BARU DI BAWAH . Method adalah produk pencuci tangan organik . Maksud organik adalah tidak mengandungi bahan kimia dan semulajadi. Saya dah cuba 4 jenis bauan cucian tangan Method ni. Memang sangat lembut di tangan dan wangi. Saya di beri peluang untuk mencuba beberapa botol Method . Haha .. macam makan tahun nak buat giveaway ni. Kepada sesiapa yang ingin mencuba sila baca sehingga habis entri ini.

method

Pencuci tangan Method tidak mengandungi bahan kmia berbahaya seperti paraben , botolnya juga 100% jenis mesra alam dan mudah untuk di kitar semula. Selain dari itu botol Method di design kan oleh Karim Rashid ( sila google Karim Rashid ni siapa .. pheww ~ ).Read More →

iphone 5 gadjet impian

Banner pun dah siap sempena segmen review yang di buat khas bagi memeriahkan contest gadjet impian iphone5 itu .. seperti biasa semua banner , header saya adalah hasil tangan salah seorang penaja kita. Hadiah semakin bertambah korang , tak nak join ke ? rugiii laaa… bak kata seorang  blogger tu , wang tunai tersebut boleh dah beli sehelai tudung half moon gitu .. ahaks..

Tak pe jika saya tak menang dalam contes iphone 5 gadjet impian tu pun , saya sekadar nak memeriahkan arena blogging , lama saya tak buat contest sampai penaja cari saya untuk buat contest .. ada lagi 2 contest tapi produk , yang di rahsiakan buat sementara waktu sebab saya tak tahu nak terima atau tidak job itu , tengok keadaan dan syarat mereka juga.

iphone 5 gadjet impian

Setiap peserta akan mendapat satu review khas di blog puanbee.com , dan semua peserta berpeluang memenagi hadiah ini ..Mendapat wang saguhati dari lensablogger.com. Pemenang hadiah ini akan di nilai oleh lensablogger.com sendiri. Artikel paling menarik , kreatif da boom  dan lengkap adalah pemenang. icon smile Segmen Review Sesama Blogger program blogger contest blogger blogger anjuran contest

  1. Tempat pertama RM100,
  2. Tempat kedua kedua RM50,
  3. Tempat ketiga RM30,
  4. Dan  2 hadiah saguhati RM10
Hadiah Lain di taja oleh Pondokkecil.com
  • Wang tunai RM50 untuk 2 pemenang ( di pilih secara random )
Hadiah Lain di taja oleh  Service Tempahan Design
  • 2 pemenang design timeline di facebook contoh boleh tengok –> disini
Hadiah lain di taja oleh Anarm.net ..
  • Wang tunai RM50 untuk 2 pemenang ( dipilih secara random)
Hadiah dari Ciklaili.com dan PapaMifz.com
  • Wang tunai RM 100 untuk 2 pemenang ( dipilih secara random )

Kalau nak join , tengok syarat2 nya disini — >   Segmen Review Sesama Blogger

Dan untuk penguna gmail atau blogger boleh memberi undi dengan klik butang google + disini — > iPhone5 gadjet impian

Terima kasih 🙂

felai ~

ummiehanie.com

Maaf hanie , lambat sikit join giveaway mu , ahaks.. sibuk manjang lah sekarang ni , rasa nak berblog macam dulu tak dapat dah.. Ummie hanie , antara blogger mama yang saya mula kenal dan beramah tamah dulu kan, tidak dapat tidak kalau tak memberi sokongan pada kekawan ni , dalam hati mesti ada sedikit rasa .. 🙂

ummiehanie.com

“Giveaway Tahun Baru Ummihanie.com ini turut ditaja oleh UK Store,Nis Azmier e-Mall,Yati ‘n Stitch,Freshie Belek

Semua syarat telah di patuhi 🙂 bloglist bee disini yek.. Dah masukkan semua link , tapi saya kebanyakkan tk nampak update di blog tu, kena daftar dengan feedbunner agaknya .. agak je .. Bee dah share fb, tweet dan G+ juga .. nak point lebih alang2 dah join tu.

Tag :

Ziefauzi

Akubiomed

Apaajenews

Saja tag orang lelaki tu , nak tengok depa nak tak join ? ahaks… Ziefauzi pun nampak lama tak update blog eloklah update dengan entri giveaway ni ye tak ?