GAMBAR TERKINI ANAK SHAHIEZY SAM & SYATILLA MELVIN

Semua orang tahu pasangan selebriti terkenal Shahiezy Sam & syatilla Melvin baru menimang cahaya mata  lebih kurang 3 bulan lepas. Ni rasanya baru lepas pantang kot Syatillia melvin.

Pasangan selebriti terkenal ni di kurniakan seorang baby boy yang sangat comel siap berlesung pipit lagi. Serius melting tengok gambar si syeriv samheizy anak kepada pelakon terkenal ni memang jatuh cinta ok!

Baby ni memang susah nak cari yang tak comel. Apatah lagi yang berlesung pipit macam ni. Geram rasa macam nak cubit cubit jer tau. Mesti korang pun nak tengok kan? Meh la saya tunjuk gambar comel syeriv samheizy.

Mesti ramai mak mak mula berangan nak buat menantu kan? Apapun semoga Syeriv samheizy ni membesar menjadi anak yang soleh, anak yang baik & anak yang menjadi tiket ke syurga buat kedua ibu bapanya.

Korang rasa Syeriv Samheizy ni akan mewarisi bakat seni mak bapak dia tak? Of course la kan.. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Apapun yang di pilih Syeriv Samheizy ni moga memberi manafaat kepada bangsa & agama.

KENALI SIAPA SEBENAR NEERA AZIZI, HEROIN DRAMA MISS KAPTEN CIKGU WAIZ

Sapa kat sini sedang follow drama Miss Kapten Cikgu Waiz.. Saya? Of course belum lagi tengok walau 1 episod.. Hahahaha.. Busy sikit sekarang ni nak layan drama tapi memang selalu dok nampak la iklan di kat TV. Tapi ada nampak jugak followers drama ni mula up pasal drama ni.. Yelah, kalau drama ni mengetengahkan pelakon yang cantik & handsome confirm la ada yang nak menonton kan?

Bila tengok pelakon yang pegang watak Heroin dalam drama ni tertanya juga sapa pelakon ni. Tak pernah nampak sangat muka dia kat mana2 drama melayu.. Rupanya pelakon baru tapi Drama Miss Kapten Cikgu Waiz ni bukan drama pertama dia berlakon. Selepas menilik dalam geluk jampi google rupanya dia dah pernah berlakon dalam drama Sayangku Kapten Mukriz & patahnya sebelah sayap. Sebab mungkin bukan watak utama maybe ada yang tak perasan kot termasuk cheq.. hehehehe

 

Alang2 dah dok skodeng sapa pelakon yang pegang watak Miss Kapten ni.. Moh ler Milah share biodata si cantik manis Neera Azizi

Nama Penuh: Nurazneera Azizi

Nama Panggilan: Neera Azizi

Umur: 19 (2017)

Kerjaya: Pelakon

Drama: Cinta Tangkap Muat, Sayangku Kapten Mukhriz, Patahku Sebelah Sayap, Ainur Mardhiyah, Miss Kapten Cikgu Waiz (2017)

Laman Sosial:

Facebook: https://m.facebook.com/neeraaziziofficial/

Twitter: https://twitter.com/ninineeraa

Instagram: https://www.instagram.com/neeraazizi/

 

Muda lagi baru 19 tahun rupanya.. Mesti ramai peminat ni. Muda, cantik & muka pun pan asia katanya. Tak tau la mix apa kan. hehehehe

selamat pengantin baru diana daniell dan farid kamil

Gambar Diana Danielle & Farid Kamil Bernikah

” Gambar Diana Danielle & Farid Kamil Bernikah “ Tahniah ! di ucapkan kepada Diana Danielle dan Farid Kamil yang telah pun selamat bernikah pada 3 nov. Pada saat ini saya sedang menonton rancangan khas di Astro ria ulang tayang majlis penikahan Farid Kamil dan Diana Danielle yang sama cantik , sama padan .. comel dan manis sekali.

selamat pengantin baru diana daniell dan farid kamil

– Gambar di terima dari whatsapp 😛

Saat Farid Kamil memandang Diana Danielle dengan penuh romantis .. sweet sangat .. tersenyum-senyum memandang ..  Majlis pernikahan Diana Danielle Dan Farid Kamil diadakan di Lakeside Flamingo Hotel. Dengan sekali lafaz mereka selamat dinikahkan kira-kira pukul 9.12 pagi tadi dengan mas kahwin sebanyak RM10 ribu. Tahniahhhh dari peminat dari kejauhan 🙂 dengan doa semoga bahagia melayari bahtera rumahtangga hingga ke akhir hayat.